Mesti ada dikalangan anda yang pernah mengalami masalah untuk menghalau semut di rumah dan sehingga kini masih belum menemui penyelesaiannya. Memang stres kan? 

Sebenarnya, ada beberapa petua dan langkah mudah yang anda boleh lakukan bagi menangani masalah tersebut. 

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat 5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Jadi, cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda dengan menggunakan bahan semulajadi yang pasti berkesan dan selamat.

1.CUKA 

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.

Caranya, anda boleh larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.

Cuba ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

2.KULIT KAYU MANIS 

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

IKLAN

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.

Bagi anda yang ada ‘cinnamon essential oil’ di rumah, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Dengan langkah ini bukan sahaja boleh mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!

3.SERBUK KOPI

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

IKLAN

Kaedah yang anda boleh lakukan, ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut dan biarkan selama beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

4.DAUN SIRIH 

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba daripada daun ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

5.KULIT TELUR

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

IKLAN

Caranya, bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat yang sering menjadi tumpuan semut.

Selain semut, cara ini juga berkesan juga untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Jangan lupa mengaplikasikan petua untuk menghalau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.

Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda. Selamat mencuba!

Sumber: SirapLimau Website 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

5 Petua Untuk Halau Semut Dengan Mudah, Berkesan & Selamat

Baca artikel berikutnya: Ulat Habuk Boleh Jadi Alahan Pada Kulit, Ini Teknik Hapuskannya

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI