Amouage telah melancarkan ‘Truly’, tambahan terbaru rangkaian produk lilin dan semburan bilik yang menjadi haruman terbaharu “Midnight Flower Collection” (Koleksi Mekar Malam). Dicipta oleh Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong pada tahun 2013, Koleksi Mekar Malam yang turut termasuk rangkaian ‘Hope’, ‘Love’, ‘Happy’, ‘Smile’, ‘Joy’, ‘Sassy’ dan ‘Peace’, meraikan saat-saat kebahagiaan yang diluangkan bersama orang tersayang.
Membara dengan sifat kehangatan dan romantis, haruman ini diilhamkan oleh masa yang diluangkan di kawasan luar bandar pada hujung minggu. Dengan haruman bunga-bungaan, ‘Truly’ membuka dengan haruman Lili. Haruman utama dibentuk oleh campuran resin Benzoin dengan Cengkih untuk mencerminkan kenyamanan dan kehangatan sesebuah perapian rumah. Haruman dasar Cendana pula membawa pesona dan kehangatan hutan yang diterangi mentari ke dalam ruangan rumah.
“Saya ingin mencipta momen yang mencerminkan pengarang Jane Austen. ‘Truly’ adalah haruman seseorang wanita yang mempesonakan namun cekap mencukupi diri sendiri dalam mengarang cerita hidupnya. Diilhamkan oleh genre sastera abad ke-19 yang sarat dengan kelembutan dan keterangsangan, saya mencipta haruman rumah ini untuk menyorot saat-saat seseorang wanita yang berlembut hati duduk menyebelahi perapian rumah sementara terpsesona membaca cerita,” jelas Christopher Chong.
Ads
Lilin ‘Truly’, yang dipersembahkan dalam bekas kaca Itali merah karang berhiaskan tulisan keemasan dan putih, dirumuskan dengan lilin mineral terbaik untuk menyebarkan haruman paling kuat dan boleh menyala sehingga 40 jam. Semburan bilik pula diadun untuk menghasilkan keberkesanan maksimum dan sentuhan kemewahan di setiap bilik yang kekal selama berjam-jam.
Ads
Rangkaian produk lilin dan semburan bilik Koleksi Mekar Malam boleh diperoleh dari kedai Amouage di Muscat, Dubai, Abu Dhabi, Al Ain, Manama, Jeddah, Kuwait City, Doha, Kuala Lumpur, London, Milan dan Rome.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah pusaka hampir dijual angkara penyewa, lepas ubah suai terus jadi homestay. Selepas hampir kecewa dengan ujian penyewa dan keadaan rumah, akhirnya kediaman pusaka berubah wajah.
Pemilik kediaman hampir hendak menjual rumah dan tanah pusaka yang milikinya. Lokasi yang jauh untuk berulang alik memandang pemilik kediaman tinggal di Kulim, Kedah manakala rumah dan tanah pusaka pula di Sungai Petani (kawasan kampung tetapi di dalam banda).
Namun Allah ‘beri jalan’ pada pemilik kediaman. Dengan bantuan adik ipar dan adiknya, mereka carikan kontraktor. Maka bermulalah projek untuk rumah pusaka itu dijadikan homestay.
Berikut hasil rumah pusaka yang telah diperbaiki kerosakannya. Terus berubah wajah.
Meja kopi merupakan salah satu komponen yang wajib ada di ruang tamu seiring tren gaya hidup sekarang. Jangan biarkan meja kopi anda hilang fungsi dan tarikannya. Jika meja mulai terlihat membosankan, sudah tiba masanya anda memberikan sentuhan baru pada penampilannya dengan menggunakan dekorasi yang sederhana macam profesional.
Untuk set up meja kopi, anda tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Cukup sekadar ikut beberapa langkah ini.
Warna
Sebelum menghias meja dengan beraneka ragam hiasan, lebih baik anda menentukan terlebih dahulu apa tema warna yang akan anda gunakan. Apakah anda ingin menggunakan tema monokrom atau menggunakan aneka warna. Pilih warna yang serasi dengan mood anda.
Mini Bar
Agar lebih menarik, susun beberapa botol minuman yang memiliki reka bentuk unik di meja dengan gelas-gelas kecil untuk pelengkapnya. Pilih rekaan gelas dan botol yang unik. Walaupun mini bar, anda tidak perlu menyimpan minuman berakohol. Anda boleh menghidang minuman seperti sirup dengan aneka rasa hingga softdrink. Jika anda merupakan pecinta kopi, pilih beberapa jenis kopi.
