Selain jubin digunakan sebagai kemasan lantai rumah, kemasan Vinly bercorak kayu juga boleh digunakan sebagai penyeri rekaan hiasan dalaman kediaman anda.
Bukan sahaja mempunyai pelbagai pilihan corak dan warna menarik, kemasan Vinly bercorak kayu ini nyata tampak lebih klasik dan lebih bergaya.
Malah, ia juga turut memiliki pelbagai kelebihan dan manfaat untuk ruang rekaan dalaman rumah anda. Jadi, mari kita apa kelebihan yang anda boleh perolehi dengan menggunakan kemasan Vinly bercorak kayu ini.
Bagi anda yang ada anak kecil khususnya, sememangnya amat sesuai dan digalakkan untuk menggunakan kemasan Vinly untuk lantai rumah kerana ia bersifat kalis air dan tidak mudah kotor.
Lantai rumah anda bukan sahaja tidak mudah tampak kotor, malah ia juga tidak sensitif dengan sebarang bahan kimia. Jadi ianya sangat tahan lasak dan lebih tahan lama.
Ads
Selain itu, kemasan Vinly ini juga mesra alam dan haiwan peliharaan membuatkan ianya amat sesuai bagi anda yang ada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Menariknya lagi mengenai kemasan Vinly bercorak kayu ini ia memiliki pelbagai pilihan corak dan warna yang menarik. Jadi anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk kemasan lantai rumah mengikut citarasa yang anda suka.
Ads
Jadi, bagi anda yang masih mencari kemasan Vinly bercorak kayu untuk lantai rumah, anda boleh dapatkan di mana-mana kedai berdekatan anda atau membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik pautan di sini untuk pembelian.
Sebuah syarikat kelengkapan bilik tidur jenama terkenal, Sonno buat julung kalinya secara secara rasmi telah membuka pintu butik flagship yang pertama di Publika kepada orang ramai. Butik baharu Sonno ini bakal memberikan pengalaman menakjubkan buat para pelanggan setianya untuk merasai membeli-belah secara omnisaluran dengan lancar dan selesa.
Flagship Sonno yang pertama ini juga dikenali sebagai ‘Sonno Sleep House’ yang bakal memberikan peluang kepada para pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman koleksi kelengkapan tidur yang ditawarkan syarikat ini.
Menariknya lagi, ruang flagship juga telah direka dengan sangat teliti ini dengan meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam sebuah rumah bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan untuk menguji tahap kualiti tilam. Selain itu, para pakar tip kelengkapan bilik tidur akan bertugas sebagai wakil jualan Sonno akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian yang signifikan ini menerusi pembukaan butik flagship Sonno yang pertama di Publika. Butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. Pengalaman ini boleh dinikmati pelanggan-pelanggan kami tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi platform pemesejan, atau menerusi kedai fizikal kami,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
“Sebagai sebuah jenama yang lahir secara digital, pembukaan butik fizikal ini membantu syarikat untuk memenuhi evolusi selera pengguna di samping mencipta sebuah pengalaman membeli tilam yang mengasyikkan dan menjadi memori yang indah buat pelanggan,” katanya lagi.
Serentak dengan pelancaran butik flagship pertama ini, Sonno turut memperkenalkan koleksi tilam yang terbaharunya iaitu ‘Sonno Signature Bed Frame’. Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend masa kini, reka bentuk rangka katil Sonno ini diperbuat daripada 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia tanpa menggunakan sebarang kompanen logam.
Katil ini juga direka khas bertujuan bagi memberikan para pelanggan untuk merasai pengalaman memasang tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, rangka katilnya juga dilengkapi dengan slot peranti khusus yang akan menarik minat generasi anak muda hari ini.
Menurut pengasasnya, “Kami adalah sebuah syarikat yang sentiasa berpandukan pengumpulan data maklum balas para pelanggan terhadap produk kami. Oleh itu, kami amat teruja apabila kami akhirnya berjaya memperkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan tinggi daripada para pengguna kami dengan memperkenalkan sebuah rangka katil yang cantik dan terbaharu dengan tiga kategori iaitu kualiti tinggi, kesederhanaan dan reka bentuk yang luar biasa”.
Pada masa hadapan, Sonno akan terus komited untuk memanfaatkan data maklum balas tersebut untuk meningkatkan lagi mutu kualiti pengalaman membeli-belah pelanggan, dengan harapan akan dapat memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu yang menarik dalam katalognya dalam suku keempat 2022 bagi membantu orang ramai mendapat tidur yang berkualiti dan meningkatkan gaya hidup mereka.
