Anda mungkin hanya memerlukan satu atau dua pelepah seleri tetapi terpaksa membeli satu pokok penuh kerana itulah cara jualannya di pasar dan pasaraya. Untuk mengelakkan pembaziran. Apa kata kita tanam sendiri pokok ini mengunakan tunggul pokok celery ini.
Tip nak cepat tumbuh, tanam guna tunggulnya, tak perlu guna biji benih. Caranya dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Cara tanam pokok celery, semai guna tunggul
Hidup dah pokok celery. Tunggul kita semai. Pakai medium tanah berpasir.Lepas ni dah boleh baja, biar gemuk jadi tak perlu dah beli setongkol besar celery. Nak pakai ambil saja satu pelepah, kan jimat. Cara tanam;
1. Bila beli celery, simpan tunggul untuk disemai. Tak perlu cari tunggul yang ada akar, boleh tanam terus.
Ads
2. Tanam tunggul celery dalam tanah berpasir. Ini penting supaya air tak bertakung. Sebab pokok celery tak perlu banyak air, nanti akarnya busuk.
3. Kemudian siram tapi pastikan jangan banyak. Cara saya, siram masa mula tanam saja. Kalau kering sembur air supaya tanah lembap. Dah tumbuh tunas baru siram, itu pun sikit saja waktu pagi.
4. Dah tanam jangan letak bawah cahaya terik. Letak di bawah bumbung tapi kena ada cahaya, cuma tak panas dan tak kena hujan.
Ads
5. Nak tanam pokok celery ini apa yang penting, pastikan tak siram banyak air, jangan letak tempat panas sangat dan guna pasir bila semai. Air yang banyak dan terdedah pada panas selalu jadi punca pokok celery mati.
Fakta menarik mengenai green celery.
1. Ianya dari spesis tumbuhan berbunga.
2. Bunyi saleri datang daripada perkataan Belanda, iaitu selderij.
Ads
3. Penawar untuk penyakit darah tinggi dengan dijadikan minuman harian.
Mengitar semula tanah lama untuk menanam pokok baru adalah salah satu cara terbaik untuk menjimatkan kos dan mengurangkan pembaziran.
Walaupun tanah lama boleh digunakan semula, ia mungkin telah kehilangan sebahagian besar nutrien yang diperlukan oleh pokok untuk tumbuh dengan baik. Oleh itu, tanah lama perlu disuburkan semula sebelum boleh digunakan untuk tanaman baru.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Semoga bermanfaat.
IMPIANA : Menarik tip suburkan semula tanah terpakai ni, jimat!
Nak tanam sayur dari keratan batang yang di beli dari pasar kebiasaanya mesti syaratnya perlu ada akar seperti kangkung dan bayam. Tapi, Puan Oggy Bungsu cuba biakkan pak choi dari keratan tunggul tak berakar menjadi pula. Apa yang dilakukan oleh Puan Oggy? Jom kita lihat langkah-langkah tanam pakchoi dari keratan tunggul yang dibeli dari pasar.
Saja try test tanam guna keratan untuk sawi. Eh, jadilah pulak. Harap membesar dengan baik ye
1. Sediakan medium tanamana yang mempunyai saliran baik dalam bekas yang telah dilubangkan.
2. Selasai potong pak choi tu, rendam dalam air paip biasa dalam 30 minit
3. Selepas direndam, terus tanam pada medium yang telah disediakan. Jangan tanam terlalu dalam. Pastikan bahagian yang berdaun (pucuk) tidak terlindung dengan tanah.
Kulit bawang dan kulit pisang ibarat emas buat pekebun organik. Sisa bahan ini dianggap tidak bernilai namun ia tinggi khasiat untuk tanaman. Tapi apa khasiat kulit bawang dan kulit pisang ni?
Kulit bawang berupaya membantu pokok menjadi lebih subur. Disamping itu juga, ia menggalakkan pertumbuhan pucuk baru serta mempercepatkan proses keluar bunga dan buah
En. Norahim Ibrahim berkongsi resepi baja “powerful” paling mudah hanya menggunakan kulit pisang dan kulit bawang
Ada 2 bahan buangan yang sangat powerful untuk dijadikan baja bagi tanaman.
1. Kulit bawang
2. Kulit pisang
Kedua-duanya saya gabungkan di dalam tong yang sama. Lagi lama peram lagi bagus kualiti bajanya. Biasanya dalam sebulan tu dah cantik untuk digunakan.
Selain bahan2 di atas bole letak kulit2 buah yang lain, buah2 yg busuk, perut ikan sisa sayuran seperti batang dan akarnya.
Cara guna
1. Tapis.
2. Ambil patinya.
3. Pencairan
i. Untuk siraman: 20ml pati + air
ii. Untuk semburan: 10ml pati + air
Semoga bermanfaat. p/s: sisa selepas tapisan bole tabur keliling pokok.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.