Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

Rupa-rupanya, nak tanam kacang tanah tak adalah susah dan renyah pun. Ia tak sama dengan tanaman lain yang mudah diserang serangga perosak. Cuma, tanam, siram dan tinggalkan. Bila sampai tempoh matang, bolehlah kutip kacang tanah yang ditanam itu. Proses tanam kacang tanah ini memang sesuai untuk sesiapa yang nak cuba bercucuk tanam tanpa banyak komitmen.

Inilah yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad tentang cara nak tanam kacang tanah yang paling mudah. Dalam tempoh 3 bulan sudah boleh tuai hasilnya. Lagi best, ia sesuai sangat untuk orang yang baru nak mula belajar tanam sayur atau pokok edible di rumah.

Cara Tanam Kacang Tanah

Saya beli kacang tanah di kedai runcit dengan harga RM3. Ambil ¼ daripada paket itu sahaja. Kalau lebih, boleh simpan untuk kegunaan lain atau nak tanam lagi kemudian.

Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Hanya paras-paras kacang sahaja. Jangan terlalu banyak air dan sentiasa tukar air kerana air akan diserap. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah dan boleh terus tanam kacang tanah dalam polibeg atau pasu yang bersesuaian.

Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros + 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.

Penjagaan Tanam Kacang Tanah

Jagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja. Tidak cerewet langsung. Lepas dua bulan lebih hingga 3 bulan, boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau nak dapatkan banyak isi kenalah tunggu 4 bulan baru tuai.

Paling best tanaman ini tak perlu risau dengan segala macam penyakit pokok macam cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram dan tinggal saja. Inilah antara sebab kenapa ramai yang suka tanam kacang tanah – rendah risiko, hasil tetap padu.

Langkah Demi Langkah Menanam & Menjaga Kacang Tanah

1. Kebanyakan tanaman saya guna tanah ini. Tanah ini sangat poros. Boleh beli di nursery atau trusted seller atau Shopee.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

2. Kacang tanah. Ambik 1/4 sahaja. Lebih boleh simpan untuk anak cucu.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

3. Rendam selama 3 hari 3 malam. Air tukar selalu. Kalau tidak nanti jadi busuk dan berlendir.Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

 

4. Selepas 3 malam, kacang tanah dah pun bertunas. Biar kering dulu baru tanam. Tanam dalam pasu atau polibeg. Jangan tanam dalam sangat. Anggaran 2 cm dah cukup.

Ads

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

 

5. Pokok kacang berusia sebulan setengah.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

 

6. Hasil selepas 3 bulan lebih.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

 

Ads

7. Sudah dituai. Inilah bahagian paling best bila tanam kacang tanah, rasa puas hati bila dapat hasil dari pokok sendiri.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

8. Inilah kacang tanahnya.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

9. Sudah dicuci bersih.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

10. Isinya padat dan cantik.

Cara Tanam KACANG TANAH Paling Mudah, 3 Bulan Dapat Hasil Isi Padat & Cantik!

Ads

Tip Tambahan Untuk Dapatkan Hasil Lebih Baik

 

Kalau tanam kacang tanah dalam kuantiti banyak, cuba pastikan kawasan sentiasa kering dan tidak bertakung air supaya pokok tidak stress. Lagi satu, bila pokok mula berbunga, pastikan tanah agak gembur supaya proses pembentukan kacang berjalan lancar.

Selamat mencuba. Memang seronok bila dapat tuai hasil sendiri. Selain itu, tanam kacang tanah juga boleh jadi aktiviti santai yang tak memenatkan.

 

IMPIANA : Mudah je rupanya nak tanam kacang tanah sendiri di rumah. Tak perlu penjagaan rapi pun, hanya perlu siram saja dan tuai hasilnya selepas 3 bulan.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Selamat mencuba.

Mesti Baca:Resepi Baja Redbull Untuk Pokok Lemon Yang Kedekut Buah
Baca Lagi Di Sini:Cara Mudah Biak Pokok Jenis Citrus Dengan Kaedah Keratan Batang
Artikel Menarik:Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi

IMPIANA : Mudah je rupanya nak tanam kacang tanah sendiri di rumah. Tak perlu penjagaan rapi pun, hanya perlu siram saja dan tuai hasilnya selepas 3 bulan.

Sumber: Liyana Mohd Poad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads