Sebelum ini, Impiana kerap berkongsi tip kediaman dari Ibu Muda Puan Hani Mynis buat panduan pembaca. Kagum tengok si ibu ni menguruskan kediaman. Walaupun tidak menggunakan perabot dan aksesori mahal, kediamannya tetap nampak cantik, kemas dan rapi. Antara artikel puan Hani yang pernah dikongsikan oleh IMPIANA adalah seperti:
Kemas Dan Mudah Ini Cara Simpan Barang Dalam Peti Sejuk Untuk Jaminan Kebersihan
19 Barang Wajib Ada Dalam “Safety Kit” Anak Anda
Wanita Ini “Makeover” Dapur Sempit Hanya Dengan Modal RM 1K Sahaja. Tapi Ini Hasilnya
Dengar kata, Puan Hani nak berpindah masuk ke kediaman yang baru dibeli. Tapi biasa lah kondisi rumah sub-sale. Banyak perlu diperbaiki sepeti mengecat, mengemas dan pelbagai lagi. Namun antara bahagian yang paling digeruni bila beli rumah sub-sale ni adalah ruang dapur dan bilik air. Kali ni, Puan Hani nak tunjuk cara membersihkan bilik air yang berdaki dengan mudah pula. Jom tengok.
“The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dgn pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha
Posted by Hani Mynis on Tuesday, July 17, 2018
Posted by Hani Mynis on Tuesday, July 17, 2018
Ada sesetengah kotoran yang degil susah nak hilang memag perlukan bantuan harsh chemicals seperti peluntur dan asid. Oleh itu, guna dengan cermat, baca arahan pada botol, utamakan keselamatan. Apa yang hani buat dalam tutorial ni bukan deep cleaning yang weekly hani buat tau. Deep cleaning yang macam ni sesuai untuk monthly atau every 3 months. Weekly cleaning memadai guna pencuci tandas biasa sahaja (bergantung kpd tahap kekotoran)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ubah Suai Dinding Polos Dengan 9 Cara Kreatif. Terus Naik Seri Rumah!
Bila melangkah masuk ke sesebuah rumah, bahagian pertama yang akan dilihat pastinya latar dinding. Oleh itu, dinding adalah bahagian yang perlu dititikberatkan ketika menata rias ruang kerana mampu memberi impak menarik berdasarkan konsep ingin diketengahkan.
Dinding rumah anda kosong dan tiada idea untuk menghiasnya? Terdapat berbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengisi kekosongan itu. Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda jadikan ilham untuk menata rias dinding ruang rumah yang kosong.
SUSUNAN FOTO PERIBADI
Jika anda mempunyai banyak koleksi gambar, bolehlah memasangnya di dinding mengikut susunan bingkai yang seragam. Gantung dengan kemas di bahagian dinding yang kosong. Anda juga boleh memilih untuk menyusunnya di dinding sepanjang tangga rumah. Secara tidak langsung ruang kosong kelihatan menarik dan berseri. Selain itu, ia juga membantu mencerahkan ruang jika anda menggunakan bingkai gambar berwarna putih.
PELEKAT DINDING
Bagi rumah yang menggunakan konsep moden minimalis tidak ada salahnya jika anda memberikan sedikit sentuhan aksen di bahagian dinding kosong. Anda boleh menjadi lebih kreatif dengan menggunakan pelekat dinding atau wall sticker yang bermotifkan sederhana seterusnya ciptakan sebuah suasana baharu bersama tema yang ingin anda tonjolkan.
OBJEK BERBINGKAI
Pernahkah anda melihat objek-objek yang unik diletakkan di dalam bingkai dan diletakkan di dinding? Umpamanya selendang sutera atau busana tradisional lama dibingkaikan menjadi perhiasan dinding. Idea ini sangat menarik kerana dapat menambahkan elemen-elemen tekstur di dalam ruang kediaman sekaligus menampilkan pemandangan yang unik dan artistik.
CERMIN
Rumah sederhana luas kalau mendapat olahan yang sesuai mampu menyerlahkan keindahan ruang tersebut. Idea yang diolah pada ruang dinding kosong dapat menonjolkan impak lebih luas jika anda menempatkan cermin bersaiz besar. Selain membantu menampakkan ruang lebih luas, cermin juga menjadi salah satu barangan hiasan pada dinding yang polos.
RAK
Jadikan koleksi buku mahupun cerpen kesayangan anda sebagai sebahagian daripada perhiasan dinding polos. Buatkan rak terbuka di dinding bagi menempatkan koleksi-koleksi buku dan novel. Namun, jangan terlalu banyak bagi mengelakkan raka menampung beban berlebihan dan berisiko untuk roboh. Susun koleksi yang anda gemar baca sahaja dan boleh diulang baca. Rak juga mampu mencipta dimensi dan fleksibiliti bagi apa jua yang ingin anda pamerkan.
BARANGAN TERPAKAI
Perhatikan sekitar rumah anda, masih adakah lagi barangan-barangan lama yang sudah tidak mahu digunakan. Pun begitu biarlah ia masih elok. Sedikit modifikasi pada barangan terpakai ini mampu menjadi hiasan dinding yang menarik sekaligus menjimatkan wang selain murah dan mudah dilakukan.
BLOK WARNA
Aplikasi blok warna pada dinding kosong contohnya di bilik kamar. Sesuaikan warna dengan nuansa yang anda inginkan. Contohnya ialah warna coklat muda dan gelap sangat serasi untuk bilik tidur sekaligus menghasilkan suasana yang cukup tenang dan romantik.
AKSESORI BERTEKSTUR
Adakalanya ia merupakan penyelesaian yang terbaik untuk dinding kosong. Antara aksesori bertekstur ialah dulang rotan atau bakul yang boleh menjadi hiasan dinding yang menarik jika kena pada caranya.
KERTAS DINDING
Jika anda seorang penggemar kertas dinding teruskan kreativiti dalam mencipta keindahan rumah. Kertas dinding sebenarnya mampu menambahkan elemen drama pada dinding di samping menyerlahkan personaliti pemiliknya. Tidak perlu memilih kertas dinding yang mahal-mahal terutama untuk sebuah ruang terhad. Apa yang penting idea yang dipamerkan melalui kreativiti anda.
Mesti Baca:Cara Tanam RUMPUT Sendiri Di Laman Rumah, Panduan Buat ‘Beginner’
Baca Lagi Di Sini:3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Artikel Menarik:Pokok Hiasan Yang Mudah Ditanam & Dijaga, Tak Payah Hari-hari Nak Kena ‘Belai’
Artikel ini diambil dan diolah dari Nona.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Bahan Berkesan Hilangkan Lumut Pada Jubin
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Mesin Basuh “Front Loader”? WAJIB Ambil Tahu Sebelum Beli!
Untuk membeli sebuah mesin basuh bagi kegunaan dirumah bukanlah satu keputusan yang boleh kita buat dalam keadaan tergesa-gesa dan tanpa kaji selidik. Mana tidaknya, harga mesin basuh bukan lah murah. Ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan masa panjang. Kenalpasti dahulu jenis mesin basuh yang sesuai dengan penggunaan anda, dan kualiti yang ditawarkan.
Kali ini melalui perkongsian ilmu dari Bella Bahari, beliau telah bantu senaraikan kelebihan dan kekurangan mesin basuh jenis front loader. Jadi, bagi anda yang sedang berkira-kira nak beli mesin basuh baru, boleh cuba semak checklist ini.
MESIN BASUH FRONT LOADER – Pros & Cons
Saya dulu tinggal di UK hampir 7 tahun, jadi memang biasa sangat guna front loader ni (UK hanya guna front loader untuk jimat space/takde basah2). Now kat Malaysia masih guna front loader sejak 2 tahun lepas sebab kawasan yard sempit.
KELEBIHAN :
1) Jimat ruang, boleh stack dengan dryer. Kalau taknak stack pun, atas machine masih boleh letak barang.
2) Jimat air. Front loader guna kurang separuh daripada air biasa untuk top loader.
3) Boleh adjust temperature. Contoh nak basuh baju cotton, atau yang nak disinfect sampai 60°C, ada yg lebih.
4) Nampak mahal. Kah!
KEKURANGAN :
1) Average masa basuh baju lagi lama daripada top loader. (Saya rasa biasa je, tapi ni salesperson cakap)
2) Kena guna specific detergent. Kadang depa panggil HE (high efficiency) detergent. Pastikan tulis LOW SUD (buih sikit). Since front loader guna air sikit, buih kena sikit, kalau tak buih melekat dalam machine so machine cepat rosak, atau baju tak bersih sebab tak bilas betul2/tak cukup air bila buih banyak sangat.
3) Capacity selalunya limited. Average front loader 7-9kg. Ada yg sampai 14kg, tapi harga pun mungkin mencanak.
4) Harga average front loader lagi mahal daripada top loader.
5) Jenis detergent limited. So far saya jumpa Top, Persil & Breeze biru sahaja.
6) Harga detergent lagi mahal daripada biasa. Tapiiiii since guna detergent sikit je (1 scoop je, sebab HE detergent cleaning power hebat, and nak elakkan buih banyak), so total usage mungkin lagi jimat.
7) Perasaan saya baju lagi senang kepam, walaupun sidai open air/bawah matahari. Compared to top loader. Taktau la saya je ke, atau humidity Malaysia ni membuatkan basuh baju air sikit jadi senang kepam. Kat UK ok je. (UK negara sejuk & kering, Malaysia kategori panas & lembap). Tapi ni perasaan saya je kot.
8)Front loader takleh masuk baju dah once dah start running, kalau idok air dia melimpah. Top loader dah jalan separuh masa pun boleh tambah baju lagi.
Kesimpulan:
Saya still prefer top loader, sebab rasa lagi bersih/baju lagi fresh/ kapasiti besar boleh basuh duvet. Taaapiiiii faktor space membuatkan saya ambik front loader.
** Nota kaki:
– Nak stack washer/dryer kena guna bracket. Gambar ni tak sama sebab kontraktor tak pandai align. Kami dah alih bagi sama.
– Saya hanya pernah guna brand Electrolux, so tak boleh komen brand lain.
– Isu kepam: Detergent Top kurang sikit tahap kekepaman (?), cuma anak kami kulit sensitif jadi hanya boleh guna Persil. Dan kami tak guna softener langsung sebab again, anak kulit sensitif. Satu lagi, saya sangat sensitif dengan bau2. Suami cakap takde masalah kepam ke apa. Tapi saya memang particular bab2 laundry fresh ni.
Selamat memilih!
KREDIT : BELLA BAHARI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI