
Perhiasan di dalam rumah mempunyai peranannya yang tersendiri. Tanpa sebarang perhiasan, ruang boleh kelihatan ‘flat’ atau tiada jiwa. The Artisan Haus menempatkan pelbagai gaya aksesori dan hiasan buat kediaman yang ingin tampil unik dan lebih cosy.
KOLEKSI SEANTERO DUNIA
“Artisan” seperti yang diterjemahkan didalam Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud, “pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang” merujuk kepada seseseorang yang mahir menghasilkan sesuatu peralatan atau aksesori menggunakan tangan. Ini juga bermakna, setiap satu barangan tersebut telah dihasilkan dengan teliti dan bersungguh-sungguh oleh pembuatnya.
Bertempat di tingkat 2 pusat beli belah The LINC yang terletak di Jalan Tun Razak, The Artisan Haus mengumpulkan perhiasan buatan tangan daripada seluruh pelusuk dunia. The Artisan Haus bertanggungjawab untuk mengumpulkan hasil kerja artis-artis dari India, Indonesia, Iran dan banyak lagi.
PLATFORM GOLONGAN KREATIF
The Artisan Haus amat komited untuk memperkenalkan jenama tempatan pada pasaran jadi, dengan wujudnya rangkaian ini, pelbagai jenama yang bernaung dibawah satu bumbung akan dengan mudah dapat diakses oleh pembeli yang sememangnya dahagakan produk tempatan yang berkualiti.
Mereka juga berbesar hati dan bangga dapat mewakili jenama-jenama tempatan yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi dan mendapat tempat dihati pengguna seluruh rantau.
+ INFO KEDAI
Premis : The Artisan Haus
Lokasi : Lot 2-30, Tingkat 2, The LINC, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Buka setiap hari, 11 pagi – 9 malam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”

Penggunaan kusyen adalah salah satu cara paling mudah untuk menyuntik gaya dalam dekorasi kediaman tidak kiralah di ruang tamu, bilik mahupun di taman. Memandangkan terdapat banyak rekaan kusyen yang menarik pada harga berpatutan, ia tidak bermakna anda boleh sewenangnya untuk suai padan rekaan kusyen anda tanpa menghiraukan sama ada ia sesuai dengan antara satu sama lain mahupun tidak.
Namun perlu diingat, koleksi kusyen anda tidak semestinya perlu sepadan. Adakalanya, padanan yang tidak sepadan lebih cantik dan bagaikan pilihan profesional jika ianya sesuai. Mesti ramai yang kurang yakin untuk melakukan padanan kusyen teruatamnya jika ia bermaian dengan warna dan corak yang berbeza.
Terdapat pelbagai cara untuk “mix and match”. Namun, ini formula yang paling mudah untuk digunakan:
1. PILIH PADANAN WARNA
Sebaiknya gunakan 3 warna yang berbeza. Salah satu warna yang dipilih perlu sepadan dengan upholstry. Rona ke-2 diambil dari warna yang mendominasi bilik atau sesuatu ruang yang dihias seperti dari waran langsir dan dinding. Warna yang ke-3 adalah rona yang berupaya menyeimbangi antara satu sama lain. Jika anda memilih kusyen yang mempunyai bentuk yang berbeza, pastikan ia berdasarkan daripada 3 warna tersebut.
Seperti contoh:
Biru + Merah + pink
Merah + Orange + Hijau
Magenta + Violet + Kuning
Hijau + Emas + Magenta
2. PADANAN CORAK
Padanan sofa dengan rona solid agak mendatar. Apa kata, tambahka sedikit textur dan corak agar tampil lebih bergaya. Anda boleh padankan ketiga-tiga himpunan kusyen dengan corak yang berbeza namun, pastikan ia dalam pilihan rona yang sama. Kebiasaanya, padanan kusyen dilakukan mengikut corak yang dipilih. Untuk kusyen utama ini, ia perlu mempunyai padanan 3 warna yang telah di pilih dan coraknya besar.
Pattern ke-2 yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai 2 color dari 3 tatapan rona yang telah dipilih. Dan kusnyen yang ke-3 mempunyai corak dengan rona yang terdapat pada kusyen pertama namun tidak terpalit pada corak kusyen yang ke-2 tadi. Atau untuk seimbang, boleh jadikan rona polos pada kusyen yang ke-3
- Berikut antara contoh padanan:
Bunga besar + Geometrik + Rona polos
kotak-kotak besar + Corak toile + Garis lurus
chevron + Bintik-bintik + tekstur kait
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Asas Penjagaan Tanaman “Indoor” Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Bagi memastikan tanaman indoor kesayangan anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh, tidak cukup sekadar memberi perhatian, kita juga perlu peka dengan keperluan asas tumbuhan selain memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
PENJAGAAN ASAS TUMBUHAN DALAM RUMAH
Antara impak tanaman indoor termasuklah dapat mewujudkan suasana yang menarik terhadap sesuatu persekitaran ruang itu. Tumbuhan yang kecil memberi warna dan pemandangan segar dari tepi tingkap atau di atas meja, sementara tumbuhan yang besar memberi suntikan menarik terhadap sesuatu sudut.
