
Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, meraikan musim 10.10 dengan pelancaran Astro 10.10 Jualan Epik untuk semua pelanggan baharu, berserta kemunculan semula saluran Pop-Up LOL (CH 100) — saluran paling kelakar untuk seisi keluarga sepanjang Oktober ini!
Oktober kali ini lebih meriah apabila Astro ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan nilai hebat, pilihan pelbagai dan hiburan yang boleh dinikmati bersama sempena musim akhir tahun.
Dapatkan Astro Hanya RM101 Sebulan Melalui 10.10 Jualan Epik
Dari 10 hingga 17 Oktober 2025, pelanggan baharu yang melanggan Pek Epic Astro One menerusi astro.com.my akan menikmati kadar istimewa sebanyak RM101 sebulan untuk tempoh 24 bulan (harga biasa: RM199.99 sebulan). Promosi ini menawarkan hiburan premium selama dua tahun pada hampir separuh daripada harga biasa.
Pek Epic Astro One menawarkan lebih 145 saluran dan 8 aplikasi penstriman popular — Netflix, Disney+, HBO Max, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, BBC Player dan beIN SPORTS. Pakej ini turut merangkumi Astro GO, membolehkan penstriman serentak di sehingga empat peranti supaya setiap ahli keluarga boleh menonton kandungan kegemaran mereka bila-bila masa dan di mana sahaja.
Dengan hanya RM101 sebulan, pelanggan boleh menikmati rancangan tempatan popular seperti Generasi: Perfect 10, Mutiara Dalam Debuan Kabus, Jika Cinta Itu Buta, Talk To My Manager dan musim terbaru Gegar Vaganza. Juga tersedia rancangan global seperti Hell’s Kitchen: Battle of the States, The Rain Maker, Race Across the World (Musim 5), The Great Australian Bake Off (Musim 8), Alone (Musim 12), Sinners, The Ghost Game dan banyak lagi.
Bagi peminat sukan, tonton siaran langsung seperti Piala Asia 2027, Piala FA Malaysia, Premier League, MotoGP Malaysia dan kejohanan badminton utama — semua dalam satu langganan eksklusif.
Tawaran sah dari 10 hingga 17 Oktober 2025 sahaja! Rebut peluang ini sebelum terlambat.
Saluran Pop-Up LOL (CH 100) Kembali Dengan Lebih Banyak Gelak Tawa

Selepas sambutan hangat sebelum ini, saluran Pop-Up LOL (CH 100) kembali dari 15 Oktober hingga 16 November 2025 — kini lebih lucu, lebih menghiburkan dan lebih banyak kandungan!
Sepanjang musim Halloween ini, LOL (CH 100) menggantikan elemen seram dengan hiburan ceria dan penuh tawa, menampilkan lebih 100 kandungan lucu merentasi pelbagai bahasa — Melayu, Cina, Tamil, Korea dan Inggeris.
Penonton boleh menantikan filem komedi antarabangsa seperti Johnny English Strikes Again, Are We There Yet?, Just Go with It, Instant Family, Paul Blart: Mall Cop dan White Chicks. Untuk tontonan keluarga, saksikan The Tiger’s Apprentice, PAW Patrol: The Movie dan The SpongeBob SquarePants Movie. Filem blockbuster Cina seperti Kung Fu Yoga dan Godspeed juga turut disiarkan.
Rancangan tempatan turut menyerikan saluran ini dengan tajuk seperti Dr. Pontianak, Jutawan Ekspres, Travelawak: Projek Bapak Bapak (Musim 1 & 2), Cun, Girlfriend Aku Dari Neraka dan Merewang Keluarga Pak Awang. Peminat Korea pula boleh menikmati Hitman: Agent Jun, My Love, My Bride dan Midnight Runners.
Semua rancangan ini boleh ditonton secara langsung di CH 100 sepanjang tempoh promosi — sesuai untuk seisi keluarga yang mahu ketawa tanpa henti sepanjang Oktober ini!
Langgan Sekarang & Nikmati Hiburan Tanpa Batas
Untuk maklumat lanjut atau melanggan Pek Epic Astro One, layari astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838 untuk pertanyaan.
Untuk Pertanyaan Media:
Vasanthi Tennarasan
Komunikasi, Astro
vasanthi_tennarasan@astro.com.my
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di



