
Sebelum ni, kita dengar cat epoxy digunakan untuk kemasan pada lantai. Tapi sebenarnya bukan itu sahaja. Ia juga sesuai digunakan sebagai kemasan table top seperti yang dikongsikan oleh Liana Zulzaiziqzaim. Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, namun kurang menjadi pilihan di Malaysia.
Buat nacam ni lebih jimat. Tak payah pakai mozek dah
Assalamualaikum, Saya nak kongsi DIY table top yang suami buat. 50% rumah ni suami yang buat sendiri. Sebab itu, makan bertahun untuk sempurnakan.
Table top i suami guna cat epoxy dan ia merupakan percubaan kali pertama. Mula-mula saya tak setuju sebab takut tak menjadi. Tapi bila dah siap, nampak cantik pula. Suami saya kerja kontraktor wiring dan pasang jubin.
Pada mulanya nak buat table top warna hitam. Tapi, penjual tersalah hantar warna silver. Berikut, cara-caranya
1. Campurkan bahan undercoat
2. Cat rata lapisan undercoat
3. Bancuhkan pula lapisan epoxy mengikut arahan yang tertera pada label cat. Lepas bancuh, tuangkan atas table top. Pastikan guna berus dan perkakas yang dikhaskan untuk cat epoxy
4. Jika ada permukaan yang berbuih, gunakan pemetik api untuk hilangkan
5. Lepas selesai sapu, biarkan permukaan epoxy tanpa sentuhan atau sebarang beban selama seminggu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tuala Kayangan Bukan Microfiber Biase-Biasa, Lebih Efektif Membasmi Kuman Kata Pakar

Isi Kandungan
ToggleTuala kayangan tengah sibuk diperkatakan. Tapi, berbaloi ke beli tuala kayangan ni? harga sehelai pun bukan kepalang antara RM 50-RM350. Sebut microfiber, banyak tuala yang lebih murah diperbuat dari microfiber. Rupanya, ada sebab lain kenapa tuala kayangan ni mahal. Ia jauh lebih hebat dari tuala microfiber biasa. Ia dibina berasaskan formula sains. Facebook Ini Sains Beb berkongsi penjelasan ringkas yang mudah difahami ramai. Kenapa tuala kayangan ni hebat.
Tuala yang berasal dari Norway ini sebenarnya telah lama berada di pasaran, dibangunkan sejak 1994, namun menembusi Malaysia sekitar tahun lepas dan semakin dikenali tahun ini. Pelbagai produk dipasarkan menerusi syarikat ini termasuk, tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan sebagainya.
Apa istimewanya tuala N?
Tuala N yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.
Tuala N mempunyai teknologi antikuman (BacLock)
Tuala N sebenarnya dibangunkan dengan komposisi perak (silver). Tuala ini berfungsi membunuh kuman dengan kehadiran ion perak (silver) yang boleh mengganggu pertumbuhan dan penyebaran bakteria. Ion ini mengganggu enzim dalam bakteria yang diperlukan dalam metabolisma oksigen (pengangkutan transmembrane). Ion perak ini juga boleh merosakkan DNA yang menganggu dalam proses reproduksi bakteria.
Jika dibandingkan dengan spray D atau bahan kimia lain, kesan tuala N lebih lama sebenarnya disebabkan oleh ion perak ini. Walaupun ia tidak membunuh bakteria secara langsung, bakteria lazimnya akan terlekat pada tuala N dan lambat laun ia akan mati.
Sumber: https://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/1288052018220717
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
1001 Manfaat Daun Cekur Untuk Kesihatan Tubuh Yang Ramai Masih Belum Tahu

Daun cekur atau kencur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.
Daunnya merupakan pengganti yang baik bagi daun kunyit dalam masakan. Rasa dan baunya yang kuat merupakan ciri yang hampir sama dengan daun kunyit Antara hidangan yang sesuai menggunakan daun ini termasuklah ubur lambuk, singgang dan masak lemak.
Namun Tahukah anda, Cekur mengandungi banyak provitamin A karotena terutama pada daun yang baru dipetik. Ia juga kaya dengan vitamin B, C, protein dan mineral, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.
Ini Khasiat Daun Cekur yang harus anda tahu :
1. Anti penuaan
Kepada mereka yang mengamalkan makan kencur sebagai ulam secara berterusan, kandungan vitaminc dan mineral lain turut membantu melambatkan kesan penuaan.
2. Memecahkan angin dalam urat saraf
Di antara khasiat cekur yang paling menarik ialah membuang angin dari badan. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan resepi air kencur. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.
Bahan-bahan Air kencur:
- 2 genggam cekur / kencur
- 1 genggam halia
- 1 genggam beras yang sudah dicuci dan direndam selama 3 jam
- 1 ketul gula Melaka kecil
- 1 sudu teh kecil bunga cengkih
- 1 liter air
Cara penyediaan:
- Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
- Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
- Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
- Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
- Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
- Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
- Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
- Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.
- Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.
- Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.
- Jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain.
- Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam. Pastikan juga minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.
Selain membuang angin, air kencur juga membantu menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.
3. Menguncup dan memulihkan rahim
Bagi ibu yang baru bersalin atau mengalami keguguran, kencur membantu untuk menguncupkan rahim dengan cepat untuk mengelakkan masalah rahim kembang. Di samping itu ia juga membantu memulihkan rahim yang tercedera atau luka sepanjang tempoh mengandung dan proses bersalin.
4. Memanaskan badan wanita yang baru bersalin
Masyarakat melayu menggunakan cekur untuk memanaskan badan wanita yang baru bersalin. Ambil akarnya yang berisi dan direbus dan diminum sebagai tonik. Minum setiap pagi sepanjang tempoh berpantang.
5. Membanyakkan susu ibu
Cekur juga membantu membanyakkan susu ibu. Caranya, rebus pucuk dan akar cekur kemudian jadikan sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Atau boleh juga hancurkan daunnya dan tampal pada payudara si ibu.
6. Memberikan tenaga
Khasiat lain cekur ialah mengembalikan tenaga terutama bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa kurang bermaya.
7. Menguatkan rahim untuk mencegah keguguran
Satu lagi khasiatnya ialah ia boleh mencegah keguguran bagi wanita-wanita yang bermasalah. Rebus pokok & akarnya, dan diminum untuk menguatkan rahim.
8. Sembelit
Jika anda mengalami sembelit, petik daun cekur manis kemudian rendamkan ia di dalam air panas dan minum.
9. Menghilangkan gatal tekak
Anda boleh hilangkan gatal tekak dengan mengunyah umbi cekur
10. Menyembuhkan bengkak
Cekur juga digunakan untuk menyembuhkan anggota badan yang bengkak. Caranya, tempelkan beberapa helai daun cekur yang telah digiling lumat.
11. Menyembuhkan selsema
Di Filipina rizom cekur digunakan untuk menyembuh penyakit selesema dengan cara menghidu rizomnya.
12. Menyembuhkan demam malaria
Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria.
13. Menyembuhkan penyakit resdung
Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.
14. Mengurangkan penyakit asma
Kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.
15. Menghilangkan sakit gigi
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong-potong sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap sulfan selama satu hari sebelum dikeringkan. Ia digunakan untuk mengubati sakit gigi.
16. Menghilangkan kelemumur dan kutu di kepala
Masyarakat Cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramuan ubat tradisi untuk menghilangkan kelemumur dan kutu.
Itulah dia khasiat Daun Cekur yang mungkin ramai masih belum tahu. Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Bra Cepat Rosak, Ini Teknik Cucian Dan Simpanan Yang Betul

Macam mana cara anda mencuci bra? humban terus ke dalam mesin basuh? Jika kaedah ini yang anda gunakan, beli bra mahal macam mana pun tak akan tahan. Perlu diingat, tidak ada satu pun bra yang direka sesuai untuk cucian menggunakan mesin basuh walaupun anda menggunakan jaring laundry tu.
Kalau nak bra tahan lama dan tidak mudah rosak, kaedah cucian tanagan adalah yang terbaik. tonton video yang disediakan untuk mengetahui teknik cucian, mengering dan menyimpan bra yang betul
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI