Jangan ada yang tidak tahu atau berasa terkejut dengan khabar berita ini kerana ia sememangnya benar bekas ais kiub keluaran jenama antarabangsa, Nespresso ini dijual dengan harga RM99.00 kepada orang ramai bagi pembelian secara dalam talian di laman sesawang rasmi jenama tersebut.
Mungkin ada segelintir anda yang berpendapat serta merasakan harga kelengkapan aksesori jenama pengeluar minuman kopi terkemuka itu dijual dengan harga yang terlampau mahal dan tidak masuk akal kepada pembeli.
Namun, anda sebagai pembeli seharusnya mengetahui bahawa Nespresso ini merupakan sebuah jenama pengeluar minuman kopi yang terkenal di seluruh dunia lebih daripada 30 tahun.
Maka, tidak mustahil harga produk serta kelengkapan aksesori yang dijual agak sedikit mahal berbanding dengan jenama lain di pasaran luar. Ini kerana dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Nespresso telah meletakan ia sebagai sebuah jenama yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.
Ads
Bercakap tentang bekas ais kiub jenama Nespresso ini ia telah direka khas sebagai pelengkap aksesori produk keluarannya dan lapisan permukaannya diperbuat daripada bahan getah silikon yang berkualiti tinggi.
Selain itu, reka bentuknya telah direka sempurna dengan saiz kapasti seberat 30gram untuk seketul ais kiub sama sekali tidak mengubah aroma serta rasa keaslian pada minuman kopi anda.
Jadi, kelengkapan aksesori ini sememangnya amat sesuai bagi anda yang lebih mengemari untuk menikmati secawan kopi yang sejuk dan dingin!
Ads
Apa-apa pun, kuasa untuk membeli terletak di tangan anda, maka jadilah pengguna yang bijak. Anda sebagai pembeli juga harus tahu untuk membezakan antara keperluan dan kehendak ketika berbelanja.
Tetapi tidak ada salahnya sekiranya anda berkemampuan dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli sebuah produk atau barang berjenama serta berkualiti tinggi. Bak kata pepatah, ‘ukur baju di badan sendiri’ atau pepatah lain yang sering kita dengar iaitu ‘tepuk dada, tanya selera anda’.
Ads
Untuk info lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari di laman sesawang www.nestle-nespresso.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Wow! Private Pool Di Halaman Kampung! Macam selalu saya perkatakan, setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk memiliki kediaman sendiri. Kalau kita nak jadikan kediaman kita tu sebagai rumah ku syurga ku binalah kediaman itu dengan sepenuh hati. Jangan terlalu cepat untuk menghias mahupun menambah baik kediaman tanpa berfikir. Apa pun anda perlu rancang sebelum membuat sesuatu, periksa kehendak atau keperluan serta kemampuan. Jangan main buat sahaja.
Kali ini IMPIANA tertarik dengan sebuah rumah kampung ini, kalau tak tahu rumah ni terletak di kampung pasti ingat kediaman ini adalah banglo atau teres lot tepi. Apa pun syabas kepada pemilik kediaman ini kerana membina sebuah kolam persendirian dengan baik dan pastinya membuka mata semua pemilik di luar sana. Jom kita dengar apa yang pemilik ini ingin kongsikan.
“Sharing pengalaman membina private pool di laman kampung. Pembinaan private pool ini telah bermula sejak tamat PKP lalu iaitu pada pertengahan Jun 2020. Pada asalnya,kawasan ini hanyalah laman kampung biasa dengan tumbuhan tumbuhan didalam pasu. Proses pembinaan bukan suatu perkara yang mudah kerana struktur tanah yang berair dan di tambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu.
Apa yang menarik, private pool dengan keluasan 15 feet x 10 feet ini di gali secara manual sepenuhnya, tanpa menggunakan backhoe. Memang kuat kuderat pekerja ni kan! Mengambil inspirasi dari Villa di sekitar ubud, Bali beberapa elemen Bali seperti pintu masuk, pergola dan ukiran batu di dinding di gunakan.
Cabaran berikutnya adalah untuk mengekalkan tahap kebersihan, ph dan klorin kolam. Hampir 6 bulan selepas projek dimulakan.. akhirnya kami mampu tersandar tenang mendengar deruan air sambil menikmati suasana tenang dan nyaman di dalam kawasan private pool ini.”
Ha….apa kata anda pula, hebat ke tidak? IMPIANA memang puji la pemilik ni. hebat sangat idea beliau.
Pokok kesum antara tanaman yang campak je pun boleh hidup. Yang penting kondisi medium tanaman nya perlu sentiasa lembap. Tapi, ramai yang gagal sebab lupa nak siram. Jika anda jenis yang susah atau nak beri kan masa untuk menyiram pokok, penggunaan wadah lengkap sistem siraman sendiri (self watering) adalah terbaik.
Tapi, self watering pot ni harga nya boleh tahan mahal juga. Muhammad Ashaabul Yamin ada cara yang lebih kreatif dan jimat iaitu dengan menggunakan bekas polistrin
Cara mudah semai daum kesum. Terlupa nak siram pun takde masalah..mula tanam 01/05/2020,hasil pad 09/06/2020.
Bahan-bahan:
Keratan kesum
Bekas kabus
Span basuh pinggan
Baja “A” dan “B” (Boleh beli online https://invol.co/cl197kv)
Pembaris sesiku “L”
Pisau
Cara-cara:
1. Beli daun kesum dekat kedai. Asingkan batang dan daun.
2. Potong bekas kabus menjadi separuh
3. Ukur saiz span pada penutup kabus, lepas tu potong penutup kabus itu mengikut saiz span.
4. Masukkan span ke dalam lubang yang telah ditebuk tadi. Pastikan lubang yang ditebuk tidak terlalu longgar
5. Kelarkan span menggunakan pisau bgi memudahkan semaian batang kesum.
6. Bancuh baja “A” dan “B” dengan air dalam bekas kabus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Usah biarkan sudut meja mahupun kaunter anda terbiar kosong tidak bernyawa. Hanya berbekalkan barangan yang tidak lagi dipakai, putik gaya gubahan bercirikan rustic chic seperti ini.
Anda perlu sediakan:
Belanga
Pita masking
Bunga Eustoma
Bunga Carnation (3)
Bunga Daisy (3)
Bunga Peacock hijau
Paku-pakis & Cordyline
Langkah-langkah:
1. Mula-mula, tuangkan air suam ke dalam belanga. Kemudian, lekatkan pita masking pada belanga secara bersilang. Pastikan lubang di antara pita tidak terlalu besar atau kecil.
2. Potong kuntuman Eustoma dengan kepanjangan berbeza (10’, 12’ & 14’) mengikut kesesuaian belanga. Tempatkan Eustoma di antara pita masking itu dari kiri ke kanan di bahagian belakang.
3. Kemudian, tempatkan bunga Daisy di bahagian tengah gubahan seperti bentuk S.
4. Bagi menaikkan depth pada gubahan, pilih daun paku-pakis dan Cordyline. Cucuk daun di antara bungaan tadi. Pastikan ia tidak terlalu besar. Jika tidak hasil gubahan akan kelihatan terlalu padat. Siap! #
Idea IMPIANA: Setiap gubahan memerlukan sejenis bunga yang boleh dianggap sebagai showstopper seperti Daisy. Pilih bunga dalam kuantiti ganjil dan susun pada ketinggian berbeza untuk memberi dimensi. Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.