Namun kadangkala masalah pokok mati, tidak berbunga pasti akan merisaukan anda sehingga menyebabkan ada di antara segelintir pemilik mengalami fobia akan keadaan ini. Sebenarnya, hampir kesemua masalah yang di hadapi oleh tanaman indoor amat mudah diselesaikan.
1. Pencahayaan
Tumbuhan amat memerlukan pencahayaan yang mencukupi mengikut jenis. Sebagai contoh tumbuhan berbunga memerlukan cahaya matahari mencukupi untuk membolehkan tumbuhan tersebut kembang mekar. Jika tumbuhan tidak mendapatkan jumlah pencahayaan mencukupi, daunnya akan mula kuning dan lama-kelamaan akan mati.
Kebiasaannya, pemilik akan meletakkan pokok berhampiran dengan tingkap untuk mendapatkan pencahayaan semula jadi. Oleh itu, kenal pasti jumlah pencahayaan yang di perlukan oleh tumbuhan.
2. Suhu kelembapan & cara penyiraman
Kebanyakan tumbuhan tumbuh sihat pada kadar suhu 60 hingga 70°F. Elakkan tumbuhan anda dari kawasan yang mempunyai kadar kepanasan dan sejuk yang tinggi seperti berhampiran dengan penghawa dingin dan peti sejuk. Bagi tumbuhan berbunga, bunganya akan berkembang mekar dalam tempoh lama jika kadar suhu persekitaran di tahap sederhana. Suhu melebihi 75°F akan menyebabkan kadar penyejatan air di dalam tanah menjadi cepat dan boleh menyebabkan tumbuhan kering kontang dah terdedah kepada penyakit serta mudah diserang penyakit.
Tanaman terarium atau bekas bertutup memberikan kadar kelembapan yang tinggi untuk tumbuhan dari jenis sukulen. Kadar penyiraman yang terlalu kurang atau berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan bermasalah. Daun akan bertukar menjadi kekuningan dan mati secara perlahan-lahan jika kekurangan air. Mana kala jika berlebihan air, akar tumbuhan akan lemas dan boleh menyebabkan tumbuhan mula lembik dan mudah diserang penyakit. Periksa tanah di dalam pasu setiap hari untuk memastikan kadar kelembapan mencukupi.
Kebanyakan pasu untuk tumbuhan di dalam rumah tidak mempunyai lubang pasu, oleh itu jumlah air yang diperlukan untuk pokok besar adalah sebanyak 250ml dan untuk tumbuhan kecil sebanyak 50ml hingga 100ml bergantung pada saiz tumbuhan.
Kaedah lain untuk memastikan kadar kelembapan tanah adalah dengan mengangkat pasu, jika pasu ringan bermakna kadar kelembapan sudah tiada. Anda juga boleh menggunakan kaedah penyiraman dari bawah pasu. Letakkan tumbuhan yang pasunya berlubang ke dalam bekas yang telah di isi air dan biarkan tanah meresap air secara perlahan. Bila kadar kelembapan sudah mencukupi di bahagian atas tanah, keluar kan pasu dari bekas air tersebut dan biarkan lebihan air tadi keluar dan jangan biarkan pasu terendam di dalam air untuk satu jangka masa yang lama.
Tip: siram tumbuhan anda dari bahagian atas tanah sebulan sekali untuk mengelakkan wujudnya garam mineral dan siram tumbuhan anda sebelum ia menjadi layu. Jika terdapat habuk yang berwarna keputihan pada permukaan tanah di dalam pasu, itu menunjukkan tanah tersebut sudah bergaram.
3. Pembajaan
Pembajaan dilakukan sebulan sekali dan pada kadar yang sangat minimum. Pemilik kediaman digalakkan mengguna baja organik kerana ia kurang panas dan selepas proses pembajaan tumbuhan perlulah segera disiram. Bagi tumbuhan berbunga, pembajaan mestilah dilakukan selepas tumbuhan tersebut habis kitaran berbunga kerana dikhuatiri baja tersebut akan panas dan menyebabkan kerosakan kepada kudup bunga.
Pemberian baja yang betul bagi setiap tanaman indoor amat penting untuk memastikan pokok yang ditanam kekal subur dan cantik.
Sekiranya cahaya memberikan sumber tenaga kepada tanaman, baja pula akan membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tanaman untuk terus membesar dengan subur.
Berikut merupakan tanda tanda tanaman anda kekurangan baja :
• Pertumbuhan pucuk baru kurang
• Daun kuning
• Daun gugur
• Batang pokok kecil
• Tidak berbunga
Tanda tanda tanaman anda terlebih baja :
• Hujung daun terbakar, bintik perang pada daun
• Pertumbuhan daun terjejas
• Daun layu
4. Penyediaan tanah
Untuk tumbuhan berpasu, sistem saliran tanah amat penting untuk memastikan air yang disiram boleh diserap dengan sebaiknya dan lebihannya dapat dikeluarkan. Untuk memastikan tanah di dalam pasu boleh mengalirkan air dengan baik, anda perlu campurkan sedikit pasir di dalam tanah tersebut. Pasir tersebut dapat membantu pengudaraan di dalam tanah, memperbaiki tumbesaran akar di dalam tanah dan memudahkan air mudah di resap oleh tanah.
Tip tambahan penjagan tanaman indoor ;
- semburkan sedikit air pada dasar daun dan lap untuk membuang debu yang terlekat pada dasar daun.
- Pastikan air dan kain yang di gunakan tidak mempunyai sisa minyak dan kain tersebut mestilah lembut.
- Untuk mendapatkan tekstur daun yang berkilat. Dapatkan lilin khas untuk tumbuhan yang terdapat di pasaran
- Untuk tumbuhan memanjat, pemangkasan haruslah dilakukan sekerap mungkin supaya tumbuhan tersebut sentiasa kemas dan rapi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangan Buang Pokok Liar Ni, Banyak Khasiat Yang Anda Tak Tahu

Rumput atau rumpai walaupun kelihatan tiada kegunaan, ia sebenarnya banyak manfaat kepada kesihatan. Seperti tanaman liar yang dikongsikan oleh Ladang Sayur Fertigasi Durian Tunggal – APN
Alhamdulillah, sedikit perkongsian. Terima kasih kepada pekerja mesin rumput yang tidak mesin pokok ini ketika membersihkan sisi jalan raya. Boleh dikatakan rezeki juga kerana pokok ini tumbuh liar di luar pagar rumah, tepi jalan pula tu. Boleh tinggi berbunga hingga cecah bawah lutut. Yang pelik kambing dan lembu tak sentuh dia pula sampai tinggi camnie 🤔. Agaknya x sedap di tekak mereka sebab wangi sangat kot 👻
Kalau tuan/puan nak tahu, pokok ini adalah salah satu dari spesis Lemon Basil 🌿 @ Kemangi . Bau nya agak wangi dan selalu juga digunakan dalam masakan sebagai penambah perisa. Bunga saiz kecik tapi rimbun dan cantik menjadi tarikan bagi cik kelulut 🐝 yang kesiannya telah menjadi rezeki kepada sang labah-labah🕷️ di bawah daun. Bila kita lihat kelulut singgah bunga pokok nie, jadi tak hairan lah kalau tuan/puan tengok tokey madu kelulut tanam lemon basil nie banyak keliling laman mereka selain dari pokok air mata pengantin, bunga taik ayam dan banyak lagi.
Bila tuan/puan tengok dekat bunga dia pula ada nampak mcm semut🐜 tapi jangan tertipu ya, semut tak jalan asing2 mcm tu dan bermain bunga sahaja ya sebab semut biasa kan jalan mcm keretapi. Kalau tuan/puan nak tahu, ini la dia Kutu Thrip, salah satu musuh besar bagi petani kita di Malaysia lagi2 petani yang tanam pokok dari jenis Solanacea iaitu Cili Besar🌶️, Cili Padi, Terung🍆. Tiga-tiga pokok ini satu family dan share penyakit dan perosak yang sama. Selain lalat putih dan hamama, kutu thrip juga boleh menyebabkan daun cili/terung kerinting ya. Kalau terung, buah akan jadi bergaris macam karat karat. Sebab tu petani akan selalu pastikan kawasan kebun mereka bersih. Kalau boleh bila tanam terung, terung je la ada situ tak boleh campur pokok bunga2 lain ke rumput panjang ke sebab salah satu isu dia ini lah jadi perumah bagi perosak.
Jadi tuan/puan yang ada tanam cili/terung secara kecil kecilan di laman rumah, jangan racun cili/terung sahaja ya tapi pokok bunga keliling dia pun kene racun sebab kutu nie memang suka lepak dekat mana mana je pokok berbunga. Walaupun level dia perosak masyarakat, tapi still dalam hati dia tetap di taman ya 🥴. Itu jadi masalah tu, abis taman kita di kokaknya 😤.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI