Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65, mari kita kenali dengan lebih dekat salah satu bangunan bersejarah di selatan tanah air iaitu Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini mula dibina sekitar tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada 1908 telah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan.

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

 

Istana Lama Seri Menanti ini juga dibangunkan ekoran selepas peristiwa hitam yang berlaku di Istana Pulih yang telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sewaktu peperangan Bukit Putus.

Masih tersergam indah sehingga ke hari ini, Istana Lama Seri Menanti ini telah menjadi sebuah bangunan yang terkenal di serata negeri dengan keunikan struktur bangunan yang dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku. 

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Bagi anda yang masih belum menjejakkan kaki di Istana Lama Seri Menanti ini, untuk maklumat anda struktur bangunan bersejarah ini mempunyai ketinggian empat tingkat dan pelan asalnya dipercayai telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.

IKLAN

Namun begitu, sehingga kini tidak dapat dibuktikan bahawa kedua-dua figura ini yang menjadi tukang pembinaan Istana Lama Seri Menanti.

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil daripada kayu-kayu di kawasan Bukit Pergai, Jelebu. 

Selain itu, ada juga beberapa kayu-kayu lain antaranya kayu Penak yang diambil dari kawasan Bukit Tinggi. Apa yang menyebabkan Istana ini unik dan lain daripada yang lain oleh kerana pembinaan struktur bangunannya yang tidak menggunakan sebatang paku besi. 

IKLAN

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Istana Lama Seri Menantu ini berjaya dibangunkan dengan menggunakan paku diperbuat daripada kayu yang dipanggil Pasak. Bukan seperti kayu biasa yang lain, Pasak ini mempunyai struktur yang keras dan kukuh untuk pembinaan sebuah bangunan. 

Dari segi reka bentuk bangunannya pula, Istana Lama Seri Menanti ini direka daripada simbolik tanduk Kerbau yang melambangkan keamanan.

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

IKLAN

Kemudian, atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini secara rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan perasmiannya telah dilakukan pada tanggal 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.

Kini, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Manakala setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Baca artikel berikutnya: Antara Reka Bentuk Rumah Yang Cantik Dan Lokasi Kediaman Strategik, Mana Satu Paling Penting?

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI