Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari. GAJET DAPUR sememangnya memudahkan kerja dan menjimatkan masa di dapur. Namun AWAS dan kena lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik seperti ‘Chopper’ yang lebih ringan dan mempunyai bilah tajam serta mudah tercabut. SILAP percaturan boleh merana jari & membahayakan diri.
Bukan apa banyak kes kemalangan di dapur terjadi AKIBAT pengguna leka dan cuai ketika menggunakan chopper ini.
Perkongsian daripada Zera Zawawi ini boleh dijadikan pengajaran. Kejadian berlaku 2 bulan lepas dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi. Kesilapan diri tidak menutup suis dan ingin membetulkan bilah (blade) yang terjatuh dan tercabut menyebabkan urat pada jarinya putus.
Ini perkara penting perlu diambil ketika menggunakan Chopper di dapur.
✅ Tip Keselamatan Guna Chopper:
-Jangan masukkan tangan ke dalam mangkuk semasa pisau sedang bergerak.
-Pastikan chopper dalam keadaan OFF dan dicabut plug sebelum bersihkan atau pasang pisau.
-Jangan guna untuk bahan terlalu keras (contoh: tulang), boleh rosakkan bilah dan motor.
-Gunakan penutup dengan betul pastikan ia terkunci sebelum mula.
-Simpan chopper di tempat selamat dan jauh dari capaian kanak-kanak.
– Paling penting pastikan chopper mempunyai kelulusan SIRIM dan bukan beli sebab murah dan ikut trend!
Ads
Jangan perjudikan keselamatan diri.
Semoga Bermanfaat!
Ads
IMPIANA: Tak salah untuk menggunakan gajet dapur seperti chopper kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa di dapur. Namun paling penting kena utamakan keselamatan dan tidak cuai ketika menggunakannya.
Tip urus pakaian berlonggok, tak berlipat cara berkesan. Timbunan pakaian yang tidak berlipat, sama ada selepas dibasuh atau disimpan lama dalam stor, memang boleh menyebabkan kita hilang semangat untuk menguruskannya.
Namun, dengan sedikit perancangan dan pendekatan sistematik, tugas ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan lebih tenang dan teratur. Kuncinya adalah membahagikan proses kepada beberapa langkah mudah, agar tidak terasa membebankan.
Kalau pakaian dah berlonggok tak berlipat, sama ada lepas basuh atau dari stor lama. Memang buat kita malas nak hadap. Tapi dengan langkah sistematik, kau boleh bereskan sikit demi sikit tanpa rasa serabut.
Berikut cara urus pakaian berlonggok dengan berkesan seperti yang dikongsika oleh Dear Elliana
Guna permukaan rata: katil, meja, lantai beralas
Siapkan bakul kosong/beg kain/kotak untuk susunan
Pasang lagu/podcast untuk buat mood lebih rileks
Ambil satu-satu, dan asingkan ikut kategori:
Kategori Contoh:
*Jenis Baju, seluar, tudung, stokin, pakaian dalam
*Pemilik Baju mak, ayah, anak, kau sendiri
*Keadaan Elok pakai, koyak, lusuh, perlu dibaiki, perlu dibuang
*Musim/Kekerapan Harian, jarang pakai, pakaian musim sejuk dll
Tip: Kalau ada baju yang dah lama tak pakai, mula pertimbang untuk asingkan terus.
