Ada sebabnya dan banyak kelebihan bagi pasangan yang baru berkahwin, disarankan memulakan kehidupan berkeluarga dengan membeli kediaman bersaiz kecil atau sederhana dahulu berbanding terus membeli rumah besar.
Baca perkongsian dariapada Dr Azizul Azli Ahmad yang merupakan Pensyarah Kanan Seni Bina, serta Pakar Hartanah dan Kewangan sebagai panduan.
MENGAPA RUMAH KECIL DULU BILA MULA KAHWIN?
Sewaktu pengembaraan Seminar Rumah Lelong baru baru ini, saya jumpa dengan pasangan romantis di Sabah yang dah 15 tahun menetap disana. Mereka berasal dari semenanjung belum pasti tinggal dimana. Indahnya Sabah sehingga mereka tak pasti nak balik atau nak tinggal disana.
Kita semua pernah alami dilema ini.
Membeli rumah dan hartanah menyediakan tiga peluang kepada kita :
1. Sebagai Tabungan ; Jika kita tak bayar rumah RM1200 sebulan, kita pastinya tak akan menabung untuk menyimpan.
2. Sebagai Pelaburan : Hartanah yang baik beri nilai peningkatan tahunan sekitar 8%-10% dari nilai yang kita beli awalnya.
3. Sebagai Pendapatan : Hartanah boleh disewakan dan boleh jadi pendapatan pasif kita. Pastikan hartanah yang sihat dan beri positive cashflow pada kewangan kita.
Kawan kawan,
Mulakan dengan kediaman yang kecil dan sederhana. Lupakan dulu rumah agam macam drama TV3, akan sampai masanya kita ada. Waktu mula kahwin, mulakan dengan kediaman kecil.
Ads
Semakin kecil kediaman kita, semakin besar tabungan kita, makin besar peluang unutk mengembara lihat dunia fana ini.
7 Kelebihan Beli Rumah Kecil Sewaktu Mula Berkahwin
1. Meningkatkan Kupayaan Menabung
Dengan beban kewangan yang lebih ringan, anda boleh menabung lebih banyak wang untuk keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak atau pelaburan.
2. Mudah Untuk Dijual Atau Disewakan
Rumah kecil cenderung lebih mudah dijual atau disewakan sekiranya anda memutuskan untuk berpindah ke rumah yang lebih besar pada masa depan.
3. Kos Permulaan Lebih Rendah
Rumah kecil biasanya lebih murah, menjadikannya lebih mudah diakses bagi pasangan yang baru berkahwin dan mungkin masih dalam fasa awal kerjaya mereka.
Ads
4. Gaya Hidup Sederhana
Rumah kecil mempromosikan gaya hidup yang lebih sederhana dan teratur yang boleh mengurangkan stres dan meningkatkan kualiti hidup.
5. Kos Penyelenggaraan Lebih Rendah
Rumah kecil memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih rendah baik dari segi bil utiliti, kos pembaikan dan penjagaan.
6. Mengurangkan Beban Hutang
Memiliki rumah kecil dapat mengurangkan jumlah hutang yang perlu ditanggung menjadikan pengurusan kewangan lebih mudah dan stabil.
7. Fleksibiliti
Rumah kecil memberikan lebih fleksibiliti untuk pasangan baru berkahwin yang mungkin belum pasti di mana mereka ingin menetap jangka panjang.
IMPIANA: Jadi buat pasangan yang baru berkahwin, pertimbangkan untuk membeli rumah bersaiz kecil di awal fasa perkahwinan. Banyak kelebihannya, berbanding terus membeli rumah berkeluasan besar.
Memilih kemasan lantai bilik mandi adalah jauh berbeza dan lebih rumit berbanding pemilihan lantai pada ruangan yang lain dalam rumah. Salah satu faktor yang hanya terdapat di tandas ialah kuantiti air yang banyak. Jadi pemilihan material yang betul adalah amat penting kerana jika tersilap langkah, lantai anda akan mudah rosak dan tidak tahan lama. Selain itu, dari segi kos, ketahanan, rupa dan lain-lain isu keselamatan juga harus dipertimbangkan apabila memilih kemasan lantai bilik air anda. Jadi mari kita bandingkan bahan-bahan yang sesuai dijadikan kemasan dan lihat material yang mana satu paling sesuai digunakan pada bilik air agar lantai sentiasa selamat dan tahan lama.
JUBIN PORSELIN
Kalis-air, menarik dan kos efektif. Jubin porselin dilihat sebagai pilihan terbaik kerana keupayaan menyerap air dan juga sifat versatile bahan ini yang datang dengan pelbagai design dan saiz. Tetapi perlu berhati hati dengan jubin yang licin apabila basah. Lebih baik pilih jubin yang emempunyai permukaan matte ataupun bertekstur kasar untuk keselamatan.
VINYL
Dengan rupa yang agak menarik dan sifat praktikal, vinyl telah menjadi pilihan popular untuk lantai bilik mandi sejak kebelakangan ini. Sesetengah vinyl juga amat mudah untuk dipasang hinggakan anda boleh DIY. Pelbagai saiz dan tekstur yang terdapat dipasaran juga memudahkan pengguna untuk membuat pilihat bersesuaian dengand tandas masing-masing.
BATUAN SEMULAJADI
Batuan semula jadi sebagai kemasan lantai di bilik air adalah pilihan yang menarik, tetapi hanya jika anda mampu. Terdapat beberapa masalah kelembapan dengan marmar, granit, batu kapur, dan pilihan lantai batu yang lain. Sifat batuan semula jadi yang keras, tahan lama serta memberi impak visual yang menarik dari segi estetika menjadikannya antara bahan yang mempunyai nilai jualan semula yang tinggi.
ENGINEERED WOOD (Kayu Komposit)
Kayu konvensional tidak akan dapat menahan kelembapan sehebat kayu yang berteknologi ini. Dengan asas dan lapisan papan lapis, ia dapat menyelesaikan isu yang sama disamping mempunyai rupa fizikal yang meyerupai kayu sebenar.
LAMINATE
Satu lagi pilihan yang hebat selain engineerd wood adalah lantai laminate yang mempunyai asas cip kayu yang dilapisi dengan kertas resin dengan pelbagai corak kayu. Selain tahan lama dan mampu tahan kelembapan, laminate juga amat mudah dibersihkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca sekarang amat panas dan tidak menentu. Kadangkala waktu malam pun boleh berpeluh. ‘Trick rumah terasa sejuk tanpa penghawa dingin ini anda harus lakukan.
Jadi, untuk menghadapi cuaca panas terik ini, anda boleh cuba ‘trick’ untuk rumah sejuk walaupun tanpa penghawa dingin.
1. Letak bantal kecil dalam peti ais
Anda boleh dapatkan jenis pad bantal kecil in di pasaran. Kegunaannya anda hanya perlu isikan air dan letak di dalam peti ais, kemudian keluarkan ia apabila hendak menggunanya. Jika terlalu sejuk, anda boleh balutkan bersama tuala.
2. Letak kipas sebelah tingkap.
Tujuan letakkan kipas berdekatan dengan tingkap adalah untuk mengeluarkan udara panas yang terkumpul di dalam bilik dan menyerap udara segar dari luar masuk ke ruang bilik.
3. Letakkan kain basah pada kaki
Kaedah paling mudah untuk sejukkan diri anda apabila terasa panas di rumah, adalah dengan melekakan kain basah pada kaki anda. Atau anda hanya perlu merendam kaki ke dalam air sejuk dan duduk berehat.
4. Gunakan Pelembab Udara atau ‘Humidifier’
Pelembap udara boleh didapati di mana-mana pusat membeli belah, ia boleh menambahkan kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya. Jadi boleh letak di bilik tidur ataupun di ruang tamu.
5. DIY penghawa dingin
Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling ataupun letak ais tadi dihadapan kipas meja. Buka kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.
Jatuh miskin selepas bersara? Cukup menakutkan kerana tidak mampu hendak kekalkan gaya sebelum ni. Apa puncanya?
Golongan B40 dan M40 yang dijangka akan mengalami masalah miskin selepas bersara di usia 60 tahun ini kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyara hidup selepas tidak bekerja lagi.
Ada yang berkata duit simpanan KWSP yang disimpan selama ini cukup untuk mereka sara hidup selepas bersara. Di sini tiada perkara yang mustahil dalam kewangan. Buka minda anda semua celik kewangan. Jika anda rasa cukup mungkin tidak untuk jangka masa akan datang dengan segala faktor yang perlu diambil kira.
Harga barang yang meningkat dan banyak lagi kos lain yang akan naik mengikut peredaran ekonomi negara saat itu.
Setelah tamat berkhidmat dan hanya bergantung pada duit KWSP tersebut mungkin akan menggundang anda ke arah kemiskinan saat itu. Apa sebabnya, harga barang dan keperluan hidup yang lain semakin naik dari 5 tahun yang sebelum anda bersara. Jadi, perbelanjaan akan menjadi lain bukan. Bayangkan jika anda hanya mempunyai wang simpanan kurang dari 1 juta ringgit Malaysia, dan anda tidak tahu bila anda akan mati. Mampukah anda menanggung gaya hidup anda sepanjang hayat anda? Bunyi agak keras tetapi ia adalah satu kebenaran yang perlu anda ambil tahu untuk masa depan anda.
Bayangkan bila sudah pencen masih ada rumah yang perlu dibayar, masih ada anak-anak yang nak ditanggung. Peningkan jika anda tidak ada perancangan kewangan yang betul.
Jika yang ‘single’ tidak berkahwin juga belum tentu ia cukup untuk menampung diri anda seorang. Pernahkah anda terfikir jika anda nak pergi bercuti, makan santai-santai bersama rakan-rakan atau nak ke hospital dan klinik. Mana tidaknya bila dah berusia pasti akan ada sahaja nak kena diberi perhatian. Kesihatan nombor satu kan!
Jika anda sudah berusia 50 tahun anda tidak mempunyai:
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!