Apabila tandas di bilik air tersumbat, ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Buka itu sahaja, tandas tersumbat juga boleh mengganggu aktiviti harian anda serta keluarga. Manakan tidak, baru buka pintu bilik air pun dah kembang tekak!
Nak selesaikan masalah ini mungkin akan mengambil masa dan proses yang lama. Jadi, sebaiknya elakkan membuang apa saja yang berpotensi menyumbatkan tandas. Contoh item yang perlu anda jauhkan daripada lubang tandas termasuklah :
1.Pasir Najis Kucing
Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.
2. Kertas Tisu
Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu, tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.
3. Lampin Pakai Buang Bayi
Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?
4. Q-Tip / Pengorek Telinga
Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.
5. Minyak atau Cecair Pelincir
Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI