Adab Naikkan Tembok Hidup Berjiran, Minta Izin & Tanya Dulu Sebelum Buat. Memiliki jiran yang baik juga merupakan satu rezeki dan nikmat yang perlu disyukuri. Hati senang dan dapat hidup dengan lebih tenang serta harmoni.
“Saya baru saja pindah ke rumah ni. Asalnya hendak minta izin pada jiran untuk roboh kan dawai pagar tengah ni, dan nak ikat batu. Saya upah tukang buat sampai siap cat semua. Pastu jiran cakap kita share bayar. Alhamdulillah.”
Ini antara perkongsian pengalaman pemilik kediaman apabila rezeki dapat jiran yang baik dan tak berkira apabila sama-sama sepakat untuk menanggung kos menaikkan tembok rumah.
Namun banyak juga kes yang berlaku apabila pemilik kediaman tidak bertanya dan berbincang sebelum melakukan renovasi yang turut melibatkan kawasan jiran. Akibatnya, boleh menjadi perselisihan faham dan bermasam muka sesama jiran.
Ini antara adab naikkan tembok hidup berjiran yang boleh dijadikan panduan:
Jika tinggal di kediaman jenis teres, mempunyai pagar di tengah dan belakang rumah jiran, sebaiknya minta izin, berbincang dan dapat kesepakatan bersama dahulu sebelum merancang untuk menaikkan tembok atau apa juga renovasi yang melibatkan jiran.
Persetujuan membina tembok pagar dari segi kos ikat batu, konsep rekaan, cat, plaster dan sebagainya. Ini kerana keperluan, kehendak, citarasa dan kewangan setiap orang/jiran tak sama. Mungkin ada yang berkemampuan dan ada juga sebaliknya.
Oleh yang demikian, pastikan sebelum memulakan renovasi, pemilik kediaman mempunyai modal yang mencukupi.
Pemilik kediaman tiada HAK untuk ‘memaksa’ jiran membayar kos renovasi atau binaan tembok tersebut. Namun cukup bertuah dan rezeki sekiranya jiran dengan rela hati sanggup menanggung kos bersama. Ia dianggap ‘bonus’ dan atas ihsan hidup berjiran.
Sebaiknya, buat kemasan menaikkan tembok dengan sempurna. Plaster dan cat sekali tembok rumah jiran dengan cantik jika berkemampuan dan mengikut perbincangan bersama.
Paling penting buat ukuran dengan tepat dan jangan bina tembok termasuk ke kawasan rumah jiran.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini dijadikan panduan sebelum merancang untuk menaikkan tembok pagar rumah. Paling penting kata sepakat persetujuan bersama sebelum memulakan sebarang renovasi yang turut melibatkan kawasan jiran.
Perabot yang paling penting dan utama di bilik tidur semestinya katil. Oleh kerana itu lah apabila anda memilih katil pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Jangan hanya memandang atau menilai pada reka bentuk yang cantik semata. Anda harus juga pertimbangkan beberapa perkara lain agar anda tidak menyesal atau tersilap membuat pilihan. IMPIANA kongsikan panduan memilih katil di bilik tidur.
TIP PILIH KATIL
1. Buat ukuran bilik tidur anda terlebih dahulu. Ini penting bagi membolehkan anda mengetehui saiz sebenar bilik tidur anda supaya memudahkan anda mengenal pasti saiz katil pilihan
2. Pilih katil mengikut penataan gaya pilihan anda. Jika menggemari rekabentuk yang ringkas dan mudah, pilih mengikut cita rasa anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
3. Pilih tilam yang betul. Tilam yang betul penting bagi menjamin waktu tidur yang baik dan selesa. Buat perbandingan antara jenama tilam di pasaran yang ada di pasaran. Yang penting, tilam tersebut dapat mempunyai struktur tampungan yang baik.
4. Membeli katil. Luangkan masa yang lebih lama untuk membuat keputusan dalam pembelian katil dan tilam. Seeloknya, jika pasanagn suami isteri, bawa pasangan anda sekali agar turut terlibat sama dalam pembelian.
5. Cari harga yang terbaik. Dengan pelbagai jenama tilam di pasaran, cari jenama dengan tawaran yang terbaik. Begitu juga dengan perabot katil anda. Cari rekabentuk yang benar-benar menambat hati anda pada harga yang berpatutan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Warna dinding bilik tidur boleh mempengaruhi perasaan seseorang. Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai adalah penting bagi menghasilkan suasana yang tenang. Kali ini akan dibincangkan mengenai tips memilih warna dinding bilik tidur.
Tips memilih warna dinding bilik tidur yang dapat mengurangkan tekanan adalah seperti berikut:
1. Warna Biru Air Warna biru mampu memberikan ketenangan kerana warnanya seolah-olah warna langit dan air. Apabila melihat warna biru, tekanan darah akan menurun dan degupan jantung akan stabil.
2. Warna Hijau Lembut
Warna hijau lembut atau hijau kekuningan adalah menenangkan. Hijau juga terapi yang baik untuk mata anda.
3. Warna Merah Jambu Lembut
Warna merah jambu lembut mampu menjadikan ruangan di dalam rumah kelihatan lebih santai dan tenang.
4. Warna Kelabu dan Beige
Warna kelabu dan beige adalah warna neutral. Kelabu juga mampu menampakkan ruang kelihatan lebih luas.
Oleh itu, suasana bilik tidur seharusnya tenang kerana ia adalah ruang untuk kita berehat setelah penat seharian bekerja. Diharapkan perkongsian tips memilih warna dinding bilik tidur ini bermanfaat untuk panduan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang sudah berkeluarga, sudah pasti mempunyai banyak kelengkapan barangan seperti toto atau comforter di rumah. Betul tak?
Apabila kelengkapan barangan ini banyak di rumah, sudah pasti ruang penyimpanan telah banyak digunakan bagi untuk menyimpan barang-barang tersebut dan ia boleh menjadi satu masalah kepada anda yang mempunyai ruang yang sangat terhad di rumah.
Jadi, masalah yang berlaku mungkin telah menjadi persoalan bagaimana cara dan langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
Maka oleh itu, IMPIANA mahu berkongsi dengan anda semua cara paling mudah untuk menjimatkan ruang bagi penyimpanan toto dan comforter di rumah.
Caranya memang sangat mudah dan apa bahan yang cuma anda perlukan adalah plastik sampah hitam, vacuum dan tali getah. Bagaimana caranya, anda boleh menonton video tutorial di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.