Mencari keberkatan rezeki adalah sesuatu yang dituntut di dalam agama Islam. Rezeki yang berkat dan mendapat rahmat Allah swt besar maknanya di dalam kehidupan kita. Kerana rezeki yang baik adalah salah satu faktor kebahagian jiwa insan yang hidup di dunia ini.

Puan Che Salamiah binti Malik, adalah seorang usahawan Zakat Selangor dalam bidang pemprosesan makanan rempeyek. Beliau merupakan usahawan Zakat Selangor daripada daerah Klang yang telah menerima bantuan Zakat Selangor iaitu bantuan Modal Pusingan sebanyak 1,000.00 pada Mei 2014 dan 2,000.00 pada Disember 2017.

Beliau juga telah menerima bantuan bagi Label Produk di bawah pembangunan produk berjumlah 3,500.00 bagi menaik taraf pembungkusan produknya.

Manakala usahawan Norazimah Hazmi mendapat bantuan Zakat Selangor di bawah projek usahawan lori bergerak. Pada Julai 2016, beliau juga menerima bantuan modal pusingan sebanyak 1,500.00 dan bantuan peralatan perniagaan sebanyak 1,870.16.

Beliau aktif menjalankan perniagaan beliau secara bergerak di merata tempat tanpa mengira waktu di tapak niaga seperti pasar malam, karnival, majlis-majlis, bangunan kerajaan dan sebagainya. Komitmen baik yang ditunjukkan beliau dengan menyertai pelbagai program anjuran Zakat Selangor terzahir jelas pada perniagaannya yang berkembang maju.

Dua kisah yang sangat memberi inspirasi ini mungkin tidak disedari oleh ramai orang. Mereka berdua adalah contoh usahawan yang dulunya penerima zakat, kini menjadi pengeluar zakat perniagaan. Inilah rahsia keramat dalam keberkatan menunaikan zakat, iaitu menyuburkan perniagaan dan menambahkan keberkatan rezeki.

SENANGNYA KIRA ZAKAT PERNIAGAAN

Kira mudahnya ialah dengan mengira hasil Aset Semasa ditolak dengan Belanja/Liabiliti Semasa, darab dengan 2.5%.

ASET SEMASA tu bermaksud : Baki tunai di bank, baki tunai di tangan, hutang yang dijangka akan diterima dan nilai stok niaga boleh jual.

LIABILITI SEMASA pula bermaksud: Hutang pembekal dan hutang-hutang lain seperti bil eletrik, air dan sewa pejabat.

Maka, jumlah aset semasa ditolak dengan libiliti semasa didarabkan pula dengan 2.5%. Maka dapatlah jumlah zakat yang kena ditunaikan.

Sebaiknya kira dahulu, supaya jelas sama ada kena zakat atau tidak perniagaan tersebut. Semoga dengan usaha mengira zakat ini dan menunaikannya, rezeki akan bertambah subur dan berkat . Perniagaan kita pun bertambah maju. Untuk lebih mudah kiraan zakat perniagaan boleh KLIK DI SINI 

Manakala kalau nak tunaikan zakat perniagaan pula mudah sahaja, Klik sahaja di sini: https://fpx.zakatselangor.com.my/

Komen anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: