Sudah menjadi lumrah bagi golongan suami mencuba sedaya upaya untuk memenuhi setiap yang dihajati para isteri. Seperti yang telah dikongsikan saudari Esm Shafizawati di laman Facebook, ruang stor bawah tangga yang pada asalnya tempat menyimpan barangan lama di kediamannya telah berjaya diubahsuai menjadi pantri terbuka, hasil sentuhan suami sendiri. Sudut ini telah lama diidamkan oleh Shafizawati dan dalam tempoh 4 hari sahaja, pantri terbuka ini telah siap. Setiap proses dilakukan sendiri oleh Shafiza dan suami menjadikan pantri ini lebih istimewa.
My Dream Pantry
“Alhamdulillah, tercapai impian nak memiliki pantry terbuka. Terima kasih suamiku bertungkus lumus siapkan pantry ni.
Bukan apa, ada pantry ni senang kita nak mengemas. Nak cari barang masak pon mudah. Tak lah punggah sana sini.
Dan paling penting, stok makanan kita tak sempat expired, sebab kalau simpan dalam kabinet kadang kita lupa dan selalunya terbeli lagi walau dah ada.
Kalau nak tambah stok pon senang sebab mana yang menyusut tu kita nampak. Jadi pembaziran atau lambakan stok dapat dielakkan.
Asalnya tempat ni stor bawah tangga, bila jadi pantry nampak luas pulak dia”
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Peluang Ubahsuai Kediaman Dengan IMPIANA Makeover
Kediaman yang selesa dan indah sememangnya menjadi idaman setiap orang. Ibarat pepatah lama “Rumahku, Syurgaku” yang memberi gambaran bahawa rumah seharusnya dikelilingi persekitaran yang indah, bersih, selesa dan ceria, sejajar dengan sifat syurga.
Rumahku Syurgaku merupakan impian dan keinginan setiap insan. Tetapi tidak semua mampu untuk mendapatkannya. Berita gembira buat anda yang mengimpikan kediaman indah serta praktikal buat keluarga, mari sertai IMPIANA MAKEOVER dan menangi peluang ubahsuai ruang dari kami!
Untuk menghantar penyertaan, KLIK disini dan ikut arahan yang telah diberikan.
Semoga berjaya!
Nampak mewah. Make over bajet dapur hanya dengan menggunakan cat dan sticker | EP03 IMPIANA MAKEOVER
Maekover bajet.. pemilihan rona cat yang tepat dan sticker tile je pun makeover dapur ni nampak mewah.??????
Posted by Impiana on Wednesday, June 12, 2019
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Tip Mudah Tanam Buah Strawberi Tanah Rendah Menjadi Dan Sedap
Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak memerlukan kaedah rumah hijau pun. Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi popular. Namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu dipatuhi bagi menjadi habitat sempurna untuk tanaman ini:
1. Medium/tanah
Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutaman ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan nurseri menggunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanaman tanpa tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
2. pH Medium
Pokok strawberi memerlukan pH yang seimbang dengan keperluannya. Untuk mendapatkan saiz buah yang optimum, pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
3. Pencahayaan
Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
4. Keperluan saiz kawasan
Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi disebabkan apabila pokok terlalu berhimpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.
5. Siraman
Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat,strawberi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika terlalu banyak air, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu dijaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu dikurangkan untuk mengelak buah masam.
6. Baja
Pokok strawberi paling sesuai dengan baja cecair kerana ia lebih mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja jenis slow release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
7. Pemangkasan
Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak penghasilan buah akan terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan bawah batang pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat anda hasilkan. Selain itu juga, bilangan sulur perlu dikurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
Sumber: Amanda strawberry
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Mudah Buat Lantai Laminate Di Kediaman Tahan Lebih Lama
Ada sebabnya mengapa lantai laminate sering menjadi pilihan pemilik kediaman berbanding lantai kayu sebenar.
Selain sifatnya yang nipis serta tahan lama, laminate juga datang dalam pelbagai tekstur dan warna. Pengguna tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memasang lantai laminate kerana ia sememangnya lebih murah berbanding material lantai lain yang terdapat di pasaran.
Amat sesuai untk cuaca tropika seperti di Malaysia, lantai jenis ini tidak mudah rosak apabila terdedah pada kelembapan dan cahaya matahari.
Satu lagi kelebihan utama laminate adalah keupayaan meniru rupa kayu semulajadi dengan sempurna tetapi harganya jauh lebih berbaloi untuk dimiliki.
Proses pemasangan lantai laminate juga amat mudah dan singkat, hinggakan ada yang memilih untuk DIY sendiri.
Memilih Bahan Dengan Kualiti Terbaik
Sama seperti mana-mana produk lain yang sering digunakan dalam kehidupan seharian kita, pemilihan lantai dengan kualiti yang tepat juga akan menjimatkan masa dan wang penyelenggaraan, sekaligus mengurangkan kemungkinan untuk mengganti lantai dalam masa beberapa tahun. Lantai yang berkualiti secara automatik akan lebih mudah untuk dikekalkan walaupun dengan penggunaan yang kerap untuk jangka masa yang lama.
Langkah Penjagaan dan Penyelenggaraan
Lantai laminate amat mudah untuk dijaga dan itu merupakan salah satu faedah utama penggunaan lantai laminate. Cara paling praktikat dan mudah untuk mengekalkan rupa bentuk asal laminate adalah dengan melakukan kerja-kerja pembersihan asas dengan kerap dan konsisten. Beberapa tabiat pembersihan lantai laminate termasuklah ;
- Lekatkan pad pelindung pada kaki perabot. Untuk perabot beroda pula, pastikan roda tersebut adalah jenis lembut dan sesuai untuk digunakan pada lantai laminate unrtuk mngurangkan risiko calar.
- Bagi mereka yang gemar menanam tumbuhan indoor, letakkan dulang titisan dibawah pasu bagi mengelakkan air atau lembapan jatuh ke lantai laminate.
- Habuk dan kotoran perlu dibersihkan selalu sama ada menggunakan vacum atau penyapu berbulu lembut. Kemudian, mop lantai dengan mop yang sudah diperah.
- Gunakan pembersih lantai khas untuk material laminate. Walaupun lantai dipasang dengan betul dan kurang risiko melengkung, lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menyesal.
- Biarkan lantai kering sepenuhnya selepas dicuci dengan pembersih lantai dan cecair rawatan lantai laminate.
Elak Lakukan Perkara-Perkara Ini ;
Lantai laminate memang akan tahan lebih lama dan bersinar seperti ia baru sahaja dipasang semalam dengan melakukan pembersihan berkala yang kerap tetapi terdapat juga perkara-perkara yang patut anda jauhi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, seperti ;
- Jangan biarkan tumpahan air bertakung dengan lama diatas permukaan laminate kerana ia boleh menyebabkan kerosakan air. Proses pengeringan menggunakan pengering wap juga tidak digalakkan.
- Elak membersihkan lantai menggunakan wax, stim pembersih ataupun pengilat lantai.
- Jangan memakai kasut dengan tumit yang tajam atau berpaku.
- Elakkan memaku atau skru apa-apa lekapan ke lantai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI