Ditengah-tengah wabak pandemik yang melanda diseluruh dunia ini, hand sanitizer telah menjadi satu item keperluan yang setiap orang wajib ada. Kepentingannya dalam sama-sama menangani virus ini tidak boleh disangkal lagi.
Dan lantaran itu, pelbagai jenis hand sanitizer yang biasa kita lihat dipasaran kini telah habis dijual dan memerlukan produksi berlipat kali ganda untuk menampung permintaan pengguna yang semakin ghairah membeli. Sesetengah premis juga terpaksa meletakkan had pembelian untuk produk ini.
Tetapi dalam kita peka dan fokus terhadap kebersihan, jangan pula keselamatan diabaikan. Untuk yang belum tahu, hand sanitizer juga mengandungi bahan kimia yang mungkin menyebabkan keracunan JIKA tidak disimpan dengan selamat.
Ads
Mari ikuti perkongsian bermanfaat dari Pusat Racun Negara tentang perkara ini.
COVID-19 & KERACUNAN ‘HAND SANITIZER’
Untuk memastikan sesuatu ‘hand sanitizer’ itu berkesan, ia perlu mempunyai kandungan alkohol yang tinggi (lebih 60%). Alkohol yang biasa digunakan adalah daripada jenis etanol atau pun isopropil alkohol. Jika tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol boleh berlaku.
Ads
Keracunan alkohol yang sederhana boleh menyebabkan kesan khayal, perubahan tingkah laku, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal dan jantung berdegup kencang.
Manakala, keracunan yang teruk boleh mengakibatkan gangguan pada saraf pusat dan sistem pernafasan, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun, sawan dan juga kekeliruan pemikiran.
Ads
Semenjak kes Covid-19 ini berlaku, Pusat Racun Negara telah menerima 4 kes terminum hand sanitizer melibatkan kanak-kanak berusia lingkungan 5 bulan hingga 2 tahun. Pihak kami berharap agar kes keracunan akibat kelalaian untuk menyimpan hand sanitizer secara selamat ini tidak akan berulang lagi. Tambahan pula ia melibatkan anak-anak kecil.
Oleh itu, Pusat Racun Negara menasihatkan agar orang ramai untuk terus mengamalkan penjagaan kebersihan TANPA mengabaikan amalan keselamatan bahan kimia di sekeliling anda. Kami juga sama-sama mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia diberi perlindungan dan kesembuhan daripada ancaman Covid-19 ini segera.
Kunyit atau nama saintifiknya curcuma longa merupakan tumbuhan dari keluarga halia yang sering digunakan didalam masakan.
Tetapi tahukah anda, rempah berwarna kuning ini bukan sahaja buat perasa masakan malah ia juga mempunyai 1001 manfaat kesihatan yang mungkin ramai masih belum tahu.
Melalui perkongsian Dr. Rizal Abu Bakar di laman Facebook nya, beliau telah menerangkan secara terperinci antara 6 khasiat utama kunyit. Jom kita semak bersama!
Waktu itu awal tahun 1970an. Aku kecil lagi. Aku suka melangut lihat nenek aku bekerja.
Biasalah budak –budak. Suka ambil tahu. Mungkin ringan tulang waktu itu. Hmm atau suka menyibuk.
Nenek aku namanya Ayesha. Ejaan gempak. Dia bukan pelakon. Hanya orang kampung yang orang gelar Tok Bi.
Tok Bi ada 14 orang anak. 2 anaknya meninggal masa kecil. Tinggal 12 dibesarkan di bawah payung kasih sayang beliau.
Tok Wan aku Tok Wan Brahim, suami Tok Bi, kerja dengan PPC. Sekarang dikenali sebagai Penang Port. Gaji sekitar RM50 sahaja sebulan waktu itu. Bayangkan besarkan anak dengan gaji begitu.
Tok Bi adalah bercucuk tanam sedikit. Ada juga bela ayam, angsa dan ayam piru. Habuan makanan masa raya nanti.
Berbalik pada cerita aku dok melangut sakan. Waktu cuti sekolah adalah waktu paling bahagia- boleh balik rumah Tok Bi.
Oleh kerana aku suka perhati dan ambil tahu apa yang Tok Bi buat, dia pun suka aku ada. Adalah orang boleh tolong ambik itu ambik ini.
Satu perkara yang aku selalu perhati, ialah Tok Bi banyak guna kunyit. Samada kunyit hidup ataupun bentuk serbuk yang dibuat sendiri.
Ada ruang sahaja dia akan campak masuk kunyit. Untuk warnakan makanan memang akan digunakan kunyit. Semulajadi.
Seolah kunyit dan warna kuning macam tema makanan sebati dengan Tok Bi.
Dia juga minum air kunyit. Bab ini paling aku suka. Aku akan tunggu saja waktu dia minum.
Selepas minum aku akan tanya “ Tok minum apa tu tok?”
Dia akan jawab sambil tersenyum, “air kunyit.” Waktu senyum inilah part paling best. Semua giginya akan jadi kuning. Aku apa lagi akan ketawa berdekah –dekah tengok gigi kuning berjahang Tok Bi.
Dia pun terhibur dengan gelak aku yang ala-ala anak jin dalam filem Ahmad Albab.
Tidak cukup dengan minum dan campak kunyit, dia juga akan sapu kunyit ke muka. Dia campur dengan bedak sejuk. Kuning habis muka. Lepas itu dia basuh muka. . Sebab itulah kot, kulit Tok Bi cekang. Licin. Tidak nampak kedut. Serlahkan ayu wajah kacukan melayu-siam-india-arab dia.
Tok Bi meninggal dunia sekitar umur 67 tahun. Meninggal tanpa ada penyakit. Meninggal sebab ajal. Sama macam emak aku.
Ini kisah dulu. Aku tidak tahu tentang kehebatan kunyit. Ia jadi bahan ketawa aku.
Tetapi sekarang baharu aku tahu kunyit ini hebat rupanya. Banyak sangat kajian saintifik buktikan kehebatan kunyit ini.
6 kehebatan kunyit yang ramai orang tidak tahu. Contohnya :
1. Kunyit adalah penghalang racun arsenik. Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA. Ini bukan cerita sikit atau kecil. Ini cerita bahaya.
Arsenik terdapat dalam banyak sumber makanan yang kita ambil. Antaranya beras. Dalam jus epal dan jus anggur juga ada arsenik. Arsenik juga dijumpai pada mainan kanak-kanak, kayu meja makan dan pagar yang dibuat dari kayu.
Macam mana pula boleh ada arsenik? Puncanya dari tanah. Kalau kandunga dalam tanah ada arsenik, ia meresap pada tumbuhan itu. Apapun, relaks dulu.
Kita penyelamat. Sang kunyit. Bukan kunyit budak muda asyik sebut tu, ini kunyit betul.
Ni aku nak cerita sikit. Salah satu bahan penting dalam kunyit ialah Curcumin. Ia mampu halang kerosakan dan turunkan impak kerosakan DNA. Lebih menarik lagi.
2. Kunyit adalah anti kanser. Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
Kalau dalam sejarah keluarga ada kanser, jadilah curcumin dan piperine saka baharu dalam hidup. Berdamping rapatlah dengan keduanya.
Paling luarbiasa ialah curcumin dalam kunyit ini punya kebolehan programkan kematian sel atau apoptosis. Maklumat ini adalah jasil kajian dari University of Texas.
3. Kunyit adalah anti tumor. Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar. Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor. Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dar tumor.
Mudah fahamnya begini. Kalau mahu hindarkan diri dari tumor atau cyst, jadikan kunyit sajian harian.
4. Kunyit adalah penghalang Kerosakan Sel Otak. Part ini aku paling suka. Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen “neuroprotective”. Ala-ala security guard.
Antara fakta yang menarik lagi ialah bahan aromatic-tumerone dalam kunyit tingkatkan pertumbuhan neural stem cell di dalam otak. Pesakit stroke dan Alzheimer wajib berdamping dengan kunyit kerana kebaikan aromatic-tumerone ini. Bahasa mudahnya, aromatic-tumerone lahirkan sel otak.
Mungkin ramai yang tidak tahu otak manusia juga punya plak seperti plak pada gigi. Plak ini sekiranya tidak dibuang akan sebabkan penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Antara bahan yang halang pembentukan plak pada otak ialah curcumin. Inilah pelakon utama dalam kunyit.
5. Kunyit bagi kulit meghelit atau glowing. Sebab tu Tok Bi aku asyik dok sapu sakan kat muka dia. Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit. Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
Tak perlu percaya. Buat sahaja. Sebab ilmu ini dah dirakam dalam Journal of Life Sciences. Cuma Tok Bi dah awal-awal lagi praktis.
6. Kunyit sebagai fat burner. Bab ini memang win. Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak. Power.
Ringkasnya, kalau mahu kulit glowing, otak power, jauh dari nyanyuk, tumor dan kanser serta badan lentik, amalkan kunyit.
Tok Bi aku dah buktikan. Bebas dari penyakit semasa hayatnya. Dia bukan saintis. Tapi dia beramal dengan ilmu yang dia ada.
Ketika dunia dilanda virus pembunuh covid-19, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan individu. Selain memastikan anda sentiasa dalam keadaan bersih dengan memakai penutup mulut dan sering mencuci tangan, imun badan juga perlu dijaga. Selain pengambilan ubat untuk tingkatkan immun, ada beberapa makanan di senariakan oleh Metro.co.uk berupaya meningkatkan imun badan. Antaranya ialah:
VITAMIN C
Vitamin C juga dikenali sebagai ascorbic acid. Menurut pengasas Eat Burn Sleep, Vitamin C dapat membantu meningkat sistem imunisasi badan. Sebaiknya pilih makanan tambahan dari jenis cecair seperti Redoxon dan scott emulsion.
Selain itu juga, terdapat makanan yang tinggi vitamin C seperti oren, limau, lemon, broccoli, kiwi, betik, kiwi dan pelbagai lagi
ZINC
Menurut Melissa Snover, CEO Nourished ‘This is necessary for a healthy immune system,’ Kekurangan zinc dalam badan akan boleh membuat seseorang lebih mudah terdedah kepada penyakit dan penyakit. Nutrien penting ini membantu mengekalkan keupayaan tubuh untuk membuat sel dan enzim baru, memproses karbohidrat, lemak dan protein dalam makanan dan juga meningkatkan kelajuan otot dan luka penyembuhan.
Secara semulajadi, daging merah merupakan pembakal zinc paling tinggi.
HALIA
Masyarakat Asia banyak menggunakan halia dalam tujuan masakkan harian. Sejak dulu kala, umum tahu kelebihan magis halia dalam perubatan
Kandungan antioksidannya dipercaya dapat membantu melawan batuk dan selsema serta diperkaya dengan iron, sinc, kalsium juga magnesium.
Menurut satu kajian yang dilakukan pada 2013 oleh National Center for Biotechnology Information mendapati, halia segar juga membantu meningkatkan sistem imun sistem respiratori
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Spring Cleaning merupakan terma yang digunakan di negara 4 musim untuk kerja-kerja pembersihan secara total di musim bunga (Spring).
Tetapi buat negara kita yang beriklim khatulistiwa ini, aktiviti Spring Cleaning biasanya dilakukan sebelum tibanya musim perayaan. Ketika itulah, pemilik akan ‘tunggang terbalik’ kan seluruh kediaman untuk cuci, berus, sental segala celah penjuru dan sudut yang terdapat di kediaman.
Sebagai salah satu proses spring cleaning, segala barang atau peralatan yang sudah tidak berguna lagi juga perlu dihapuskan. Tapi, yang sering menjadi masalahnya ialah, apa yang patut dibuang, dan apa yang masih boleh disimpan?
Sesetengah orang menghadapi kesukaran untuk membuang barang lama yang tidak diperlukan lagi kerana bagi mereka item tersebut “mungkin” akan dikunakan lagi satu hari nanti, atau pun item tersebut mempunyai nilai sentimental buat mereka. Salah tu..
Jadi bagi memudahkan kerja anda, IMPIANA senaraikan 9 jenis barangan yang patut anda buang saja dari kediaman jika nak rumah yang kemas dan bersih.
1- KERTAS
2- PAKAIAN LAMA/ YANG SUDAH TIDAK MUAT
3- MAKANAN YANG BASI/ TIDAK DISUKAI
4- BUKU YANG SUDAH DIBACA
5- STOKIN TANPA PASANGAN
6- KRIM KOSMETIK TAMAT TEMPOH
7- PEN TIADA DAKWAT
8- BARANG ELEKTRIK ROSAK
9- BOTOL AIR PLASTIK
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!