Alas Meja
Alas meja bukan hanya digunakan untuk melindungi meja, malah motif yang ada pada alas meja boleh mempercantik meja anda. Dengan tambahan gelas-gelas kecil sebagai pelengkap, meja anda pasti akan terlihat semakin menarik. Gunakan alas meja yang sesuai dengan gaya yang anda dan mampu menjadikan ruangan anda semakin berkarakter.
Buku dan Aksesori Hiasan
Adakah hobi anda membaca buku atau mengumpul koleksi buku? Manfaatkan koleksi anda untuk hiasan dekorasi meja. Bila meja anda terbuat dari kaca, susun beberapa buku di bahagian bawah, susun buku di sisi meja, dengan sekejap penampilan meja boleh menjadi lebih berbeza.
Tumbuhan Hijau
Bila di rumah, tanaman memiliki peranan yang penting sebagai penghidup suasana, meja untuk mengopi pagi juga sama. Anda boleh menggabungkan peranan tanaman dan meja ini. Gunakan tanaman kecil contohnya seperti kaktus dengan karaktor yang indah di meja.
Meskipun kecil, tanaman kaktus mampu memberikan kesan segar dan minimalis di meja. Selain kaktus, anda boleh menghias dengan bunga segar di meja. Jadi, tidak susah kan untuk menghias meja kopi?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lebih banyak praktis, lebih mudah dan cepat anda siap mengecat. Tetapi buat yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini, banyak yang perlu dipelajari dan dihadam. Jadi, dalam entri kali ini, IMPIANA akan membincangkan tentang perkara-perkara yang mungkin berguna buat anda yang baru ingin menjinakkan diri dalam bidang ini atau yang sedang mencuba-cuba untuk ubah suai dinding rumah yang sudah kusam. Mari ikuti senarai ‘patut tahu’ ini.
KENAL PASTI JENIS CAT
Ramai yang masih kurang faham tentang kepentingan memilih jenis cat yang sesuai dengan kegunaan. Produk yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza, sebagai contoh, cat siling umumnya mempunyai tahap kilauan yang rendah tetapi mempunyai lebih banyak kekangan daripada segi penghapusan kotoran berbanding cat interior yang standard. Cat untuk bahagian luar pula sememangnya mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada cat-cat yang lain termasuklah fungsi perlindungan UV dan cuaca.
PROSES PENYEDIAAN CAT
Selain teknik yang betul, persediaan yang rapi juga memainkan peranan yang amat penting bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Walaupun anda mempunyai kepakaran mengecat yang paling hebat sekalipun, jika permukaan dinding tidak rata, maka end-product anda pasti mengecewakan. Proses persediaan sebelum mengecat termasuklah meratakan dinding menggunakan kertas pasir atau memastikan tiada lebihan kertas dinding yang masih melekat.
PENGURUSAN MASA
Anda mungkin akan menghabiskan masa yang lama untuk selesai mengecat bergantung pada saiz ruang. Jika anda mengecat dinding di bilik tidur yang bersaiz sederhana, setiap satu lapisan akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam. Kebanyakan permukaan akan memerlukan dua lapisan cat, jadi anda perlu memperuntukkan dua jam untuk menyiapkan sebuah bilik. Perlu diingat juga, sebelum menambah lapisan, biarkan cat kering terlebih dahulu. Proses ini biasanya akan mengambil masa dalam 10 ke 15 minit.
PERALATAN MENGECAT
Jika anda membeli produk cat yang berkualiti sudah tentu anda akan memerlukan peralatan mengecat yang berkualiti juga. Berus dan penggelek yang baik akan meningkatkan mutu kerja selain membantu mencegah bulu berus yang tidak diingini termasuk ke dalam tong cat anda.
PEMILIHAN WARNA CAT
Jangan terburu-buru membuat keputusan. Ini kerana warna yang anda lihat cantik di kedai tadi mungkin tidak sesuai dengan perabot di rumah. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh cuba cat kepada sehelai kertas A4 dan tampalkan di dinding kawasan yang ingin dicat. Biarkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum meneruskan proses. Banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan antaranya ialah pencahayaan di kediaman dan padanan dengan konsep serta perabot.
