Kehadiran semut di rumah terutamanya di dapur memang merosakkan pemandangan, terutamanya bila mereka berkumpul di sekitar makanan yang disimpan.
Apatah lagi bila banyak makanan atas meja, habis dihurung semut. Walaupun dah lap meja dengan air sabun dan guna macam-macam cara tetap tak berkesan juga. Sebenarnya ada tip mudah untuk atasi masalah semut ni dengan menggunakan Double Sided Tape sahaja.
Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Ahmad Syahril Mohd ini sebagai rujukan;
Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja, terutamanya musim-musim puasa ni dan nak raye ni. Hanya letak double sided tape di kaki meja, semut tak dapat naik dah, tapi ia boleh bertahan dalam 1-2 minggu sebelum gam double sided hilang. Tapi cukup la sementara nak guna untuk beraya. Habis gam, tampal balik double sided di tempat sama. Boleh je. Setel masalah.
Bahan Diperlukan:
1. Double Sided Tape
2. Gunting
Cara Membuat:
1. Lilit di sekeliling kaki meja.
Ads
2. Pastikan lilit di semua kaki meja.
3. Tanggalkan Double Sided Tape tersebut. Siap!
Ads
Selamat Mencuba!
Menarik tip yang dikongsikan ni. Jadi jika ada masalah semut dekat rumah tu, selalu naik atas meja, boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Beli rumah dan miliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Harga kediaman sekarang juga bukan main mahal jadi pastikan kita membuat pemilihan yang betul.
Fenomena cuaca sekarang memang buat ramai mengeluh, di luar dah tentu panas, duduk dalam rumah pun terasa panas. Malah dalam rumah waktu malam pun terasa bahang. Kalau ini yang dirasa sekarang penyebabnya bukanlah semata-mata kerana cuaca panas tapi juga reka bentuk rumah yang kita duduki.
Untuk yang merancang membeli kediaman seeloknya info perkongsian perunding hartanah Dr. Azizul Azli Ahmad ini dijadikan panduan.
Salah satu pesannya elakkan dari membeli kediaman dengan reka bentuk bumbung yang pendek dan beliau menerangkan sebabnya.
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
1. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
2. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
3. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
4. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
5. Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
6. Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
7. Elakkan beli kediaman moden, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil reka bentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Reka bentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang sedang dalam proses memilih rumah, adalah penting untuk mempertimbangkan nasihat pakar dan mengkaji reka bentuk yang bukan hanya cantik tetapi juga praktikal. Pilihan reka bentuk yang tepat bukan juga memastikan bahawa hartanah tersebut kekal menarik dari segi pasaran di masa akan datang.
Mak Pesan Buat Rutin Kerja Rumah, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang. Ada benarnya pesanan ini. Perasaan tenang dapat diperolehi apabila memiliki kediaman yang bersih dan kemas.
Jangan bagi alasan rumah tidak kemas dan bersih kerana tidak sempat dan letih, seharian bekerja. Sebaliknya jadikan kerja mengemas ini sebagai rutin harian.
Nak rumah cantik tak semestinya kena dekorasi dan perabot yang mahal. Sedangkan rumah biasa-biasa boleh jadi tenang dan cantik kalau sentiasa jadikan rutin buat kerja rumah ini.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu sampah walaupun tak nampak kotor.
2. Sambil sapu tu buang juga sawang yang melekat, jangan menyapu macam orang tak ada mata & tulang.
3. Lapik kaki luar rumah atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun masih simpan nak pakai macam mana. Selipar yang putus pun janganlah disimpan sebabnya sayan nak buang. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
5. Tong sampah cuci, ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nk kemas balik “tak payah masak”.
Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasa berdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam, kelabu asap, kuning merengau kenalah bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
IMPIANA : Ada benarnya pesanan yang dikongsikan ini. Jadikan mengemas rumah sebagai rutin harian.Rumah biasa-biasa pun jika bersih automatik akan rasa tenang, kemas dan cantik.
Tidak membuang sampah hanya sehari pun sudah cukup membuat tong sampah dipenuhi ulat keesokan harinya. Rasa geli melanda, terutamanya bila melihat ulat sampah merayap di lantai.
Bagi mereka yang memang geli, kepanikan akan mula dirasai tanpa mengetahui apa yang harus dilakukan. Terdapat beberapa tip yang boleh digunakan untuk menghapuskan ulat sampah ini.
1. Guna peluntur
Ambil satu cawan peluntur dan campur dengan satu cawan air. Letak dalam botol spray dan sembur pada tong sampah dan juga di kawasan yang ada ulat ini. Semburan ini akan mematikannya.
2. Cuka
Kalau tiada peluntur boleh gantikan dengan cuka, nisbah yang sama tapi menggunakan air panas. Siram pada tempat terdapat ulat ini.
3. Air panas
Jika tiada peluntur dan cuka, boleh siram air panas pada kawasan atau tong sampah terutama di luar rumah yang dipenuhi ulat ini.
4. Bunga cengkih
Boleh juga menggunakan petua bunga cengkih untuk menghapuskan ulat sampah ini. Tumbuk kasar dan tabur pada tempat ulat sampah membiak.
5. Penyembur serangga
Namun jika mahu menghapuskan ulat sampah ini dengan cepat kerana bimbang ia merayap di dalam rumah, boleh gunakan penyembur serangga yang ada di rumah. Cuma penggunaanya agak banyak kerana ulat ini jumlahnya pun banyak.
Selepas semua ulat sampah ini mati, pastikan kita bersihkan tong sampah supaya masalah yang sama tak berulang.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!