Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ads
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Ads
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Ads
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perintah kawalan pergerakkan telah dijalankan oleh kerajaan selama 14 hari. Ia bertujuan memutuskan jaringan penyebaran virus COVID-19. Sehubungan dengan itu, pasti ramai mak-mak yang mengambil kesempatan ini kemas dan bersihkan keseluruhan rumah. Alang-alang dah mengemas, apa kata kita buat nyahkuman sendiri. Baru lah rumah bersih TOTAL.
Suhazeli.com berkongsi cara menyahkuman atau DEKONTAMINASI paling mudah untuk masjid dan surau. Kaedah ini juga sesuai untuk kediaman anda.
Sebab ramai masyarakat di luar sana bertanyakan cara² nak membersihkan/menyahkuman atau bahasa saintifiknya DEKONTAMINASI masjid/surau di kawasan kediaman masing² sempena musim COVID-19 ini, dimaklumkan tatacara dekontaminasi masjid/surau.
Adakah wajib buat?
? Wajib buat jika terdapat kes positif di sesuatu tempat itu.
? Tidak wajib. Tetapi dengan mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan ini, bolehlah dilakukan. Terutama sekali masjid atau surau yang selalu menjadi tempat persinggahan solat orang ramai. Jika masjid atau surau kampung yang tidak jadi tumpuan kepada pengunjung luar, tidak mendesak untuk dilakukan dekontaminasi ini. Namun jika nak buat apa salahnya? Sekali dalam seumur hidup masjid atau surau!
AJK masjid/surau boleh buat sendiri dengan syarat peralatan mencukupi dan pakai PPE yang lengkap.
TATACARA DEKONTAMINASI MASJID/SURAU 1. Sebelum memulakan kerja-kerja dekontaminasi perlulah memakai pakaian perlindungan diri iaitu apron, mask, sarung tangan dan kasut bertutup. 2. Sediakan bancuhan Sodium Hypochlorite Contoh senang ingat adalah jenama clorox. Bancuhan yang perlu dibuat adalah 1:10. Maksudnya 1 botol clorox dicampur dengan 9 botol air biasa. Tidak perlu masak air tersebut, sebab bukan untuk minum. 3. Tanggalkan semua kain langsir dan direndam dalam rendaman bancuhan clorox tadi selama 20 minit. Kemudian dibasuh seperti biasa. Lepas itu jemur supaya kering. 4. Peralatan di masjid/surau seperti alquran, buku-buku, meja, almari serta perabot-perabot lain perlu dilap dengan menggunakan bancuhan clorox yang sama. 5. Dinding masjid/surau hendaklah dilap dengan bancuhan clorox dari atas ke bawah. 6. Sekiranya karpet masjid/surau mudah alih atau boleh ditanggalkan, lantai hendaklah dimop dengan bancuhan clorox. Karpet yang ditanggalkan perlu disembur clorox kemudian dijemur. Untuk mudah gunakan alat penyembur racun yang baharu dibeli. 7. Sekiranya karpet tidak dapat ditanggalkan, sembur karpet dengan clorox dan dibiarkan kering. 8. Akhir sekali, biarkan semua peralatan yang telah disembur/dilap kering dengan pengudaraan semulajadi (tutup kipas dan buka tingkap). Jangan buka aircond pulak!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masihkah anda ingat bila kali terakhir anda mencuci mesin basuh anda sebelum? Atau anda tidak pernah mencucinya sebelum ini?
Tahukah anda, sekiranya anda tidak pernah mencuci mesin basuh anda ia boleh menyebabkan pakaian anda berbau hapak dan busuk meski telah dicucikan.
Jadi, anda amat disarankan untuk mencuci mesin basuh anda menggunakan bahan pencuci ‘Dettol Washing Machine Cleaner’ untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan cecair pencuci tersebut ke dalam mesin basuh anda. Kemudian, pilih mod ‘drum cleaner’ atau ‘soak’.
Setelah itu, biarkan ia terendam semalaman sebelum ia dibersihkan. Anda memang disarankan untuk melakukan kerja pembersihan mesin basuh ini sebanyak dua kali sebulan.
Selain membuatkan mesin basuh anda berbau wangi, ia juga boleh membuatkan ruang dalam mesin basuh anda tampak lebih bersih.
Antara kelebihan lain menggunakan cecair pencuci mesin basuh ini:
– Mengurangkan bau hapak pada mesin basuh
– Cecair mempunyai bau lemon yang harum.
– Menjadikan kain anda lebih bersih.
– Bau detergen/pelembut kain lebih melekat pada pakaian.
– Membantu menanggalkan habuk yang hinggap dalam mesin basuh
– Membunuh 99.99% bakteria.
– Bantu memanjangkan hayat mesin basuh juga.
Sumber: Facebook Rahsia Kahwin Muda
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.