
Keselamatan ketika memasak di dapur, perlulah kita menjaga kerana pada waktu itu kita sedang menggunakan tong gas. Tong gas itu, jikalau kita salah gunanya, boleh mengakibatkan rumah meletup. Jadi, jika tidak mahu perkara itu berlaku, saya akan terangkan atau memberitahu apa langkah keselamatannya.
Pertama sekali, kena ingat untuk pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Selain itu, semasa mememgang alat memasak, alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi daripada tong gas supaya tiada apa-apa terjadi. Seterusnya, jangan sesekali anda menyimpan tong gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik. Ini kerana, ia boleh memberikan tekanan yang kuat dan boleh meletup jika tekanan itu terlampau kuat. Di samping itu, jika ada seperti terbau yang pelik dari tong gas, maka ketahuilah bahawa tong gas itu ada kebocoran dan diwajibkan jangan menggunakan apa-apa peralatan elektrik. Dan yang terakhir ini adalah langkah yang ramai orang tidak tahu, iaitu, Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Secara kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dalam menggunakan tong gas di rumah. Nampak sahaja seperti tiada apa yang boleh diganggu atau ia memberi kesan, tapi sebenarnya, ia dapat menghasilkan kecelekaan yang amat dahsyat dan mampu meragut nyawa orang lain. Renung-renungkanlah.
Sumber: Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Nak Masuk Rumah Baharu Kena Tahu 7 Tip Ni, Baru Tak Menyesal

Memiliki rumah sendiri selepas berkahwin sudah tentunya impian semua orang namun tidak semua dikurniakan rezeki seawal itu dan hanya mampu menyewa terlebih dahulu.
Baik menyewa mahupun rumah sendiri, kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing dan ada beberapa tips perlu dititik beratkan sebelum memasuki rumah baharu agar semuanya dalam keadaan selesa dan tidak mengecawakan. Nak tahu apa? Jom baca.
Di sini contoh rumah berkeluasan 800sqft dengan bertemakan modern elegant. Jadi, apa-apa ketahui bajet anda dahulu sebelum memulakan reno dan deco rumah kediaman anda.
1. SILING & WIRING
Faktor utama nak bagi rumah nampak cantik adalah siling. Design plaster ceiling jenis flat pun cantik. Yang penting banyak point lampu yang tersusun kemas dan point kipas juga diletakkan ditempat yang betul.
Kalau boleh janganlah tambah point lampu atau kipas menggunakan casing. Sekarang ni kebanyakan developer agak kedekut nak bg point lampu di bilik tidur. Kadang-kadang 1 point je dengan keluasan bilik tidur yang agak besar.
Jadi nak tak nak kita kena tambah point lampu dengan buat plaster ceiling. Sebab kalau kita hack slab lagi melibatkan kos yang tinggi. Selain kelebihan nampak kemas dan cantik, kita boleh tambah beberapa point lampu deco untuk menaikkan seri sesuatu ruang.
2. CAT RUMAH
Bila siling rumah dah cantik, kita boleh tetapkan beberapa tema color. Pemilihan color cat mestilah berdasarkan tema yang kita minat. Ada orang suka natural yang lebih kepada grey, beige, soft brown, cream dan putih. Warna-warna seperti ni sesuai untuk semua jenis tema.
Kalau minat dengan tema farmhouse, dinding color putih amatlah sesuai. Ada yang berani dengan warna-warna terang atau gelap. Boleh je kalau pandai mix and match dengan perabot yang sesuai. Tapi make sure jangan semua dinding, fokus pada feature wall sahaja
3. KITCHEN KABINET
Ruangan dapur adalah ruang yang kita kena barhati-hati. Jangan ada yang tersilap pilih material, kod color dan kontraktor. Salah pilih memang bahaya, sebab nak tukar lain dalam masa terdekat memang susah dan ia melibatkan kos yang agak tinggi.
Di pasaran sekarang banyak kontraktor kabinet yang menawarkan harga yang murah. Tapi kena hati-hati ye dari segi kekemasan kerja yang dibuat, material yang diberikan, hasil kerja mereka dan aksesori yang disediakan.
Antara material yang ada adalah melamine, 3g, 4g, formica, solid nyatoh, mdf dan lain-lain. Bagi saya semua ok cuma kod dia je kena pilih betul-betul.
Nak selamat pilih putih, hitam, grey dan warna elemen kayu. Nak nampak elegant boleh pilih warna yang berani seperti emerald green, dark blue, mint, turquoise.
4. LANTAI
Lantai jenis tiles atau lantai kayu kedua-duanya cantik. Pemilihan jenis lantai ni berkait rapat dengan kos yang diperuntukkan. Kalau ada bajet lebih boleh lah tukar kepada lantai kayu. Sebab lantai kayu ni nampak lebih modern, kemas dan cantik. Jangan ambik yang gelap nanti rumah nampak sempit.
5. CURTAIN & BLIND
Setelah selesai semuanya, sekarang masa untuk pemilihan curtain dan blind. Curtain ni dipilih berkait rapat dengan color cat yang kita pilih awal-awal tadi. Kalau cat lebih kepada light, curtain kena pilih yang dark sedikit untuk naikkan seri.
Kalau nak pilih curtain, pilihlah material jenis blackout dan untuk menjaga privacy mestilah ada day and night curtain(sheer). Bila siang barulah tak risau nak buka curtain, syariat pun terjaga.
Untuk bagi nampak ruang lebih luas ukur curtain mestilah wall to wall dan full height. Kalau kelebaran frame tingkap tu kecik, tak apa kita buat curtain besar.
6. PERABOT, WALL FRAME & AKSESORI
Cukuplah sofa 2/3 seater, armchair, bench/stool, coffee table, tv bench. Kita jangan sempitkan lagi ruangan yang ada. Kecuali kalau betul-betul ruangan tu besar.
Untuk entrance, kita mainkan dengan console table, chest of drawers atau cabinet yang sesuai. Bagi ruangan makan pula pilih meja makan berdasarkan size ruangan. Ingat ye, semua pemilihan bergantung pada tema yang kita dah pilih awal-awal tadi.
7. BUILT IN WARDROBE & CABINET
Ini last keperluan kalau kita mempunyai bajet yang lebih. Kita boleh buat terus masa awal-awal proses reno tu, tapi kalau tak ada bajet lagi tak apa boleh buat kemudian.
Selalu wardrobe jenis material melamine full heigth 2 pintu dalam RM2000. Bila ada wardrobe ni lebih kemas dan tersusun. Semua barang-barang tambahan seperti toto, luggage bag, bantal-bantal boleh simpan dalam wardrobe. Tapi tak apa, ia bukanlah satu keperluan wajib untuk sesuatu dekorasi.
Jangan buat sekaligus semua ruang tapi setiap ruang tu siap separuh kerja dan last sekali elemen kekemasan sangatlah penting. Bila kita displin dan sabar, setiap kerja kita akan nampak kemas.
Sumber: Facebook Nur Nazihah Abd Razak
Patutlah Ngaku Jadi Buruan “Limited Edition” Dan Tinggi Khasiat, Ramai Tak Tahu

Bila tiba perayaan Tahun Baru Cina, ngaku atau arrowhead menjadi buruan masyarakat Cina. Kenapa ye? Ngaku ni terhad tau atau boleh dikategorikan sebagai bermusim. Ia menjadi buruan disebabkan khasiatnya. Berikut khastiat ngaku yang dipetik dari portal TheStar
Didalam setiap 100gm ngaku, terkandung 99 Kcal, 5.3gm protein, 0.3gm lemak, 20gm karbohidrat, 2.6mg zat besi, 51mg magnasium, 922mg kalium, 0.36mg mangan, 1.1mg Vitamin C dan pelbagai lagi. Dari kandungan ini ia membantu dalam pelbagai keperluan tubuh.
Khasiat Ngaku
1. Zat besi membantu meningkatkan pengedaran oksigen ke seluruh badan kita
2. Menjadikan kita lebih bertenaga dan mengekalkan tahap imuniti yang sihat.
3. Kandungan Magnesiumnya menjaga saraf dan otot kita dalam keadaan santai
4. Membantu peredaran darah yang baik serta menguatkan tulang
5. Kalium di dalam ngaku menyokong tekanan darah normal.
6. Ngaku juga menggandungi Mineral mangan yang berperanan dalam menjaga kadar gula darah normal dan diperlukan dalam fungsi beberapa vitamin.
7. Bagi anda yang menghadapi masalah seperti ruam kulit, kehilangan warna rambut atau sering merasa loya kandangun mangan yang tinggi seperti di dalam ngaku diperlukan
Cara mudah nikmati Ngaku
Cara mudah dan banyak dilakukan untuk menikmati ngaku adalah dengan menjadikan ia sebagai kerepek. Jom tonton video ini cara penyediaan kerepek ngaku
Cara Betul Tanam Labu Di Laman Rumah, Mudah Je Ikut Tip Ini!

Selain tanaman hiasan berbunga, daun berwarna-warni serta berbau harum, sayuran juga dapat memainkan peranan penting memberikan keunikan kepada taman. Selain bentuk daun lebar dan sifat menjalarnya, kehadiran labu di taman menjadi arca semula jadi unik apabila berbuah kelak. Ketahui sifat pokok labu untuk serikan taman anda.
- Labu mudah ditanam menerusi biji benih. Selepas mendapatkan labu dari pasar, bersihkan dan keringkan biji benih tersebut untuk penanaman.
- Tanamkan beberapa biji benih sedalam 1 inci ke dalam tanah, jarakkan 1 kaki setiapnya atau pun boleh ditanam dalam pasu..
- Apabila tanaman labu sudah mencapai 2-3 inci tinggi, ubah sebahagian daripada anak pokok dan biarkan dua atau tiga anak pokok sahaja di kawasan tersebut.
- Labu akan menjadi subur apabila mendapat cahaya yang tidak terlalu tepat mengenainya. Cahaya sederhana dengan sedikit redup sesuai untuk tanaman labu.
- Penanaman labu memerlukan kawasan seluas sekurang-kurang 50 kaki persegi. Tidak perlu bimbang jika tidak mempunyai ruang secukupnya, tanam labu di pinggir tanaman dan train tanaman ini agar ia tumbuh merentasi kawasan berumput dan laluan. Untuk makluman labu adalah pokok menjalar, jika tiada tanah yang mencukupi tidak ada masalah kerana pokoknya tidak besar.
Buah labu manis mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat dalam labu termasuk tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium, beta karotina, vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan vitamin C.
Menyemai
Semai benih labu terus di dalam tanah. Semai benih sedalam 2.5 cm (1 inci). Letakkan benih secara menegak dengan bahagian tajam di sebelah bawah. Letakkan 2 atau 3 biji benih dalam satu lubanng. Jarakkan antara benih sepanjang 1 hingga 2 m dalam semua arah. Benih labu manis akan bercambah dalam masa 6 hingga 10 hari. Kemudian kerat anak pokok yang lemah. Tinggalkan anak pokok yang paling besar.
Sekiranya kawasan anda terdapat semut api (semut gatal), serangga tersebut mungkin akan memakan benih yang anda semai. Elok semai di dalam bekas semaian terlebih dahulu. Apabila anak pokok mempunyai 2 set daun baru dan akar memenuhi bekas semaian, alih anak pokok ke atas tanah.
Merumput
Merumput di peringkat awal pertumbuhan anak pokok labu manis. Apabila ia telah membesar, daun pokok labu yang besar akan menghalan rumpai dari tumbuh subur.
Menyiram
Pokok labu manis memerlukan air yang banyak. Siram setiap hari di musim kering.
Membaja
Pokok labu manis memerlukan nutrien yang banyak terutamanya nitrogen. Tambah baja 2 minggu selepas menyemai dan kemudian setiap 3 minggu.
Mendebunga
Bunga jantan dan bunga betina labu manis adalah berasingan. Anda mungin perlu menjalankan pendebungaan secara manual. Bunga betina yang tidak didebunga akan luruh. Ketika buna betina sedang mekar, sentuh potongan stamen yang mengandungi debunga dari bunga jantan ke stigma bunga bebtina. Kemudian ikat kelopak bunga betina untuk mengelakkan lalat buah bertelur di dalam bunga dan merosakkan buah labu manis. Lihat posting tentang pendebungaan labu manis.
Memangkas (Pruning)
Potong batang pucuk labu 2 helai daun dari buah muda untuk mempastikan nutrien yang terhasil dihantar ke buah labu sepenuhnya. Ini juga menjadikan pokok labu tumbuh merimbun.
Menuai
Tuai buah setelah pokok kelihatan tua dan hampir kering. Anda juga boleh tuai pucuk disepanjang pokok hidup subur untuk dimasak sebagai sayur dan bunga labu manis juga enak dibuat salad.