Pilih cara lipatan yang sesuai:
Contoh sistem:
Kategori Simpan:
*Harian (baju santai) Laci paling mudah capai
*Pakaian kerja Bahagian khas atau sangkut
*Tudung Kotak khas, penyangkut, atau penggulung
*Stokin / pakaian dalam Laci kecil atau organizer grid
*Teknik Lipat Cepat (Marie Kondo style):
*Lipat hingga boleh berdiri tegak dalam laci
*Nampak semua pakaian sekaligus (tak perlu gali)
*Gunakan organizer, kotak lipat, atau laci plastik
*Label laci / kotak ikut kategori
*Baju jarang pakai → simpan dalam kotak bertutup atau vakum bag
Sediakan satu beg untuk:
*Pakaian koyak → kain buruk/projek DIY
*Masih elok tapi tak pakai → derma
*Tidak sesuai → pusat kitar semula tekstil
RUTIN PENYELENGGARAAN
*Buat “hari lipat” mingguan (tak kisah lipat sikit-sikit pun)
*Didik ahli keluarga lipat dan simpan sendiri
*Jangan tunggu sampai longgok balik—ambil terus dari ampaian → lipat terus
BONUS: Jika Rasa Terlalu Banyak
*Set timer 15-30 minit, buat ikut sesi kecil
*Baju anak boleh ajar dia lipat sendiri
*Nak cepat, lipat kasar dulu, susun, kemas kemudian.
Bagi memastikan pakaian tidak kembali berlonggok, jadikan rutin “hari melipat” sebagai amalan mingguan. Ajar juga ahli keluarga untuk melipat dan menyimpan pakaian mereka sendiri. Jangan tunggu pakaian terkumpul. Ambil terus dari ampaian dan lipat serta-merta.
Jika terlalu banyak, bahagikan kerja kepada sesi kecil selama 15 hingga 30 minit atau mulakan dengan lipatan kasar dahulu sebelum menyusun dengan kemas kemudian. Dengan cara ini, anda bukan sahaja menjimatkan masa, malah menjadikan urusan rumah lebih teratur dan menyenangkan.
Ibu tunggal bina rumah idaman dengan Tulang Empat Kerat, Tengok YouTube Saja. Pada saat kebanyakan orang memilih menyerahkan urusan pembinaan rumah kepada kontraktor atau tukang profesional, seorang wanita cekal di Pahang tampil dengan kisah luar biasa apabila membina sendiri rumah impiannya menggunakan kudrat sendiri.
Memetik Sinar Harian, Auni Hazwani Faizun, 33, seorang ibu tunggal membuktikan tiada apa yang mustahil apabila dia sanggup memikul simen, memasang besi dan membina dinding seorang diri demi merealisasikan impiannya untuk memiliki kediaman sendiri.
Berikut video daripada akaun TikToknya @wani Faizun
Menurut Auni, minat terhadap dunia seni sudah sebati dalam dirinya sejak kecil, namun dia tidak pernah menyangka minat itu akhirnya membawa kepada dunia pertukangan dan pembinaan rumah.
“SEBENARNYA DAH LAMA SAYA PASANG IMPIAN NAK ADA RUMAH SENDIRI. TAPI BILA BUAT KIRA-KIRA UNTUK UPAH TUKANG, KOSNYA MEMANG SAYA TAK MAMPU. JADI SAYA NEKAD BUAT SENDIRI, PERLAHAN-LAHAN.
“Dulu saya suka melukis, tapi bila dah besar, minat itu berkembang ke arah buat sendiri atau DIY. Saya terinspirasi lepas tengok rancangan TV pasal tiny house, dari situ saya belajar dan pasang niat satu hari nanti mesti bina rumah sendiri,” katanya.
Auni berkata, walaupun tidak mempunyai asas teknikal dalam bidang pembinaan, dia tetap berusaha belajar semuanya sendiri.
“Tempat saya belajar? Universiti YouTube lah,” katanya berseloroh.
Tambahnya, bahagian paling mencabar adalah di peringkat awal pembinaan yang memerlukan kekuatan fizikal.
“Awal-awal dulu memang susah sebab tak ada alat macam concrete mixer, jadi semua kena buat manual. Bancuh simen, siapkan ground beam, slab lantai, lintel, semua saya buat sendiri. Memang letih, tapi saya kuatkan semangat.
“Tipulah kalau kata tak pernah rasa nak putus asa, ada masanya memang penat sangat. Tapi saya berehat sekejap, tarik nafas, kemudian sambung balik. Bila dah mula, rugilah kalau berhenti separuh jalan,” katanya.
