Masih lagi mencari pasu bunga yang premium supaya dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah tampak lebih mewah? Ini satu khabar berita gembira buat anda!
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah di sebuah pusat membeli-belah, Tropicana Gardens Mall yang terletak di Kota Damansara.
Kemudian, terjumpa pula sebuah kedai bernama The Pot Concept yang menjual pelbagai jenis, bentuk dan rekaan pasu bunga yang menarik di sini.
Bukan sahaja ada pelbagai rekaan yang menarik, malah semua pasu bunga yang dijual di kedai berkenaan memang tidak dinafikan tampak cantik dan sungguh mewah.
IKLAN
Harga pasu bunga yang dijual di sini berbeza-beza mengikut jenis bentuk, saiz dan rekaan. Meski harga yang dijual agak sedikit mahal berbanding kedai lain di pasaran luar, namun kesemua pasu bunga yang dijual di sini semuanya berkualiti tinggi dan harga berpatutan.
Jadi apa salahnya berbelanja lebih bagi mendapatkan pasu bunga yang premium dan berkualiti tinggi, baru lah dekorasi laman dan hiasan dalaman rumah anda tampak lebih cantik sehingga memukau mata tetamu yang datang!
IKLAN
Kalau dah semuanya cantik-cantik belaka, memang rambang mata dibuatnya sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi, sekiranya anda masih mencari-cari pasu bunga yang ‘premium’ dan cantik, boleh lah cepat-cepat singgah di kedai The Pot Concept sekarang!
IKLAN
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap tahun, pengusaha cat pasti akan melancarkan skim warna pilihan mereka. Pemilihan warna yang menjadi trend mereka kebiasaanya bergantung kepada persekitaran dan nasihat dari pakar warna.
Namun, berbeza buat pemilik cat terulung AkzoNobel Malaysia. Untuk tahun 2020 selari Tahun Baru Cina yang bakal tiba, AkzoNobel bekerja sama dengan salah seorang pakar fungshui Malaysia iaitu Master Kenny Hoo.
Photo 1Photo 8Photo 2
Kerjasama ini bagi merai Tahun Tikus yang dikatakan mempunyai Feng Shui baik sama ada dalam bidang ekonomi, percintaan dan sebagainya. Setelah kajian dari AkzoNobel dan Master Feng Shui dilakukan, rona Tranquil Dawn dipilih menjadi “color of the year” untuk brand cat DULUX
Selain Tranquil Dawn, bersamanya terdapat beberapa palate warna lain yang menjadi padanan bagi memastikan ruang di dalam kediaman anda terzahir melalui 4 objektif yang telah ditetapkan “Care”, “Play”, “Meaning” and “Creativity”.
Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau.
Columbia Asia Hospital – Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat ini merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.
Terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey. Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang.
Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif lantas memendekkan tempoh tinggal di hospital. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta.
Program perubatan di Columbia Asia Hospital – Tebrau meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.
Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.
“Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital – Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.
Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital – Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.
“Columbia Asia Hospital – Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini,” tambah Rahani.
Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital – Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.
“Selain menyediakan akses penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti kepada penduduk Johor, hospital baharu ini turut mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja. Kami mempunyai pelbagai kempen menarik yang telah dirancang, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan,” kata Rahani.
Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen ‘AyuhSihat!’ telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital kami. Acara itu bertujuan untuk mendorong para hadirin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital – Tebrau, atau menerima berita tentang program dan pakej perubatannya? Log masuk ke laman web Columbia Asia Hospital di www.columbiaasia.com/malaysia atau ‘like’ laman Facebook ‘Columbia Asia Malaysia’ di www.facebook.com/columbiaasia atau hubungi 07-272 999 untuk pertanyaan lanjut.
Columbia Asia Hospital – Tebrau terletak di Persiaran Southkey 5, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Ruang kerja di rumah bukanlah sesuatu yang biasa kita lihat. Tidak semua orang mahu bawa pulang kerja di pejabat ke rumah. Walaupun sebelum ini tabiat tersebut tidak digalakkan, kini rata-rata sektor pekerjaan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada bekerja dari rumah lantaran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan darik erajaan bagi menangani wabak COVID-19.
Secara umumnya, bekerja dari rumah mempunyai pelbagai kelebihan seperti masa yang lebih fleksibell, keseimbangan gaya hidup antara kerja dan keluarga, serta perjalanan yang bebas dari kesesakan lalu lintas.
Namun begitu, bekerja dari rumah juga mempunyai cabaran yang tersendiri termasuklah, kurangnya sumber inspirasi dan juga bagaimana untuk menjadi lebih produktif di luar daripada struktur organisasi di pejabat.
IMPIANA cadangkan, anda bermula dengan dekorasi sudut bekerja terlebih dahulu. Apabila ruang yang disediakan untuk bekerja dari rumah tampil kemas dan tersusun, sudah tentunya lebih mudah untuk kita menjadi produktif dalam menyelesaikan tugas harian.