Kadangkala apabila terlalu penat, kita terlepas pandang ataupun lupa mahu mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Sudahnya, warna luntur pada baju putih dan mungkin tidak boleh dipakai lagi. Tetapi, sebelum anda buang baju yang terjejas itu, cuba dahulu beberapa tip IMPIANA ini mudah-mudahan ia dapat mengembalikan keaadan asal pakaian tersebut.
1. Rebus pakaian
Merebus pakaian yang terkena warna luntur sejurus selepas anda menyedarinya akan mengurangkan risiko warna tersebut untuk kekal pada pakaian. Lagi cepat, lagi bagus.
tetapi bergantung pada jenis material pakaian juga. Jika jenis yang nipis dan kurang tahan, lebih baik anda rendamkan sahaja dalam air panas selama beberapa minit.
2. Perahan lemon/limau
Ads
Selain itu, boleh juga cuba untuk rendamkan pakaian terjejas kedalam campuran air panas dengan perahan lemon. Bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku, perahan lemon perlulah dibancuh sesuai dengan kekotoran.
Ads
3. Bahan peluntur
Letakkan 1 sudu sabun basuh baju kedalam baldi kemudian isi air mengikut kesesuaian. Ambil peluntur sebaiknya yang berperisa lemon, dan tuang sebanyak 5 penutup botol kedalam baldi tadi.Kacau campuran sehingga rata dan rendamkan baju terjejas kedalam baldi tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sebelum dibasuh dan dibilas.
IMPIANA kongsikan 10 tip dan petua untuk anda di luar agar mudah dan cepat melakukan kerja di dapur.
Melakukan kerja dapur bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang rasa penat yang tak terkata, sebab tak habis-habis kerja di ruang ini. Tapi ruang ini akan lebih meriah dan seronok jika kerja yang dilakukan mudah dan cepat. Sememangnya kita semua tahu ruang dapur adalah nadi dalam sesebuah rumah. Jika tiada ruang dapur pastinya rumah itu tidak lengkap dengan hidangan yang lazat.
Pastikan beras dibasuh dengan betul-betul bersih. Sebelum membilas buat kali kedua atau ketiga, pastikan air bilasan yang terdahulu telah dikeluarkan kesemuanya terlebih dahulu. Nasi juga boleh dibilas dengan bilasan terakhir menggunakan air bertapis dan memasak nasi dengan air bertapis itu.
Bagi mereka yang baru bermula untuk belajar memasak di dapur, walaupun nasi merupakan paling mudah dan asas, pastinya anda akan teragak-agak untuk menentukan sukatan air bagi nasi yang dimasak.
Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang dimasak. Bagi masakan nasi untuk beras yang digunakan dalam masakan harian, tips yang cukup mudah adalah gunakan menggunakan cawan. Cawan yang sama digunakan untuk menyukat beras untuk dimasak digunakan untuk menyukat air dengan formula 1 cawan beras bersamaan 1 hingga 1 ½ cawan air.
Bagi penggemar ikan sungai atau ikan tawar seperti ikan lampam, ikan baung pastinya sudah biasa dengan masalah ikan ini yang mempunyai lendir dan sedikit hanyir. Terdapat beberapa cara yang anda boleh guna untuk menghilangkan lendir dan hanyirhanya dengan barang yang mudah terdapat di dapur.
Jikalau anda bercadang untuk memasak ikan sungai atau ikan tawar, air basuhan beras jangan dibuang. Simpan air basuhan untuk membasuh lendir dan hanyir ikan akan hilang.
Halia bukan sahaja dapat digunakan dalam masakan, tetapi juga boleh menghilangkan lendir dan bau hanyir pada ikan. Cincang halus halia dan perapkan bersama ikan selama setengah jam.
Asam jawa juga dapat digunakan bagi menghilangkan hanyir dan lendir ini. Ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan seketika dan bilas sehingga bersih sebelum dimasak.
Pengisar makanan kebiasaannya akan berbau kurang menyenangkan terutamanya jika anda menggunakan pengisar itu untuk mengisar cili atau bawang. Gunakan sedikit beras yang ditambah dengan sedikit air dan kisar seketika. Bilas pengisar makanan dengan air bersih dan bau tadi yang kurang menyenangkan pastinya hilang.