Menurut Auni lagi, dia juga tidak terlepas daripada menerima pandangan skeptikal orang sekeliling yang mempersoalkan kemampuannya.
“Ramai juga yang ragu-ragu, tak yakin saya boleh buat. Tapi saya abaikan semua itu. Kalau saya nak sesuatu, saya akan kejar sampai dapat, tak kisah apa orang nak kata,” ujarnya.
Kini, rumah yang dibina sendiri oleh Auni sudah siap kira-kira 70 peratus, mengambil masa sekitar dua tahun setengah, jauh lebih cepat berbanding sasaran asal selama lima tahun.
Ditanya apa pesanan untuk wanita lain yang ingin mengejar impian, Auni berkongsi kata-kata penuh makna.
“Kalau kita rasa cita-cita kita besar, percayalah ALLAH itu jauh lebih besar. Tak ada yang mustahil bagi-NYA. Kita minta dengan yakin, usaha sungguh-sungguh, Insya-ALLAH, cepat atau lambat, DIA akan bantu,” katanya.
Kisah Auni yang sanggup membina rumah impian dengan tenaga sendiri mendapat perhatian masyarakat termasuk di media sosial.
Namun katanya, dia tidak ambil hati dengan komen negatif kerana majoriti yang memberikan reaksi adalah positif.
“Memang ramai yang terkejut dan kagum sebab bukan biasa dengar perempuan buat kerja berat macam ini, buruh bina rumah, buat semua seorang diri. Tapi saya dapat sokongan yang sangat baik, yang negatif pun ada tapi sikit sangat, saya tak ambil pusing,” katanya.
Kisah Auni bukan hanya tentang membina sebuah rumah, sebaliknya adalah lambang kekuatan, harapan dan keyakinan terhadap diri sendiri.
Ia menjadi inspirasi buat wanita lain untuk percaya, tiada yang mustahil jika ada usaha dan tekad yang tinggi.
Nak buat dapur kering dan dapur basah, nah ini info kena tahu. Reka bentuk dapur yang baik bukan sahaja mencerminkan gaya hidup pemilik rumah, malah mempengaruhi rutin harian dan tahap keselesaan semasa memasak.
Dalam dunia hiasan dalaman moden, konsep dapur dua fungsi iaitu dapur basah dan dapur kering, semakin mendapat tempat. Idea pemisahan dapur ini membolehkan aktiviti memasak yang berat tidak mencemari kawasan yang lebih kering, bersih dan teratur.
Ini amat penting terutama bagi keluarga yang kerap memasak di rumah dan mahukan ruang dapur yang lebih sistematik. Dapur basah biasanya digunakan untuk kerja memasak berat seperti menggoreng, menumis, merebus atau mencuci bahan mentah. Ia dilengkapi dengan sistem pengudaraan seperti hood dan hob, sinki besar, serta permukaan tahan haba dan air.
Manakala dapur kering pula berfungsi sebagai ruang penyediaan makanan ringan, tempat membuat kopi atau teh, dan adakalanya menjadi sudut sarapan keluarga. Ia cenderung menampilkan konsep lebih kemas dan elegan kerana sering berada berhampiran ruang makan atau ruang tamu.
Oleh itu, pemilik rumah selalunya memilih bahan yang lebih estetik seperti kabinet moden, countertop marmar, serta lampu gantung dekoratif untuk dapur kering.
Kelebihan membina dapur basah dan dapur kering bukan hanya pada aspek kebersihan, malah dari sudut keselesaan dan nilai jangka panjang. Aktiviti memasak yang kerap boleh menyebabkan wap panas, minyak, dan bau masakan tersebar ke seluruh rumah.
Dengan adanya dapur basah yang tersorok dan mempunyai ventilasi baik, masalah ini dapat dikurangkan. Dapur kering pula kekal bersih dan selesa, sesuai dijadikan tempat menjamu tetamu tanpa perlu risau tentang kotoran atau bau.
Malah, jika ada majlis kecil atau kunjungan mengejut, dapur kering boleh berfungsi sebagai ruang penyediaan pantas tanpa perlu ke dapur utama.
Dari aspek reka bentuk, pemilik rumah juga boleh lebih kreatif dalam susunan dan pembahagian ruang. Dapur basah boleh diletakkan di bahagian belakang rumah atau ditutup dengan pintu gelangsar, manakala dapur kering boleh direka secara terbuka bersebelahan ruang makan.
Pemisahan ini bukan sahaja memudahkan aliran kerja semasa memasak, malah meningkatkan nilai estetik keseluruhan rumah. Selain itu, dengan adanya dapur kering, anak-anak boleh belajar menyiapkan sarapan sendiri atau membantu menyediakan hidangan ringan tanpa perlu masuk ke ruang dapur yang lebih berisiko.
Letakkan dapur basah di bahagian belakang rumah atau bersebelahan ruang utiliti agar mudah mengalirkan bau dan asap ke luar. Dapur kering pula sebaiknya diletakkan berhampiran ruang makan atau ruang tamu untuk akses cepat semasa menjamu tetamu atau ahli keluarga.
Gunakan pintu gelangsar kaca, partition kayu moden atau pintu lipat sebagai pemisah antara dapur basah dan kering. Ini membantu mengurangkan bunyi bising, bau masakan, serta mengekalkan privasi dan kebersihan.
Di dapur basah, simpan alatan berat dan bahan mentah seperti periuk besar, pengisar, kuali serta barangan basah. Di dapur kering, fokuskan pada mesin kopi, pembakar roti, microwave dan rak sarapan pagi.
Gunakan susunan segitiga dapur – iaitu kedudukan sinki, peti sejuk dan dapur memasak dalam bentuk segitiga – bagi memudahkan pergerakan. Konsep ini amat berguna dalam dapur basah.
Gunakan kabinet tertutup di dapur kering untuk kekemasan visual, manakala dapur basah boleh dilengkapi dengan kabinet terbuka atau rak logam yang lebih tahan lasak.
Cadangan Material Untuk Dapur Basah dan Dapur Kering
*Lantai: Jubin anti-gelincir atau homogeneous tiles yang tahan air dan mudah dibersihkan.
*Kaunter: Granite atau kuarza – tahan haba dan calar.
*Kabinet: Material seperti aluminium, melamine, atau plywood kalis air.
*Sinki: Sinki stainless steel berkembar untuk cucian lebih efisien.
*Dinding: Wall tiles penuh untuk tahan minyak dan mudah dilap.
*Lantai: Vinyl, laminated wood, atau jubin matte – lebih estetik dan selesa dipijak.
*Kaunter: Top permukaan solid surface, marble, atau kuarza berwarna cerah untuk tampil moden.
*Kabinet: Material kayu panel (MDF, chipboard atau nyatoh) dengan kemasan matte atau glossy.
*Pencahayaan: Gunakan lampu gantung (pendant light) atau strip LED bawah kabinet untuk mood pencahayaan yang lembut.
*Dinding: Cat kalis lembap atau backsplash kaca untuk elemen hiasan moden.
Dengan perancangan yang betul dan pemilihan material yang sesuai, dapur basah dan dapur kering bukan sahaja memudahkan kerja harian, malah menjadi ruang idaman yang kemas, selesa dan tahan lama.
Kesimpulannya, membina dapur basah dan dapur kering adalah satu pelaburan bijak untuk jangka masa panjang. Ia bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan ketika memasak, tetapi juga menjadikan rumah lebih teratur, moden dan menarik.
Jika anda sedang merancang pengubahsuaian atau membina rumah baharu, konsep dapur dua fungsi ini wajar dijadikan pertimbangan utama demi gaya hidup yang lebih praktikal dan tersusun.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!