Sudah bermacam-macam cara dan teknik untuk masak daging sampai empuk dilakukan tetapi setelah selesai memasak, hasilnya daging masih lagi kenyal dan liat. Kadang-kala sampai berjam-jam ambil masa untuk masak daging. Kalau anda peminat daging goreng memang bercinta lah nak makan kalau tak beli daging batang pinang.
Tak akan lah asyik nak beli daging batang pinang sahaja kan. Jom IMPIANA kongsikan tip mudah nak masak lauk daging kegemaran anda supaya daging cepat empuk dan masak dengan sempurna.
Tambahan pula, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, jadi sudah pasti ramai yang mahu cara mudah untuk memasak daging supaya empuk untuk dijadikan sebagai menu juadah berbuka puasa. Maklumlah, kalau boleh sepanjang bulan Ramadan kita berpuasa sentiasa mahu lakukan perkara yang lebih mudah serta menjimatkan masa.
Ada pula yang kata nanti pakai ‘pressure cooker’ kan senang. Ye! benar tapi tak semua mampu milikinya. Tidak mengapa, sesiapa yang memiliki barangan elektronik ini di rumah, kira beruntung lah anda! Tetapi yang masih belum memiliki periuk ini, IMPIANA kongsikan cara mudah yang ‘confirm’ daging lembut.
Ads
Tip masak daging lembut tanpa ‘pressure cooker’, sewaktu memasak daging anda disarankan untuk meletakkan sudu besi di dalam kuali tersebut. Tidak perlu lah guna sudu besar, sudu yang kecil pun dah memadai.
Jadikan ia seolah-olah anda masak daging tersebut bersama sudu sekali. Kalau anda tidak percaya, anda boleh mencuba cara ni di rumah. Nanti kongsikan pengalaman anda masak daging bersama IMPIANA ye.
Ads
Foto: Sumber Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ada atau tidak di kalangan anda mempunyai peti sejuk yang telah rosak dan tidak boleh lagi digunakan di rumah? Apabila sudah rosak, sudah pasti anda mahu membuang barangan elektrik tersebut.
Mana tidaknya, pastinya barangan elektrik tersebut boleh mendatangkan masalah ruang penyimpanan di rumah anda sekiranya ia masih lagi disimpan dalam rumah.
Mari IMPIANA kongsikan satu tip atau langkah yang sangat bermanfaat jika anda lakukan. Jika anda mempunyai peti sejuk yang telah rosak, jangan pula diterus buang sekiranya barangan elektrik tersebut sudah tidak boleh lagi dibaiki.
Ini kerana, peti sejuk anda yang telah rosak dan tidak boleh lagi dibaiki sebenarnya boleh dijadikan sebagai tempat penyimpanan barang-barang dapur yang kering seperti makanan dalam tin, gula, susu dan sebagainya.
Apa yang cuma perlu anda lakukan adalah membersihkan ruang dalam peti sejuk sehingga bersih sebelum ia boleh dijadikan bagi tempat penyimpanan barang-barang dapur rumah anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi anda yang mengemarkan makanan tradisi masyarakat Melayu dan ingin menikmati suasana kampung, restoran White N Black Kampong Heritage, Kuala Lumpur adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Restoran White N Black Kampong Heritage yang mengetengahkan konsep dekorasi tradisi Melayu dengan suasana seakan seperti di kampung halaman tercinta ini terletak di tengah bandaraya ibu kota raya Kuala Lumpur.
Sememangnya jarang-jarang kita dapat lihat sebuah restoran atau kafe yang berkonsepkan seperti ini di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Jadi buat anda yang gemarkan suasana kampung, sudah pastinya akan berasa teruja untuk menikmati juadah makanan yang disediakan di sini.
Lihat sahaja dekorasi ruang dalaman restoran White N Black Kampung Heritage ini, mengunakan elemen seni tradisional kain batik, rotan serta kayu papan daripada rumah kampung lama sebagai pilihan bagi mewujudkan suasana kampung yang lebih sempurna.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke White N Black Kampung Heritage ini, boleh datang ke restoran yang beralamat di G-01, Menara M101, Dang Wangi, Ground Floor, Jalan Kamunting Dang Wangi, 80300 Kuala Lumpur.
