Kalau artikel sebelum ini, kita sudah menceritakan tentang bangunan-bangunan ikonik di serata negeri utara tanah air, kali ini IMPIANA mahu menjelajah bangunan ikonik di serata negeri pantai timur yang telah menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Jadi mari kita mulakan dengan negeri Pahang Darul Makmur, merupakan sebuah negeri yang terbesar di tanah Semenanjung Malaysia.
Pahang
Bangunan yang telah ikonik dan mercu tanda di negeri Pahang adalah menara Kuantan 188. Ia telah siap dibina sepenuhnya pada tanggal 3 September 2019.
Lantas, dengan kewujudan menara Kuantan 118 ini telah meletakkan ia sebagai menara tertinggi di pantai timur dan kedua tertinggi di Malaysia. Maka, sudah pasti ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Pahang yang tercinta.
Ads
Kelantan
Seterusnya, di negeri Kelantan Darul Naim pula sedikit berbeza berbanding negeri pantai timur yang lain. Ini kerana, Istana Balai Besar yang terletak di sekitar bandar Kota Bharu ini telah menjadi salah satu tempat yang menjadi ikonik dan kebanggaan di Kelantan.
Ia merupakan tempat bersejarah di Kelantan serta yang tertua di Malaysia. Dewan Besar yang unik masih digunakan untuk upacara diraja seperti upacara puncak dan penobatan. Istana ini juga berfungsi sebagai institusi untuk memelihara warisan dan tradisi Melayu.
Ads
Terengganu
Bagi di negeri Terengganu Darul Iman pula, struktur binaan jambatan angkat yang dibina bagi menghubungkan dua kawasan iaitu dari bandar Kuala Terengganu dan Seberang Takir, Kuala Nerus ini sudah semestinya menjadi kebanggaan seluruh warga negeri Terengganu.
Ads
Jambatan angkat yang sepanjang 630 meter ini merupakan sebuah jambatan angkat yang terpanjang di dunia dan satu-satunya jambatan angkat di Asia Tenggara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Biasa kita dengar ayam goreng berempah dan ayam goreng kunyit je kan. Pernah dengar ayam goreng belacan tak? menu ni terkenal di Pulau Pinang. Rasa ayam goreng belacan ni lebih sedap tau dari ayam goreng berempah. Jom kita lihat cara penyediaan ayam goreng belacan dari Chef Anand Pusudoray
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Warna 2022~ Langit Cerah sedang Menanti. Pastinya warna 2022 kali ini menjadi pilihan untuk setiap pemilik rumah mahupun komersial. Setiap tahun semua syarikat cat akan berlumba-lumba untuk mengeluarkan warna tahunan yang telah dikaji oleh trend global untuk dapatkan warna tahunan yang akan menjadi trend tahunan.
Seperti biasa AkzoNobel pastinya akan menzahirkan warna sempurna untuk setiap kediaman dan juga komersial. Pilihan warna untuk tahun ini pasti akan menjadi pilihan ramai. Sentuhan warna lembut dengan penuh kesegaran ini membuatkan ramai akan terpukau.
Bersempena pelancaran Dulux Promise, AkzoNobel juga memperkenalkan Colour of the Year 2022 – Bright SkiesTM– warna biru muda yang menenangkan seperti udara yang segar. Setelah lama terperap di rumah, orang ramai inginkan kebebasan. Kajian trend global menyeluruh yang dijalankan oleh pasukan pakar warna cat dan salutan dan golongan profesional rekaan antarabangsa menunjukkan bahawa kita semua inginkan ruang yang terbuka, terhubung dengan persekitaran luar dan pendekatan yang baru untuk semua perkara.
“Pada tahun 2022, Bright Skies akan membantu kita mengalu-alukan idea dan bentuk baharu untuk masa depan baharu,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global AkzoNobel. “Warna ini melambangkan langit yang tiada sempadan, memberi ruang untuk kita mendefinisi semula rumah, persekitaran, seni dan memberikan suara baharu dalam kehidupan. Ketika pengguna meneroka cara untuk mengekspresi diri dan mengubah ruang mereka, matlamat kami sebagai pakar warna adalah untuk memberi inspirasi agar mereka berasa yakin semasa memilih warna.”
Warna 2022 (Colour of the Year 2022) membantu memberi ilham kreativiti dan keyakinan untuk pengguna, manakala program ‘Dulux Promise’ memberi jaminan kualiti produk-produk kami. Dengan cat sebaik yang dijanjikan, pengguna pasti boleh menikmati ketenangan minda apabila mereka memilih untuk memberi nafas baharu, melindungi dan mencantikkan ruang-ruang kediaman mereka.
AkzoNobel, syarikat cat dan salutan antarabangsa yang terkemuka, baru-baru ini melancarkan program ‘Dulux Promise’ yang memastikan anda dapat mencapai warna yang sempurna, hasil akhir yang sekata dan liputan yang dinyatakan; atau produk cat anda akan digantikan.
AkzoNobel sedar bahawa memilih cat yang akan memberi hasil yang diingini untuk dinding anda bukanlah satu tugas yang mudah. Adakalanya, cat yang digunakan pada dinding tidak menepati warna yang dipamerkan pada katalog warna, dan kadangkala, pengecatan yang tidak konsisten akan menjadikan liputan dan hasil pada dinding kelihatan tidak kemas atau tidak memuaskan.
Program ‘Dulux Promise’ membantu menangani masalah yang sering dihadapi pengguna dan menjanjikan bahawa produk-produk terpilih dari portfolio ‘Dulux Promise’ akan menawarkan ciri-ciri berikut apabila dicat pada dinding yang bersih dan kering sepenuhnya, mengikut sistem pengecatan Dulux:
Warna sempurna – Warna cat akan sepadan dengan warna yang dipamerkan pada katalog Dulux seperti dek kipas dan kad tona, namun perlu diketahui bahawa perbezaan warna yang terjadi akibat jenis bahan (warna mungkin kelihatan berbeza mengikut jenis bahan atau permukaan yang dicat), bentuk, saiz dan pencahayaan permukaan tidak termasuk dalam jaminan program ini.
Hasil akhir sekata – Cat yang dibeli akan memberi hasil yang sekata tanpa kesan bercapuk sebaik sahaja kering sepenuhnya apabila digunakan pada permukaan yang bersih dan telah disediakan dengan baik.
Liputan – Satu bekas cat akan memberi liputan mengikut saiz kawasan yang dinyatakan pada label produk dan lampiran data produk; namun, sesetengah warna mungkin memerlukan dua lapisan untuk mencapai kelegapan yang diingini.
Melalui program ‘Dulux Promise’, AkzoNobel ingin memudahkan proses membuat keputusan dan memberi jaminan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan apabila memilih produk cat untuk dinding mereka.
David Teng, Pengarah Komersial SEAP di AkzoNobel Decorative Paints berkata: “Di AkzoNobel, kami sentiasa berusaha memperbaiki dan menginovasi produk-produk kami tanpa menjejaskan komitmen terhadap kualiti. Program Dulux Promise adalah contoh terbaik dalam usaha kami untuk meyakinkan pelanggan dan memberikan mereka kepuasan hati apabila memilih produk-produk Dulux semasa mengubah rekaan atau memberi nafas baharu kepada rumah mereka.”
Produk-produk yang termasuk dalam program Dulux Promise adalah Dulux Ambiance Pearl Glo, Dulux EasyClean, Dulux EasyClean Plus, Dulux Pentalite, Dulux Weathershield dan Dulux Weathershield Powerflexx. Melalui program Dulux Promise, pelanggan boleh memohon penggantian sekiranya produk-produk Dulux dijamin dalam program ini tidak memberikan warna yang sempurna, hasil akhir yang sekata dan liputan seperti yang dinyatakan pada dinding mereka, tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh didapati di www.dulux.com.my/en/dulux-promise. Untuk maklumat lanjut mengenai warna 2022, (Colour of the Year 2022), sila layari www.dulux.com.my/en.
Ada tak di kalangan anda yang pernah melihat perkakas dapur seperti dulang berputar ini dijual di kedai kelengkapan rumah mahupun secara dalam talian? Tahukah anda, dulang berputar ini sebenarnya namanya lebih dikenali sebagai ‘Lazy Suzan Tray’.
Mengapa perkataan ‘Lazy’ ini sering disinonimkan dengan perkakas dulang berputar ini? Adakah inovasi yang dimiliki oleh dulang berputar ini membawa maksud perkakas dapur ini gemar digunakan oleh yang pemalas?
Mungkin ada sesetengah di kalangan anda yang beranggapan inovasi dulang yang boleh berputar ini melambangkan sikap malas seseorang sekiranya digunakan.
Meski begitu, tahukah anda sebenarnya penggunaan dulang berputar ini merupakan sebuah produk perkakas dapur yang boleh memberi pelbagai kemudahan kepada anda?
Untuk pengetahuan anda, dengan fungsi putaran 360 darjah, dulang berputar ini sememangnya amat sesuai digunakan sebagai aksesori perkakas dapur bagi meletakkan pelbagai bekas atau balang rempah seperti garam, gula, serbuk perasa dan sebagainya.
Malah, apabila menjelang musim perayaan seperi Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir yang menggunakan dulang berputar ini bagi meletakkan balang biskut di atas meja makan tetamu.
Foto sumber: repictblog
Bagaimanapun, terpulang kepada tanggapan masing-masing terhadap mengenai penggunaan dulang berputar ini sama ada ia merupakan satu inovasi memudahkan atau memalaskan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan dulang berputar ini, apa kata anda mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.