Rupanya tanam pandan dalam pasu lebih sempurna dan dan cepat membiak yang ramai tak tahu. Sedapnya aroma nasi yang di letak daun pandan walaupun hanya nasi putih. Pandan ni, banyak kegunaannya bukan sahaja dalam masakan. Ia juga digunakan untuk tujuan lain seperti semedi merawat penyakit, menghalau lipas, mengharumkan kamar dan sebagainya. Sehinggakana da yang sanggup membuat atau menghasilkan formula alternatif seperti aroma daun.
Umum tahu, pokok ini mudah dibiakkan di kawasan yang lembap dan mempunyai kandungan organik yang tinggi. Sebab itu kebanykakkan orang akan memilih kawasan berhampiran dengan air seperti tepi parit atau longkang yang berair sebagai lokasi untuk tanam daun pandan. tapi, bagi anda yang tidak mempunyai ruang landskap yang mencukupi terutamanya yang tinggal di rumah flat dan pangsapuri, anda boleh cuba tanam daun pandan di dalam pasu. Hasilnya memang tidak sama dengan yang ditanam di atas tanah. tapi, boleh la. Berikut keperluan yang perlu disediakan:
1. Medium tanaman
Pilih medium tanaman yang kaya dengan bahan organik . Boleh gunakan medium tanaman siap rawat yang terdapat dipasaran. Cuma, untuk pandan ia memerlukan tanah yang sentiasa gembur. Oleh itu, tambahkan perlite ke dalam medium tanaman.
Perlite bukan sekadar dapat memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan medium pemasuan malah ia dapat memegang kelembapan dalam tempoh yang lama
2. Pilih pasu
Pastikan anda menggunakan pasu yang mempunyai sistem saliran di bahagian dasarnya. Walaupun pandan sukakan air, namun ia tidak tahan kepada air yang bertakung dalam tempoh yang lama. Ia akan melemaskan sistem akar pandan. Sebaiknya, pilih pasu jenis tanah liat kerana ia mempunyai sistemudara yang baik
3. Anak pokok
Pilih anak pokok yang telah matang. Anak pokok pandan menunjukkan ia telah matang apabila sudah mengelurkan akar sendiri. Pastikan anak pokok tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai akar yang sihat. Tak perlu akar yang terlalu panjang. Pastikan anda menggunkan pisau yang telah distril untuk memotong anak pokok dari induknya.
Ads
4. Penanaman
Sediakan medium di dalam pasu dan tanam bahagian akar yang kasar terus ke dalam medium tanaman. Sediakan sokongan kerana untuk peringkat ini, akar pandan masih tidak kukuh. Selesai di tanam, terus lakukan siraman dan letakkandi kawasan yang tidak terima terik matahari terus. Elak letak di tempat yang terkena matahari petang kerana ia akan membantutkan pertumbuhan pandan
5. Siraman
Untuk peringkat awal tanaman, siraman perlu di lakukan sehari sekali. Akan tetapi, jika musim panas, periksa medium tanaman. Jika kering, segara lakukan siraman. Apabila pokok sudah stabil, siraman hanya perlu dilakukan 2 kali seminggu atau jika perlu
Ads
6. Pembajaan dan menggembur
Ia memang tanaman yang memerlukan nutrisi yang tinggi dan sentiasa gembur. Oleh itu, lakukan pembajaan dan kerja menggembur setiap 2 minggu. Jika kelihatan medium semakan mendap, segara tambahkan bagi mengelak akar terdedah kepada persekitaran
Selain pandan, anda boleh juga tanam serai dan kunyit di dalam pasu
Mural atau sering diistilahkan lukisan dinding merupakan hasil seni dari orang-orang yang mempunyai bakat melukis. Bagi menghasilkan sesebuah mural amatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun bagi ibu kepada dua orang anak ini, Rosmawati Rosli atau lebih mesra dipanggil Rose telah menunaikan permintaan anaknya untuk hasilkan mural berkonsepkan super hero. Walaupun sudah lama tidak melukis, Rose tidak kekok menghasilkan mural ini dan hasilnya sangat mengagumkan.
Untuk satu watak mengambil masa dalam dua hari sahaja. Rose mulakan proses mural ini dengan melakar dahulu karakter yang hendak dibuat iaitu Superman dan Batman. Kemudian, menggunakan campuran cat daripada pelaka dan cat dinding.
Dengan menghasilkan mural ini, Rose dapat merealisasikan bilik anaknya mengikut warna dan tema yang diminati. Selain itu, ia dapat memupuk minat anak-anaknya untuk melukis dan melakukan aktivti mural ini bersama. Sebenarnya, mural yang dihasilkan tidak memerlukan kos yang besar dan ia amatlah menjimatkan.
+TIP HASILKAN MURAL
1. Bersih kan dinding dari sebarang kotoran dan lubang dan retakan . Dinding disapu dengan sealer (undercoat warna putih) supaya tahan kulat .
2. Memilih warna yang sesuai
3. Lapik lantai dengan plastik dan alihkan sebarang parabot yang mungkin menganggu pergerakan.
4. Tutup dinding dengan lapisan cat dasar.
5. Penggunaan cat yang berbeza memberikan tempoh hayat yang berbeza.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada apa yang mustahil sekiranya kita kreatif dan rajin mencuba. Bukan sahaja anda dapat jimatkan masa dan juga wang, malah jika berjaya fikir keluar kotak, anda juga dapat menukar sesuatu yang tidak berharga menjadi lebih berfungsi dan dihargai. Begitulah contoh DIY bakul mainan yang ditunjukkan oleh Puan Azuana Sajahan melalui perkongsian beliau dilaman sesawang fb.
Beliau pada mulanya berhasrat membeli rak atau almari buat menyimpan mainan anaknya yang semakin banyak tetapi menukar fikiran kerana harga rak yang tidak masuk akal mahalnya. Jadi, berbekalkan duit kurang RM50 Puan Azuana telah bejaya membinakan rak bakul buat menyimpan alat permainan ‘hero’ kesayangannya.
Menurutnya, tempoh yang diambil untuk menyiapkan rak bakul ini tidak sampai 2 jam pun! Dan anda hanya perlukan bakul, wallpaper bercorak dan batang paip.
Yang penting kena tahu saiz (panjang dan lebar) bakul sebelum memotong batang paip.
Rak bakul tiga tingkat ini amat mudah untuk dibina, mungkin anda bleh cuba DIY pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Si kecil juga ‘excited’ nak bantu ibu bina rak bakul mainannya.
Kertas dinding atau wallpaper dari kedai eco untuk menceriakan rak bakul anda.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan lagi bakul untuk mengisi mainan.
Gula-gula getah jika dikunyah mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya termasuklah dapat menghalang kerosakan gigi dan membantu pencernaan. Tetapi malangnya, jika tersilap langkah chewing gum yang dibuang merata mungkin boleh merosakkan pakaian jika terlekat! Memang geli dan menjengkelkan, lebih-lebih lagi kalau terkena pada baju kegemaran.
Bukan mudah ya,nak tanggalkan gula getah daripada fabrik..Jadi, tak kan nak buang?
Nanti dulu, sebelum buang pakaian yang ternoda tu, apa kata anda cuba tip dan trik yang telah IMPIANA sediakan ni. 7 cara ringkas ini mungkin berkesan ;
TANGGALKAN CHEWING GUM PADA FABRIK
1. PETI SEJUK
Letakkan pakaian yang terbabit kedalam plastik kedap udara kemudian simpan kedalam peti sejuk. Biarkan sehingga beku. Apabila gula-gula getah sudah keras, ia akan dapat ditanggalkan dengan mudah
2. CUKA
Tuang cuka kedalam mangkuk dan panaskannya didalam ketuhar gelombang mikro atau microwave selama lebih kurang seminit. Apabila sudah panas, keluarkan mangkuk dari microwave kemudian celupkan pakaian yang terkena chewing gum kedalam cuka selama beberapa minit. Cuka panas akan memudahkan proses penaggalan menggunakan berus
3. SETERIKA
Lapikkan papan menggosok dengan kadbod atau apa apa lapisan yang selamat. Lekapkan bahagian pakaian yang terkena chewing gum pada permukaan kadbod kemudiam gosok kawasan yang tercemar tersebut sehingga chewing gum cair dan terlekat pada kadbod.
4. PENGERING RAMBUT
Gunakan pengering rambut dan perlahan-lahan hidup dan halakan pada gula-gula getah yang terlekat. Buat sehingga ia cair dan mudah untuk ditanggalkan. Hati-hati jangan sampai terkena tangan!
5. WD-40
Ini merupakan solusi paling pantas dan mudah. Hanya perlu semburkan sedikit WD-40 pada gula getah yang terlekat. Tunggu beberapa ketika dan boleh cabut dengan mudah tanpa merosakkan pakaian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.