Mengurangkan penggunaan air bukan sahaja membantu kita menjimatkan wang tetapi juga baik untuk alam sekitar. Berikut adalah beberapa tips praktikal yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan bil air dan memastikan penggunaan sumber ini lebih berkesan.
Jangan biarkan air paip mengalir
Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air.
Guna Pancuran Air
Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan.
Periksa Sistem Perpaipan
Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda.
Ads
Kapasiti Baju Ketika Guna Mesin Basuh
Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda.
Cuci Buah Atau Sayur
Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran.
Ads
Menyiram Taman Pada Waktu yang Sesuai
Menyiram taman pada waktu pagi awal atau lewat petang dapat mengurangkan penguapan air. Ini memastikan air yang digunakan dapat diserap oleh tanah dan tanaman dengan lebih baik, mengurangkan keperluan untuk menyiram berulang kali.
Gunakan Baldi dan Kain Lap Untuk Mencuci Kenderaan
Mencuci kenderaan dengan menggunakan hos boleh menggunakan banyak air. Sebagai alternatif, gunakan baldi dan kain lap. Cara ini tidak sahaja mengurangkan penggunaan air tetapi juga lebih menyeluruh dalam membersihkan kenderaan.
Kumpulkan Air Hujan
Pasang tong atau sistem untuk mengumpulkan air hujan. Air yang dikumpul ini boleh digunakan untuk menyiram taman, mencuci kereta, atau aktiviti pembersihan luar lainnya, mengurangkan kebergantungan pada bekalan air utama.
Ads
IMPIANA : Semoga tips tips berikut dapat membantu kita menjimatkan air dan dalam masa yang sama mengurangkan bil air dari melambung di hujung bulan.
Mencuci periuk nasi antara perkara penting yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan nasi daripada cepat menjadi basi. Mungkin anda pernah mengalami situasi apabila nasi yang dimasak pada waktu pagi, sebelah petangnya nasi sudah menjadi basi.
Periuk nasi jenis dengan perangkap wap perlu dicuci bahagian tersebut. Mungkin ramai yang masih tidak tahu, bahawa bahagian penutup perangkap wap periuk nasi boleh dicabut untuk dicuci.
Jika terlalu lama perangkap wap ini tidak dicuci, segala wap-wap nasi akan terkumpul sehingga menjadi berkerak. Kerak-kerak yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan nasi yang baharu dimasak menjadi cepat basi.
Sebenarnya ada cara mudah, cepat dan praktikal untuk membersihkan periuk nasi. Berikut perkongsian daripada Nurul Ain Ibrahim
2. Lap-lap bahagian penutup di bahagian bawah. Tunggu mendidih lagi. Buang air. Kemudian lap sehingga kering. Hasilnya periuk nasi akan berbau wangi. Bau haruman lemon sangat menyegarkan.
3. Jika ada soda bikarbonat pun boleh guna juga. Masukkan ke dalam air yang direbus dan kemudian lap-lap. Kesan-kesan kerak nasi atau apa-apa sahaja bau yang memualkan boleh dihilangkan. Hasilnya nasi yang dimasa tidak cepat basi akibat wap-wap yang terperangkap di bahagian ‘perangkap’ wap nasi.
IMPIANA: Boleh jadikan aktiviti mingguan. Luangkan masa pada waktu hujung minggu untuk membersihkan periuk nasi terutama apabila anda jenis kerap memasak.
Pasti anda kecewa apabila baju kegemaran tiba-tiba muncul bintik tahi lalat yang nampak begitu ketara sekali! Walaupun telah dicuci berkali-kali, namu kesan kotoran jenis kulat tersebut tetap sukar unutk ditanggalkan dan ia membuatkan baju anda kelihatan kotor.
Kesan bintik tahi lalat muncul pada baju berpunca daripada kulat yang merebak. Ini disebabkan anda meletakkan baju anda dikawasan lembab atau anda sudah lama tidak memakai atau mencuci baju tersebut.
Baju yang penuh dengan kulat ini jangan dibuang kerana terdapat cara yang berkesan untuk menanggalkan ia.
1.Masukkan sedikit cuka ke dalam baldi yang berisi air.
2.Rendamkan pakaian anda itu ke dalam air campuran cuka tadi. Biarkan semalaman.
3.Pada keesokannya, cuci pakaian anda itu seperti biasa dengan menggunakan sabun.
4. Sementara itu, sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
5. Kemudian bilas pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis.
6.Biarkan pakaian anda dalam larutan tersebut seketika.
7. Kemudian cuci sekali lagi dengan menggunakan sabun pencuci.
8. Bilas dengan air bersih.
9. Kemudian jemur pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang terdapat pada cuka dan limau nipis telah menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA mendapat luahan dari seorang pembaca tentang kipas angin yang baru dibelinya rekabentuk moden tapi angin perlahan.
” Kipas siling kawalan jauh semakin perlahan. Pada mulanya saya berpendapat hanya kipas siling dirumah saya sahaja mempunyai masalah ini, rupa-rupanya masalah yang sama terjadi pada kipas siling kediaman adik saya. Kipas kawalan jauh ini tidak berpusing laju dan kadangkala saya terfikir adakah fungsi kipas ini hanya sebagai untuk perhiasan”
Sebenarnya masalah ini berlaku biasanya berpunca daripada kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) yang ada di dalam kipas tersebut. Apabila menanggalkan kipas kawalan jauh yagn bermasalah itu, anda akan menemui PCB seperti dalam gambar dibawah ini.
Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor start dan kapasitor run yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pad PCB tersebut. Kapasitor start berwarna hitam manakala kapasitor run pula berwarna kuning atau coklat. Kapasitor start inilah yang sering menjadi punca kepad masalah kipas perlahan dan tidak berpusing.
Sekiranya anda dapati kapasitor run menggelembung, ganti juga kapasitor tersebut. Tanggalkan kapasitor daripada PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru adalh lebih baik daripada 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan asal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.