Gunakan khazanah semulajadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti anda juga akan berbau wangi.
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
Semut dan gula seperti tidak dapat dipisahkan. Pastinya menjengkelkan bagi mereka yang memasak di dapur kerana semut yang halus sentiasa menghurung bekas gula walaupun ditutup rapat dan kedap. Nak hapuskan semut? Petua mudah, letakkan bunga cengkih ke dalam gula. Semut tidak lagi akan menghurung gula kerana bau dari bunga cengkih itu.
Bubuk atau kutu beras akan menjadikan beras anda lembik, kurang enak dan mudah basi. Halau kutu beras ini dengan hanya menggunakan cili kering. Potong dua cili kering dan letakkan ke dalam bekas simpanan beras anda. Sifat panas dan bau kuat dari cili kering akan menyebabkan bubuk atau kutu beras ini tidak bersarang pada beras anda.
Memastikan sayur anda lebih segar dan tahan lama hanya mudah sahaja. Pastikan anda menyimpan sayur anda di dalam bekas kedap udara sebaik sahaja pulang ke rumah. Kesegaran dan ketahanan sayur anda pastinya akan terpelihara lebih lama.
Lalat merupakan salah satu masalah utama bagi memastikan kebersihan makanan anda terjaga. Untuk menghalau lalat anda ini dengan cara yang lebih semulajadi, ambil daun kari dan letakkan di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Anda akan lihat perubahan ketara kerana bau dari daun kari tidak disukai lalat.
Pastinya bagi anda yang baru belajar memasak, atau sudah lama, percikan minyak panas semestinya membuatkan anda berhati-hati semasa menggoreng. Untuk mengelakkan anda terkena percikan minyak panas ini, mudah sahaja.
Ambil sepotong limau nipis dan perahkan ke dalam minyak masak sebelum dipanaskan. Hasilnya, tiada lagi percikan minyak panas dan anda juga akan lihat perbezaan bau dan rasa masakan yang digoreng dengan aroma yang lebih enak.
Jangan lupa untuk mencuba petua dan tip yang kami kongsikan dengan anda! Jikalau anda mempunyai komen atau lebih banyak tips, jangan segan silu untuk berkongsi bersama IMPIANA. Selamat mencuba!
KLIK DI SINI untuk pembelian 4 In 1 Hand Blender Set Pengisar Pegang Tangan Electric, memang wajib ada di ruang dapur anda.
Cuci Tilam yang terkena Banjir. Pembersihan pasca banjir terus berlangsung. Walaupun sudah beberapa minggu berlalu, kerja-kerja mengemas dan membersihkan kediaman selepas banjir masih perlu dilakukan. Tambahan, musim tengkujuh masih belum di penghujung. Masih ada kawasan yang sedang dan mungkin bakal dilanda banjir.
Pasca banjir memperlihatkan banyak kemusnahan dan kerosakkan harta benda terutamanya perabot dan pakaian. Antara barang yang IMPIANA kesan banyak dibuang adalah tilam dan sofa yang menggunakan material mudah serap air seperti fabrik kain dan span. Sebenarnya, jika struktur tilam dan sofa tersebut masih dalam keadaan utuh, tak perlulah buang. Apa yang harus anda lakukan hanyalah cuci atau berishkannya. Berikut, langkah-langkah dan cara betul untuk mencuci tilam atau sofa dari jenis fabrik meresap air
Bersihkan segala kotoran yang terdapat pada permukaan tilam termasuklah lumpur. Sebaiknya gunakan water jet untuk lebih mudah
Nak beli waterjet murah tapi berkualiti, boleh beli jenama Bossman ni. Terjual lebih 12k unit. Harga pun tak sampai RM 250. Boleh klik link ni https://invol.co/cl88jvu
Selesai membersihkan kotoran yang terdapat pada permukaan tilam, jemur dan pastikan kelembapan hilang sepenuhnya. Untuk lebih mudah dan cepat, gunakan vakum yang dikhaskan untuk menyedut air.
