Jika tidak kena caranya, bahan mentah seperti ikan, daging atau ayam pasti akan meninggalkan bau hanyir. Hidangan akan jadi kurang menyelerakan jika masakan dengan bahan ini tidak dilakukan dengan sempurna.
Bagaimana bau hanyir boleh timbul? Ikan akan memberi reaksi kimia yang dipanggil trimethylamine oksida iaitu proses pereputan apabila ikan sudah mati dan terdedah kepada udara. Disebabkan itu anda akan terhidu bauan yang kurang menyenangkan terutama ikan lama.
Jadi, bagaimana pula untuk menghilangkan bau hanyir pada bahan mentah? Semak senarai ini :
1. Sitrus (Lemon, Limau, Oren)
Sitrus amat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir secara semula jadi. Ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk.
Caranya, anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan biarkan selama beberapa minit. Cuci bersih dan keringkan menggunakan tisu dapur sebelum sedia dimasak.
Ads
2. Daun Betik
Jika ada menanam pokok betik di halaman rumah, sila manfaatkan daunnya. Selain daunnya dibuat ulam, ia juga berfungsi untuk mengempukkan daging dalam masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun betik, ramas dan ambil airnya. Seterusnya, cuci daging dengan air perahan daun betik dan biarkan seketika, kemudian cuci hingga bersih.
Ads
3. Halia
Halia merupakan herba campuran bahan masakan, mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk apabila dimasak.
Caranya, titik sedikit halia dan lumurkan di atas ikan atau daging dan biarkan selama 30 minit sebelum dimasak. Gunakan halia untuk hidangan stim ikan, bukan sahaja memberi kelazatan malah mampu menghilangkan bau hanyir ikan.
4. Campuran cuka dan tomato
Ads
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir malahan boleh membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Campurkan sedikit cuka bersama air, rendam bahan mentah seperti ikan atau daging di dalamnya dan biarkan selama lima minit. Kemudian, bilas dan keringkan dengan menggunakan tisu dapur sebelum diperap atau dimasak.
5. Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam.
Caranya, parut nanas kemudian gaulkan dengan daging, ikan atau ayam. Biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Selain daripada 409 fasiliti kerajaan yang telah dijadikan pusat kuarantin COVID-19, kerajaan Malaysia juga telah menambah 63 premis lain bagi memenuhi keperluan warga Malaysia yang baru pulang dari luar negara.
Zon kuarantin baru ini termasuklah beberapa hotel ternama seperti Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, Tanjung Rhu Resort di Langkawi, Grand Millenium di Kuala Lumpur, Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya dan Dorsett Grand Subang di Subang Jaya.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri selaku Menteri Pertahanan, rakyat Malaysia yang mahu dikuarantin di hotel 5 bintang yang tersenarai perlu menanggung sendiri pembiayaan mereka sepanjang 14 hari kuarantin.
