Johor Bahru, 4 November 2018 – Johor Corporation (JCorp) telah melancarkan secara rasmi Arca Warisan (Heritage Cornerstone) di Pintu Gerbang Tenggara Ibrahim International Business District (IIBD). Acara tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor sebagai Wakil Rasmi Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, serta disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp dan Encik Dennis Ng, Pengarah Urusan Kumpulan United Malayan Land Bhd (UMLand).

“Warisan memainkan peranan penting dalam memartabatkan kedudukan masyarakat setempat, bukan sahaja untuk mengukuhkan identiti, tradisi dan amalan tempatan, tetapi juga membawa manfaat ekonomi. Persekitaran sosiobudaya yang sihat menggalakkan perniagaan dari berbilang budaya untuk membawa manfaat ekonomi tempatan, yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi keseluruhan di Johor Bahru. IIBD menjadi saluran bagi memajukan lagi pertumbuhan ekonomi keseluruhan, yang menjadi tunggak pembangunan bandar,” kata Yang Berhormat Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor sebagai Wakil Rasmi Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

IKLAN

Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman bin Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp berkata dalam ucapannya, “Di samping memelihara warisan, kami berusaha meraikan kepelbagaian; dan menerusi kepelbagaian kami cuba merangkumkan semua pihak walaupun yang berada di luar sempadan Johor, Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Jelas bahawa keterangkuman seharusnya menjadi aspirasi yang dikongsi bersama antara warga tempatan dan antarabangsa, demi memastikan IIBD benar-benar progresif dan berjaya. Arca Warisan yang dilancarkan hari ini melambangkan kepelbagaian dan keterangkuman yang ingin kami ketengahkan di IIBD.”

IKLAN

Arca Warisan adalah yang kedua daripada empat arca penting yang bakal dilancarkan di dalam IIBD, manakala tiga lagi terdiri daripada Peluang, Daya Pergerakan dan juga Kelestarian Alam yang dilancarkan tahun lepas. Arca seni ini telah direka cipta oleh pengukir pemenang anugerah kelahiran Johor, Nizam Abdullah dan ditaja oleh UMLand. Pembinaan Arca Warisan ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pengindahan Sungai Segget di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) dan membabitkan usaha sama dengan beberapa pihak berpentingan. Usaha ini adalah sebahagian daripada proses Bersama Membina IIBD yang diterajui oleh JCorp untuk membina kerjasama strategik dan menggalakkan kerjasama pelbagai agensi masyarakat dalam IIBD.

IKLAN

“UMLand berbangga untuk bekerjasama dengan JCorp dalam projek Arca ini, berganding bahu mencipta gaya hidup dan masyarakat bernilai tinggi di IIBD. Sememangnya warisan menjadi penyumbang penting kepada strategi pembangunan masyarakat demi masa depan yang lestari, dan kami bangga kerana terlibat menjadikan IIBD ruang yang terangkum untuk semua,” kata Encik Dennis Ng, Pengarah Urusan Kumpulan UMLand.“Landmark” Ikonik Di IIBD

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI