Anda mempunyai pewangi gel seperti ini, tidak kisah apa jenis jenama pun di rumah tak? Boleh dikatakan, hampir semua orang pernah ada mempunyai pewangi gel yang seperti ini di rumah. 

Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang terus membuang pewangi gel ini setelah ia kering dan habis digunakan. Tetapi tahukah anda, pewangi gel yang telah kering ini masih boleh digunakan lagi dengan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan. 

Jangan Terus Buang! Pewangi Gel Yang Telah Kering Masih Boleh Digunakan Lagi

Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara-cara untuk melakukannya. Jangan bimbang, caranya mudah sahaja! Mari IMPIANA kongsikan bersama anda. 

Langkah 1 – Kumpulkan semua pewangi gel yang telah kering dengan jenis bauan yang sama. 

Langkah 2 – Kemudian, bahagian pewangian gel yang telah kering itu dipotong kecil dengan menggunakan pisau atau gunting. 

IKLAN

Langkah 3 – Letak dan susun cantik-cantik dalam cawan kaca kecil. 

Langkah 4 – Akhir sekali, tambahkan sedikit air ke dalam cawan tersebut. Mudah bukan? 

Jangan Terus Buang! Pewangi Gel Yang Telah Kering Masih Boleh Digunakan Lagi

Setelah siap, anda boleh letakkan cawan tersebut di mana-mana sudut dalam ruang rumah misalnya di singki bilik air, tandas, dapur dan sebagainya. Memang konfirm satu rumah akan berbau wangi nanti.

IKLAN

Jangan Terus Buang! Pewangi Gel Yang Telah Kering Masih Boleh Digunakan Lagi Jangan Terus Buang! Pewangi Gel Yang Telah Kering Masih Boleh Digunakan Lagi

Foto: Carian Facebook

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

IKLAN

Jangan Terus Buang! Pewangi Gel Yang Telah Kering Masih Boleh Digunakan Lagi

Baca artikel berikutnya: Tak Perlu Pakai ‘Roller’ Cat Lagi, Guna Mesin Penyembur Cat Ini Lebih Mudah & Cepat

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI