Alif Satar Beli Karya Seni Lukisan M Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, Hiasi Dinding Kediaman. Selebriti versatile Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 34, baru-baru berkongsi keterujaannya apabila dapat memiliki karya seni lukisan figura hebat Datuk Dr. M Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’.
Karya seni tersebut berukuran 102cmx160cm dan menggunakan kemasan cat minyak. Ia diletakkan pada bahagian dinding menghiasi laluan tangga di kediaman penyanyi ini.
Bagi Alif karya seni lukisan tersebut berbaloi untuk dimiliki dan dijadikan koleksi sebagai hiasan dinding di kediamannya.
Latest in the collection… ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ karya lukisan by the one and only… Datuk Dr. M Nasir. Karya seni ni datang dengan lagu dia sendiri… It’s both audio and a visual experience😍 A MASTERPIECE!!
Pameran Lukisan Galeri Seni
Terdahulu, karya seni ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’ ini antara lukisan yang menjadi pameran di galeri seni. Pameran tersebut diberi nama, Sesat Di Kuala Lumpur, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M Nasir di Galeri Puteh, KL Eco City Mall yang diadakan pada bulan Jun tahun lepas.
Ads
Pameran lukisan berteraskan karya ciptaan dan lagu nyanyian tersohor Datuk M Nasir bagi meraikan perjalanan seni penuh inspirasi selama 45 tahun seniman ini mengabdikan diri dalam dunia kreatif.
“Saya fikir sangat sesuai dan menarik kerana ia seperti cerminan kepada kerjaya saya sepanjang 45 tahun menghasilkan lagu. Kalau melukis memang sejak kecil saya sudah berkecimpung, lebih daripada 45 tahun.
“Jika diikutkan, sebelum menyanyi saya memang melukis. Saya ambil bidang seni lukis ketika di sekolah dan menjadi pelukis sepenuh masa sebelum jadi penyanyi,” jelas beliau.
Ads
Sepanjang 45 tahun, M. Nasir telah menghasilkan lebih 3,000 lirik lagu untuk kumpulan ternama tanah air seperti Alleycats, Sweet Charity dan Flybaits selain terlibat dalam filem, konsert dan merakam lagu-lagu baharu.
IMPIANA: Wah bertuah sungguh, Alif Satar dapat menghiasi dinding rumah dengan memiliki ‘karya emas’ yang dihasilkan oleh figura hebat dalam industri seni Datuk Dr M Nasir.
Segalanya mahu kita letak dalam sebuah ruang. Impian , cita-cita dan kehendak serta selera. Apakah mentera yang diberi? Diri seakan-akan sukar menerima yang dibentang di hadapan mata tidaklah seindah mimpi. Ruang dapur kediaman seperti apartmen mahu pun pangsapuri, apalah sangat ruang yang dberi. Sedangkan kita mahu dapur, nadi kepada sebuah kediaman cukup luas bagi menyediakan segala bagai juadah sekeluarga.
Namun itu bukanlah jalan penamat. Buka minda dan canai idea kreatif untuk menjadikan ruang sendat itu cukup cantik dan menyenangkan. Malah memberi inspirasi kepada yang lain untuk mewujudkan syurga kecil di dapur masing-masing. Pendek kata, kita berperang dengan penuh gaya! Kata orang memasak, membakar kek atau puding umpama terapi. Aroma yang ada, memberi tenaga positif kepada diri kita.
Ubah perancangan anda. Buka kembali majalah IMPIANA dan mula mencari idea ruang kecil yang bergaya dan ‘fun’. Ruang sempit yang mempunyai karakter ceria selaras dengan anak kecil . Bukan elemen lagak mewah yang sinonim dengan ruang dapur luas. Kita laraskan kembali idea dan ruang yang ada. Senaraikan apa yang kita perlu dan tidak. Jadi realistik!
Dapur kompak kini bukan sahaja menarik. Malah pereka menjadikan ruang yang ada cukup -cukup untuk memenuhi tuntutanmemasak anda. Buang atau jual on line yang tidak perlu, dan tempatkan hanya yang lazim anda pakai. Rona pastel antara rona yang sangat sesuai di samping putih dan rona kayu terang seperti ramin. Ia bukan sahaja memberi keceriaan, mengembalikan semangat anda. Jiwa kanak-kanak kita yang ceria , yang telah lama hilang dalam sanubari kita dek kehidupan yang mencabar.
Jangan lupa pencahayaan, pengudaraan dan sistem keselamatan juga perlu kita titik beratkan. Maklumlah ruang kecil. Jadi semua elemen boleh kita rasa atau dapat tahu dengan segera. Malah pastikan dapur dijaga dengan baik, bersih sentiasa dan terjaga. Alah kecil jekan bukan besar pun. Ok punya. Simple-simple di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ciri-ciri kediaman idaman ramai sudah tentunya mempunyai ruang yang selesa, tenang dan santai sesuai dengan fungsi rumah itu sendiri. Selain sebagai tempat berteduh, rumah juga merupakan sebuah santuari buat pemilik untuk merehatkan fizikal dan minda. Oleh kerena itu, pemilihan konsep dan susun atur ruang perlu diberikan perhatian agar seiring dengan fungsi sebuah rumah.
Impiana kongsikan sebuah kediaman yang di dominasi rona hijau lumut atau moss green serta dipadankan bersama warna putih.
Jika dilihat dengan teliti, pemilik konsisten dengan pemilihan warna bermula dari bahagian luar rumah, higgalah ke setiap ruang. Selain hijau dan putih, warna coklat pada sofa, lantai serta beberapa aksesori lain juga telah dapat mengharmonikan suasana ruang yang menimbulkan rasa tenang dan santai.
Kehadiran tumbuhan hijau berlainan jenis di beberapa sudut kediaman ini juga telah menambah seri dan juga dapat membersihkan udara.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Merealisasikan keinginan pemilik mengikut kesesuaian gaya hidup dianggap satu cabaran yan perlu digalas sempurna oleh pereka hiasan dalaman. Ketelusan dan ketelitian merias wajah kediaman yang diamanahkan semestinya antara perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan.
Itulah yang perlu pereka dalaman Shahreen Ghazali kendalikan apabila diminta menggarap sempurna kediaman jenis kondomininum milik Emasria Ismail ini. Dengan keluasan 952 kaki persegi, rumah ini ternyata mempunyai penataan seni hias yang menarik. Ringkas namum tetap eksklusif dengan konsep moden industri yang telah dipersetujui oleh tuan rumah dan juga pereka. Apa yang telah dilakukan oleh Shahreen ialah menampilkan konsep industri dengan beberapa elemen feminin yang sedikit sebanyak menggambarkan personaliti tuan rumah.
Menurut Emasria, kos keseluruhan renovasi kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta dapur dan ruang tamu ini telah menelan belanja RM100k. Pemilik merasakan ia satu pelaburan yang berbaloi kerana tatkala berada didalam rumah ini terasa seperti sedang duduk berehat di kafe indah yang selesa.
Rona kelabu yang memenuhi segenap ruang kediaman ini telah di neutral kan dengan perabot serta aksesori yang diatur dengan pantulan cahaya lampu tepat, menyerlahkan lagi segenap sudut untuk tampil elegan. Selain itu, pembahagian antara satu ruang dengan ruang yang lain juga dilihat amat penting agar kediaman kelihatan lebih teratur tetapi tidak terlalu rigid. Pemilik memilih untuk menggunakan panel besi pada ruang makan untuk memisahkannya daripada dapur. Binaan dinding dengan kemasan cladding bertekstur batu bata merah dijadikan sebagai feature wall sudut ruang makan yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang tetamu. Segenap ruang yang ada telah dihias dengan rapi dan teliti mengikut konsep yang ditetapkan.
Jom IMPIANA bawakan pembaca cuci mata melihat kediaman indah persis kafe hipster ini. Semoga menjadi inspirasi dan ingat, jangan takut untuk mencuba!
" Kalau ko ada bajet kan, ko nak deko rumah macam mana?""Hmmm, aku nak rumah konsep macam kafe, hipster & nampak industrial"Bermula dari minat, ke mimpi kini jadi kenyataan….
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.