CAT SEBAGAI PELINDUNG
Dengan teknologi yang semakin maju zaman ini, terdapat sebahagian cat yang direka khusus untuk membantu mengurangkan penyebaran virus dan kuman. Ini akan menjamin keselamatan dan kesihatan isi rumah.
Lebih-lebih lagi dalam era pandemik ini, memang sukar untuk kita mengawal penularan virus COVID-19 tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak.
Dinding Selamat Dengan Inovasi Cat Anti Virus
Dalam usahanya meningkatkan tahap kesihatan pengguna, Nippon Paint Malaysia memperkenalkan Nippon Paint VirusGuard dengan penambahbaikan formula yang dilengkapi keupayaan melawan anti virus dan anti bakteria.
Berbeza dengan cat dinding biasa, percayakah anda kini rumah anda akan menjadi sebuah rumah yang terlindung dengan virus? Ya, dengan cat Nippon Paint VirusGuard yang telah diuji dengan Koronavirus Manusia, ATCC VR-740, strain 229E oleh Analytical Lab Group pada awal tahun 2020. Hasil menunjukkan pengurangan sebanyak 99.9% pada titer virus selepas virus bersentuh kepada lapisan cat yang mengandungi teknologi Ion Perak daripada Nippon Paint ini.
Hebat bukan? Kini, bukan hanya bahan pencuci sahaja yang mampu membantu kita untuk membasmi virus malahan cat dinding juga mempunyai teknologi yang cukup baik untuk kita sekeluarga terlindung.
Teknologi Ion Perak Berkesan Melawan Virus
Jom kita lihat teknologi yang ada dalam cat no 1 Malaysia ini. Teknologi Ion Perak (Silver Ion Technology) yang terdapat dalam Cat Nippon Paint VirusGuard telah terbukti berkesan mengurangkan pembiakan virus dan bakteria seperti penyakit merbahaya yang lain seperti;
– Influenza (H1N1)
– HFMD
– Bakteria (E.Coli, MRSA, Staphylococcus Aureus)
– Koronavirus manusia (strain 229E)
Selain sesuai untuk digunakan kepada permukaan dinding dipelbagai ruang kediaman, cat Nippon Paint VirusGuard juga sesuai untuk institusi-institusi kesihatan dan pusat pendidikan. Antara ciri-ciri utama Nippon Paint VirusGuard termasuklah ;
– Anti virus
– Anti bakteria
– Kurang bau
– Mudah untuk dibersihkan
– Tahan sental/ tidak mudah rosak
– Tahan kulat dan kulapuk
– Mesra alam
– Warna yang tahan lama
– Mudah diselenggara
Siapa sangka dengan hanya cat dinding kini anda mampu mengubah gaya hidup anda sekeluarga dengan lebih baik dan selamat.
KUANTITI CAT
Tunggu apa lagi, jom make over rumah dengan cat berteknologi tinggi ini. Pasti ramai yang ingin tahu akan penggunaan cat ini bukan? Di sini, IMPIANA kongsikan cara hendak membeli cat. Bergantung pada keluasan ruang, sebuah dinding tumpu mungkin akan memerlukan kira-kira 2-liter cat, ruang 3×3 meter pula akan memerlukan kira-kira 4-liter cat untuk dua lapisan, dan untuk memenuhi ruang 6×6 meter, sediakan 8-liter cat dan begitulah seterusnya. Dengan mengetahui idea kasar ini, mudahlah untuk anda membeli cat tanpa pembaziran.
Jom Cegah Sebelum Merebak Dengan Nippon Paint VirusGuard
IMPIANA cukup tertarik dengan teknologi cat Nippon Paint kali ini, apa kata jom kita cegah sebelum merebak. Ubah suai rumah dengan normal baharu ini, beralih ke cat dinding Nippon Paint VirusGuard. Pastinya kita semua akan berasa lebih tenang dan selesa tatkala berada di dalam rumah yang mempunyai lindungan terbaik.
Rumah adalah tempat kita sekeluarga berlindung, jadikan lah rumah kita sebagai satu kediaman yang terbaik untuk yang tersayang berlindung dan berasa selamat tatkala berada di dalam rumah. Bermula dari rumah barulah kita boleh #kitajagakita.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.