Bagi anda peminat setia dunia hiburan antarabangsa, sudah pasti mengenali dengan selebriti popular Hailey Bieber yang merupakan isteri kepada penyanyi terkenal Justin Bieber.
Setelah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2018, suami kepada Hailey Bieber telah membeli sebuah kediaman yang terletak Baverly Hills, California di Amerika Syarikat buat isterinya.
Memetik laporan oleh Celebrity Reporter menerusi laman media sosial Facebook, kediaman milik selebriti berkenaan dikhabarkan mencecah nilai 8.5 juta USD. Jadi, bagaimana kelihatan kediaman Hailey? Jom kita lihat bersama.
Untuk maklumat anda, Hailey mempunyai sebuah kediaman dengan keluasan 11,500kaki persegi dan telah menampilkan konsep dekorasi yang mewah dan elegan.
Ads
Bagi dekorasi hiasan dalaman rumah, Hailey telah memilih rona putih, hitam dan corak kayuan sebagai pilihan.
Apa yang menariknya mengenai kediaman selebriti ini, ia mempunyai sebanyak 7 buah bilik tidur, 10 bilik air, perpustakaan mini, teater, dapur dan macam-macam lagi.
Ads
Sumber: Facebook Celebrity Reposter
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Mesti ada di segelintir di kalangan anda yang masih belum mengetahui atau mengenali dengan lebih dekat dengan hotel Courtyard by Marriot yang telah dibangunkan di sekitar bandar Setia Alam, Selangor.
Bagi yang tertanya-tanya dan ingin tahu, untuk maklumat anda Courtyard by Marriot ini adalah sebuah hotel terbaharu yang telah dibangunkan di lokasi betul-betul bersebelahan dengan pusat membeli-belah Setia City Mall.
Courtyard by Marriot Hotel ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 8 Disember yang lalu. Tempat penginapan bertaraf 4 bintang ini telah mempunyai sebanyak 225 buah bilik yang dilengkapi dengan rekaan dekorasi hiasan dalaman yang serba cantik dan moden.
Bukan itu sahaja, kesemua bilik tempat penginapan ini dilengkapi dengan sistem teknologi terkini seperti televisyen pintar, meja kerja pelbagai fungsi, pengecasan wayarles dan berbilang soket pengecas USB serta akses internet berkelajuan tinggi.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah dan merasai sendiri pengalaman penginapan di Courtyard by Marriot Hotel yang begitu mengujakan dan menyeronokan.
Ketika kunjungan IMPIANA di sini telah berpeluang untuk menginap dua jenis bilik iaitu Executive Suites dan Deluxe Room yang memperlihatkan dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan moden kontemporari. Tetapi sebelum itu, jom kita lihat dahulu ruang menunggu atau Lobby di Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam ini yang sememangnya begitu mewah sekali!
Untuk maklumat anda, bagi kategori bilik penginapan Executive Suite adalah merupakan bilik penginapan yang terbesar di sini. Setelah anda masuk di pintu utama bilik, anda akan melihat satu sudut ruang tamu yang tersergam indah dengan kelengkapan perabot sofa dan langsir tingkap yang sangat cantik bersama televisyen pintar paparan skrin bersaiz 65″.
Di sebelah ruang tamu, terdapat lagi satu bilik yang merupakan bilik tidur yang dilengkapi dengan sebuah katil bertilam empuk saiz King serta sofa berbentuk ‘L’. Apa yang menariknya lagi, bilik tidur ini juga dilengkapi dengan sebuah lagi televisyen pintar paparan skrin bersaiz 55″.
Tak lengkap rasanya bilik penginapan jika tiada kamar mandi yang cantik dan mewah, betul tak? Executive Suite mempunyai sebuah bilik air yang sangat besar dan dilengkapi dengan tab mandi dan ruang singki berkembar sangat cantik. Ini kerana, bilik mandi ini telah mengenakan tema konsep jubin batu marmar bercorak kelabu gelap.
Jom kita lihat pula kemudahan yang disediakan di Courtyard by Marriot Hotel ini, memandangkan ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang, ia dilengkapi dengan kemudahan seperti Grand Ballroom, bar, bilik mesyuarat, kolam renang, bilik sauna, gimnasium dan restoran.