Untuk maklumat anda, sepanjang bulan Ramadan ini juga, White N Black Kampung Heritage akan menyediakan menu ‘ala carte’ termasuk signature White N Black Kampung Heritage iaitu Siakap Sambal Petai, Daging Salai Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Pari Bakar dan Pais Patin serta banyak lagi bermula harga dari RM30 sehingga RM70.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ikuti White N Black Kampung Heritage di laman media sosial rasmi dibawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Apabila sudah seminggu menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, pastinya ada segelintir di kalangan anda yang sudah mula berasa bosan dan jemu untuk berbuka puasa di rumah. Bukan itu sahaja, kadang-kala kita juga sudah muak dengan juadah menu makanan yang dibeli di bazar Ramadan khususnya.
Jadi, bagi anda yang ingin mencari tempat atau lokasi untuk berbuka puasa yang menarik, mari IMPIANA kongsi dan cadangkan kepada anda tiga lokasi yang menarik boleh dijadikan sebagai pilihan.
Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown
Quan’s Bazar Selera ini telah diperkenalkan oleh hotel Four Points by Sheraton Kuala Lumpur yang terletak berdekatan sekitar Chinatown di ibu kota.
Apa yang menariknya mengenai lokasi ini, Quan’s Bazar Selera menyediakan santapan bufet juadah makanan dengan keunikan tradisi Chinatown itu sendiri kolaborasi bersama tukang masak terkenal, Cef Naem Ramli.
Foto: Instagram @fourpointskualalumpurchinatown
Untuk maklumat anda, santapan bufet Quan’s Bazar Selera ini telah bermula pada 23 Mac lalu sehingga 21 April depan dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Anda boleh menikmati juadah makanan di sini dengan harga serendah RM148+ untuk dewasa, manakala warga emas dan kanak-kanak umur 6 hingga 12 tahun mendapat diskaun harga potongan sebanyak 50%. Untuk umur 6 tahun dan ke bawah, adalah percuma.
Untuk info lanjut atau tempahan, sila layari laman sesawang www.quanskitchenkl.com atau hubungi di talian menerusi aplikasi WhatsApp, +60125073327.
Foto: Instagram @sheratonimperialkl
Santapan bufet Feast Of 7 Wonders yang telah diperkenal oleh Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel ini pula menyediakan pelbagai jenis menu juadah makanan dari 7 wilayah negara dari seluruh dunia. Bersiap sedia untuk nikmati perjalanan menyusuri seluruh dunia dengan hidangan berbuka puasa yang mengasyikkan.
Apa yang menariknya di sini, antara menu juadah makanan yang disajikan di sini adalah seperti ayam perap berempah Arab dari Syria, pilihan pasta segar dari Itali, Bakso Daging Angus Klasik yang dibuat dengan bebola daging dari Indonesia, Kulfi Falooda sebagai pencuci mulut utama dari India dan macam-macam lagi. Menarik bukan?
Santapan bufet Feast Of 7 Wonders ini menawarkan harga serendah RM197 bagi dewasa manakala kanak-kanak, RM97 untuk setiap seotang
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila e-mel kepada essence.kulsi@sheraton.com atau hubungi di talian +603-27179933 dan +6012-3379980.
Citarasa Anak Kampung yang diperkenalkan oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini juga sangat menarik kerana sepanjang bulan Ramadan ini akan menyediakan sajian bertemakan masakan kampung dari serata negeri di Malaysia antaranya sajian daripada negeri Selangor, Perak, Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.
Jika anda berbuka puasa di santapan bufet Citarasa Anak Kampung oleh The Westin Kuala Lumpur Hotel ini, anda berpeluang untuk menikmati menu juadah yang ada di serata negeri di Malaysia yang sememangnya melazatkan.
Antara sajian menu yang menyelerakan terdapat di sini Sup Kambing Merah Berempah, Kerabu Perut Bunga Kantan, Daging Dendeng Berlado, Sotong Sumbat dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang ingin menikmati santapan bufet Citarasa Anak Kampung, anda boleh segera singgah ke The Westin Kuala Lumpur Hotel untuk berbuka puasa bermula 24 Mac sehingga 19 April depan dengan membuat tempahan serendah harga RM208 untuk dewasa dan RM104 bagi kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh hubungi di talian +603-27738495 atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor +6012-3051715. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman sesawang www.thewestinkleshop.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.