Sebelum ini, Sonno mula menjadi terkenal sebagai jenama pengeluar tilam berkualiti tinggi selepas strategi pemasaran menghantar tilam di dalam kotak kepada pembeli mendapat perhatian ramai selain tawaran harga yang berpatutan, percubaan selama 100 malam, dan penghantaran secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi di laman sesawang www.sleepsonno.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Umum mengetahui, semenjak biji kopi ditemui berabad-abad lamanya, kopi merupakan antara salah satu minuman popular dan telah menjadi digemari ramai di seluruh dunia.
Seiring dengan perubahan era dan teknologi masa kini, kopi juga telah melalui transformasi dengan pelbagai inovasi terbaharu menjadikan minuman kafein ini semakin maju kehadapan berbanding zaman dahulu.
Jika dahulunya, untuk menikmati secawan aroma kopi segar perlu dllakukan dengan kaedah penyediaan secara tradisinal tetapi kini tidak lagi setelah mesin kopi dicipta dan mula diperkenalkan pada abad ke-19 di Eropah.
Meski mesin kopi ini telah dicipta dan wujud lebih berabad-abad lamanya, namun penggunaannya tidak begitu meluas seperti sekarang.
Bagi sejarah jenama mesin kopi terkenal, Nespresso misalnya telah bermula pada tahun 1986 dan sudah melalui pelbagai revolusi perubahan lebih tiga dekad sehingga kini.
Maka, ia telah membuatkan mesin kopi Nespresso jenama yang dipercayai ramai dan memiliki kelas yang tersendiri. Jadi, adakah benar ia hanya mampu dimiliki dan diguna pakai oleh golongan ‘kayangan’ sahaja?
Untuk pengetahuan anda, mesin kopi jenama Nespresso ini sebenarnya mempunyai pelbagai seleksi model mengikut kesesuaian dan citarasa anda. Jadi, suda semestinya harga untuk setiap mesin kopi ini berbeza-beza.
Model Essenza Mini
Mesin kopi Essenza Mini adalah merupakan model harga termurah berbanding dengan model yang lain. Selain saiz reka bentuknya yang kecil dan kompak, mesin kopi berharga serendah RM649 ini amat mudah untuk digunakan.
Ia juga didatangkan dengan lebih lima pilihan warna yang menarik seperti Merah, Kelabu, Putih, Hitam dan Hijau.
Model Inissia
Model Inissia ini pula dijual dengan harga serendah RM699 sahaja. Bagi model ini ia memiliki kapasiti tangki air yang lebih besar berbanding Essenza Mini. Namun, ia cuma didatangkan dengan dua pilihan warna sahaja.
Untuk info lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari di laman sesawang www.nestle-nespresso.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Jangan ada yang tidak tahu atau berasa terkejut dengan khabar berita ini kerana ia sememangnya benar bekas ais kiub keluaran jenama antarabangsa, Nespresso ini dijual dengan harga RM99.00 kepada orang ramai bagi pembelian secara dalam talian di laman sesawang rasmi jenama tersebut.
Mungkin ada segelintir anda yang berpendapat serta merasakan harga kelengkapan aksesori jenama pengeluar minuman kopi terkemuka itu dijual dengan harga yang terlampau mahal dan tidak masuk akal kepada pembeli.
Namun, anda sebagai pembeli seharusnya mengetahui bahawa Nespresso ini merupakan sebuah jenama pengeluar minuman kopi yang terkenal di seluruh dunia lebih daripada 30 tahun.
Maka, tidak mustahil harga produk serta kelengkapan aksesori yang dijual agak sedikit mahal berbanding dengan jenama lain di pasaran luar. Ini kerana dengan kredibiliti yang dimiliki oleh Nespresso telah meletakan ia sebagai sebuah jenama yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.
Bercakap tentang bekas ais kiub jenama Nespresso ini ia telah direka khas sebagai pelengkap aksesori produk keluarannya dan lapisan permukaannya diperbuat daripada bahan getah silikon yang berkualiti tinggi.
Selain itu, reka bentuknya telah direka sempurna dengan saiz kapasti seberat 30gram untuk seketul ais kiub sama sekali tidak mengubah aroma serta rasa keaslian pada minuman kopi anda.
Jadi, kelengkapan aksesori ini sememangnya amat sesuai bagi anda yang lebih mengemari untuk menikmati secawan kopi yang sejuk dan dingin!
Apa-apa pun, kuasa untuk membeli terletak di tangan anda, maka jadilah pengguna yang bijak. Anda sebagai pembeli juga harus tahu untuk membezakan antara keperluan dan kehendak ketika berbelanja.
Tetapi tidak ada salahnya sekiranya anda berkemampuan dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli sebuah produk atau barang berjenama serta berkualiti tinggi. Bak kata pepatah, ‘ukur baju di badan sendiri’ atau pepatah lain yang sering kita dengar iaitu ‘tepuk dada, tanya selera anda’.
Untuk info lanjut dan pembelian secara dalam talian, anda boleh layari di laman sesawang www.nestle-nespresso.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.