Baru-baru ini, kedai kelengkapan perabot dan barangan elektrik jenama Harvey Norman dengan bangganya telah mengumumkan kejayaan acara Italian Eleganza, yang diadakan secara besar-besaran pada 31 Mac 2023 di cawangan kedai utamanya di Pusat Beli-belah IPC, Mutiara Damansara.
Dengan kerjasama Atap.co, jenama platform nombor 1 di Malaysia yang menyediakan para pereka hiasan dalaman terkenal di Malaysia, acara eksklusif itu turut mempamerkan pratonton peribadi koleksi sofa dari Itali baharu, yang diimport oleh Cubo Rosso, pengeluar perabot terkemuka dari negara Itali.
Selain itu, acara Italian Eleganza ini diadakan bagi meraikan seluruh pembuatan perabot eksklusif dari Itali yang menampilkan reka bentuk, gaya dan penghasilan dari negara Itali yang terbaik. Koleksi baharu sofa Itali yang dipamerkan pada acara itu dibuat dengan sempurna oleh beberapa tukang terbaik di Itali. Koleksi itu juga menampilkan pelbagai gaya, warna dan bahan, termasuk pilihan material kulit dan fabrik, untuk memenuhi citarasa dan keutamaan setiap pemilik rumah di Malaysia.
Acara itu dihadiri oleh kumpulan terpilih pelanggan Harvey Norman yang dihormati, termasuk pereka dalaman, arkitek dan pemilik rumah. Para hadirin berpeluang melihat dan merasai sendiri koleksi sofa baharu Itali secara lebih dekat, berinteraksi dengan pasukan Harvey Norman dan wakil dari Cubo Rosso.
Bercakap mengenai acara itu, Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi tuan rumah acara Italian Eleganza, yang mempamerkan reka bentuk dan ketukangan Itali yang terbaik. Koleksi baharu sofa Itali daripada Cubo Rosso adalah satu penghasilan yang sempurna, keanggunan dan gaya Itali, dan kami teruja bahawa permintaan untuk reka bentuk yang mengagumkan serta berkualiti tinggi dan perabot tahan lama daripada pengguna kami dipenuhi dengan produk yang kami bawa oleh Cubo Rosso.”
Harvey Norman tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pelanggannya untuk merasai koleksi baharu sofa Itali, yang boleh didapati di kedai Harvey Norman IPC Flagship dan kedai Harvey Norman terpilih di seluruh negara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Selain baju raya atau hiasan dekorasi rumah, antara aksesori penting di hari raya untuk kediaman adalah balang kuih raya. Bukan sahaja isinya yang sentiasa menjadi perhatian para tetamu yang datang, tetapi reka bentuknya juga turut diteliti.
Oleh itu, sudah pasti balang kuih raya yang cantik dan bergaya akan sentiasa menjadi pilihan dek rekaannya yang menarik. Terdapat bermacam-macam jenis balang kuih raya, ada yang diperbuat daripada kaca, ada juga yang diperbuat dari plastik.
Namun begitu, kebiasaannya balang kuih raya yang diperbuat daripada kaca ada dijual dipasaran rekaanya sangat terhad dan kalau yang cantik pun harganya mahal. Bagi balang kuih raya plastik pula ini kebiasaanya menjadi pilihan mereka yang mempunyai anak atau cucu ramai. Almaklum lah takut pecah kan?!
Mari IMPIANA nak kongsikan serta ajar anda cara bagaimana untuk menghasilkan balang kuih raya yang cantik dari bekas plastik sahaja. Kalau bekas plastik kuih raya seperti ini anda boleh mendapatkannya dengan harga sekitar RM2 kebawah. Murah kan?
Selain itu, bekas ini juga kebiasaanya digunakan penjual kuih raya. Jadi kalau dah ada balang plastik macam ni, tak perlu beli dah. JIMAT! Anda boleh melihat senarai bahan-bahan yang diperlukan serta cara-caranya menerusi pautan video di bawah;
Bahan-Bahan:
Balang plastik Tisu bercorak Gam Kraf Gunting
Cara-caranya:
Jika anda mahu mendapatkan balang kuih raya plastik seperti ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!