Gunakan baking soda untuk mempercepatkan proses penyerapan air yang terkandung di dalam tilam. Taburkan baking soda pada keseluruhan permukaan tilam dan gosok menggunakan span kering. Baking soda bukan sahaja berfungsi sebagai bahan penyerapan kelembapan, malah dapat mencegah kehadiran kulat. Biarkan baking soda tersebut beberapa jam dan sedut semula menggunakan vakum kering
Sekali lagi lakukan pengeringgan sepenuhnya di bawah terik matahari. Jika perlu pusing atau terbalikkan tilam untuk memastikan setiap bahagian kering. Harus ingat, alas batu atau bongkah kayu sebagai kaki tilam ketika menjemur bagi mengelak bahagian yang terkena lantai lambat mengerig
Saat tilam yang dijemur telah kering, jangan terburu-buru untuk bawa ia ke dalam bilik dan digunakan. Lakukan disinfeksi dengan menggunakan pembasi kuman dari jenis air. Sembur pada keseluruhan tilam bagi memastikan segala kuman yang tersisa dapat dimusnahkan sepenuhnya. Setelah itu, jemur sekali lagi
Langkah terakhir yang perlu anda lakukan adalah pastikan tilam yang telah siap dicuci dan kering terhindar dari sebarang bau busuk. Jika anda dapat kesan kehadiran bau kurang enak, ini menunjukkan tilam anda diserang kulat. Hal ini perlu di atasi oleh profesional
Cuci Tilam yang terkena Banjir
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mungkin ada yang tidak tahu tapi hakikatnya, ramai di antara kita yang struggle untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan selesa hingga pagi. Cuba 5 petua mudah untuk dapatkan lena yang berkualiti.
Tidur yang baik dan cukup adalah 6-8 jam. Jika kurang daripada jam ini, pasti hari esok anda akan kepenatan dan prestasi kerja anda akan berkurangan berikutan tidak dapat rehat yang mencukupi.
Jadi, bagi membantu anda mendapatkan tidur yang baik secukupnya, IMPIANA sediakan panduan mudah yang boleh anda ikut. Jom semak!
Elakkan minum kafein
Bermula daripada pukul 6 petang hingga waktu tidur. Elakkan daripada minuman berkafein. Ini kerana ia akan meransang otak anda dan kafein tersebut boleh kekal dalam badan anda hingga 12 jam. Bayangkan sebab terlalu banyak minuman kopi dan teh, lena anda akan terganggu.
Pastikan tilam anda bebas pepijat
Jika anda mengesan kehadiran pepijat di atas tilam, solusi terbaik adalah untuk buang sahaja tilam itu. Ini kerana pepijat mampu hidup sehingga 6-18 bulan dan mampu bertelur dengan banyak dan mengambil masa 6-10 hari untuk menetas. Selain itu, jika pepijat sudah ada di bilik tidur anda, risiko untuk mereka merebak ke bilik lain adalah tinggi.
Antara simptom pepijat adalah apabila anda bangun pagi dan terdapat kesan merah dan kegatalan pada kulit badan.
Cucian berkualiti di cadar katil
Jika anda menggunakan cadar kain kapas, elakkan membasuh dengan basuhan kering. Lebih molek dibasuh dengan pelembut pakaian. Lagi wangi, lagi bagus. Malam anda pasti lebih lena dan selesa.
Pilih saiz tilam yang betul
Jika tubuh badan anda bersaiz besar, adalah molek untuk membeli tilam yang berukuran 76×80 atau dikenali sebagai king size. Ia juga sesuai untuk mereka yang berkongsi tempat tidur bersama anak yang masih dalam peringkat membesar dan tidur lasak. Jika anda rasa ia mahal, anda boleh cari tilam saiz queen dengan ukuran 60×80. Ia juga sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin dan masih belum mempunyai anak.
Jangan makan di atas katil
Sisa makanan yang tumpah diatas katil pastinya menjadi buruan pelbagai serangga perosak seperti lipas, semut dan pelbagai lagi. Itu juga boleh mencerminkan tahap kebersihan tempat tidur anda. Jika tempat tidur kotor, bagaimana nak dapat tidur yangberkualiti? Jadi, lebih baik elakkan makan atas katil..
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.