Berikut merupakan senarai penuh hotel yang dipilih sebagai pusat kuarantin berserta anggaran harga untuk satu malam:
KUALA LUMPUR
Hilton Kuala Lumpur – RM360
Grand Millenium – RM340
Ramada Suites Kuala Lumpur – RM270
Hotel Rayal Kuala Lumpur – RM270
Hotel Impiana KLCC -RM320
The Pearl Kuala Lumpur – RM240
Ibis Kuala Lumpur City Centre -RM190
Furama Bukit Bintang -RM150
Cosmo Hotel Kuala Lumpur – RM150
Hotel Premiera KL – RM179
J-Hotel by Dorsett – RM180
Holiday Inn Express -RM180
Ibis Styles Kuala Lumpur – RM170
Four Points by Sheraton, Chinatown – RM220
Swiss-Inn Kuala Lumpur – RM190
Hotel Plaza Grand.KL – RM110
Silka Cheras – RM100
Ancasa Express@Pudu – RM90
Living at dsulaiman – RM79
SELANGOR
Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan – RM 320
Best Western, PJ – RM170
Hilton Petaling Jaya, PJ – RM230
Hotel Sunway Clio, PJ – RM260
Hotel Sunway Pyramid, PJ -RM270
Qliq Damansara, PJ – RM170
Dorsett Grand Subang, Subang Jaya -RM230
Four Points by Sheraton, Puchong- RM195
Hilton Garden Inn, Puchong – RM160
PUTRAJAYA/CYBERJAYA
Dorsett Putrajaya – RM180
FOX Lite Hotel Dpulze, Cyberjaya – RM150
COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya – RM70
CAMERON HIGHLANDS
The Cool Point, Tanah Rata -RM160
SABAH
Pan Borneo Hotel – RM105
Ming Garden and Residences -RM160
Hotel Monaco Boutique – RM80
SARAWAK
Grand Dormani Rajah Court Hotel -RM90
Hock Lee Hotel and Residences – RM160
Hotel Kuching Park – RM130
LANGKAWI
Tanjung Rhu Resort – RM350
Hotel Adya Chenang – RM110
JOHOR
Hotel Crystal Crown, JB – RM170
Felda Residence Tanjung Leman -RM370
Hotel Hallmark Regency – RM125
Hotel Millesime – RM140
Hotel New York – RM120
Swiss Inn, JB – RM130
Hotel V8, Skudai – RM160
PULAU PINANG
Rainbow Paradise Beach Resort – RM190
Aspek keselamatan di kediaman merupakan salah satu elemen penting yang sering kita terlepas pandang. Seharusnya, perkara ini tidak patut dipandang enteng dan perlu diberi perhatian.
Berapa ramai antara kita yang mempunyai Peti Pertolongan Perubatan atau Medical Kit untuk kegunaan ketika kemalangan berlaku di rumah? Pasti ini antara perkara yang paling terakhir yang ada di fikiran untuk kediaman kerana bagi anda, jika sakit atau cedera, boleh terus ke klinik. Lebih mudah dan terjamin.
Tetapi tahukah anda, antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan seperti demam, batuk, cirit-birit atau gatal-gatal kulit. Jadi, bukankah lebih baik jika kita boleh bantu kurangkan kesesakan dan rawat sendiri penyakit yang tidak kritikal di rumah.
Lebih-lebih lagi untuk anak kecil yang mudah sakit dan sensitif. Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai ragam mereka. Dengan mempunyai medical kit ini dirumah, anda boleh menjimatkan masa dan masalah juga dapat diselesaikan dengan segera tanpa perlu menunggu giliran di klinik dalam keadaan tidak selesa dan lama.
Oleh itu, kali ini melalui posting di akaun Facebook Puan Hani Mynis, Impiana senaraikan kelengkapan yang anda perlukan untuk medical kit anak-anak bagi kegunaan dimasa kecemasan.
PENGURUSAN KESIHATAN : MEDICAL KIT ANAK
Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas . Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.
Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi2 kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita mmg kena usung bawa pergi mana2 dan barang-barang pun kalau boleh cuba utk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut
Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani Jangan lupa label ya.
So, post ni panjang berjela. Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya
Semoga bermanfaat
Masukkan semua dalam satu bekas. Semua hani sumbat dalam ni. Jika pergi berjalan jauh mmg wajib bawa.
Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.
Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secpt mungkin.
Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dlm kit.
Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)
Kat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya. Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya (Gambar kat komen). Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.
Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.
Nasal aspirator Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia.
Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sbb mulut kita org dewasa ada mcm2 bakteria so its unhealthy and unhygienic ?
Cara nak guna:
Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.
Calamine lotion Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi2 masa dia kena ruam panas dulu.
Ubat selsema Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yg belum buka sebagai back up. Sekali dgn cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.
Aloe vera gel Yang ni , magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yg hani rasa magic haha. Sbb banyak kegunaan dia.
Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Hehe utk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best
Paracetemol suppositories Penyelamat! Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.
Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg)
Mosquito repellent patch Benda wajib ada lagi2 kalau bercuti di resort2, bercamping dan kalau balik kampung. Ini sejenis pelekat yg kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yg boleh repel nyamuk.
Berkesan bagi Aqil, utk org dewasa pn boleh letak kat baju dia
Kool fever
Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).
Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga
So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung.
Hansaplast Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak mmg kena adalah benda alah ni. Tetiba je main lari-lari lepas tu jatuh luka kat siku lah lutut lah
Aloclair spray untuk ulser
Hani mula mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena hfmd dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni hehe sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani haha so ni pengganti gel glycerin utk legakan ulser dalam mulut.
Pengetip Kuku
Iv kids
Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sngt untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni utk mcm2 haha utk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yg baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dlm bekas kit aqil ni
Minyak Gamat
Normal saline
Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.
Kalau takda ni kat rumah, option lain guna normal saline yg utk mata dan lens tu. Sama je boleh guna utk cuci luka sebelum tampal hansaplast
Untuk iv kids dan minyak gamat ni hani masuk dlm ziplock kecil baru masuk dlm bekas just takut dia tumpah.
Dan akhir sekali, Oral rehydration salt
p/s : terdapat sesetengah item yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanah bawah 2 tahun
Seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa kedua bermula 1 April yang lalu sehingga 14 April nanti. Ia merupakan tempoh yang kritikal dan mustahak bagi menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Disaat genting ini, kita sebagai masyarakat juga dapat memainkan peranan dalam meratakan lekuk penularan dengan mematuhi arahan kawalan pergerakan.
Jadi, bagi menyokong usaha kerajaan Malaysia ini, IMPIANA nak kongsikan cara sistematik menyimpan dan mengatur stok bahan mentah untuk 3 minggu kehadapan. Selain dapat kurangkan kekerapan untuk keluar membeli barang, ia juga boleh menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak.
Melalui posting di akaun Facebook Puan Naemah Balqis, beliau telah berkongsi cara menyimpan bahan-bahan masakan mentah untuk stok selama 3 minggu. Petua yang telah lama dipraktikkan ini ternyata amat memudahkan dan berguna disaat-saat begini. Jom kita semak.
Simpan Lauk Cara Saya
Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sekali masak. Jangan lupa masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan di tempat beku.
Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Bagi orang yang cakap manis udang akan hilang bila letak air dan disimpan lama, terpulang…kita raikan pendapat berlainan.
Lauk yang diletak air -Udang, sotong, ikan dan ayam. Semua bersihkan siap-siap kemudian simpan lauk yang dah bersih kedalam bekas yang diisi air.
Tak perlu letak air – Daging dan tulang, simpan macam biasa
Bila nak masak, keluarkan bekas lauk kemudian alirkan bawah air paip. Kalau udang atau sotong sekejap je cair tapi kalau ayam akan ambil masa sikit. Jika nak masak esok pagi, malam tu boleh letak kat chiller. Ramai orang buat mcm tu kan…
Simpan Sayur Cara Saya
Isi air dalam bekas sehingga menutupi sayur – Halia, lengkuas, serai
Letakan tisu dibahagian bawah (untuk menyerap air yang menitis kedalam bekas) – cili hijau, limau, bawang putih, bawang merah, daun sup, kacang panjang, cili merah, carrot, timun, petai, kobis, sawi jepun, bunga kobis, brokoli.
Sayur-sayuran tersebut akan tahan lama, Insyaallah. Cuma sawi jepun dan kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi, selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab itu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus, cukup untuk seminggu.
Anggaran Bajet Bahan Mentah
Ayam – RM 36 (2 ekor)
Udang biasa – RM 23
Sotong – RM 36
Ikan Selar – RM 44
Tulang Lembu – RM 23
Ikan Mabung – RM 13
Telur – RM11
Jumlah = RM183.00 (Lauk)
+ RM 31.00 ( Sayur )
Bajet bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya, cuma nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak-mak ni masak. Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak bekerjaya keluar dipagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.
Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni. Saya dah kahwin 14 tahun, baru kawin dulu peti kecik pun saya buat mcm ni jugak..saya letak dalam plastik, tapi tak letak air la bila letak dalam plastik. Cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...