Pengunaan racun serangga kimia memang cepat bertindak balas namun bahaya kepada kesihatan. Oleh itu, bagi anda yang berkebun sendiri, sebaiknya elak penggunaan racun serangga kimia. Terdapat banyak resepi racun serangga yang boleh anda lakukan sendiri dengan hanya menggunkan bahan-bahan yang mudah. Sebelum ini, LAMAN Impiana telah berkongsi 5 resepi racun serangga dengan menggunkan bahan dapur yang mudah [klik sini: 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab]. Kali ini kita tambah lagi 4 resepi mudah untuk mencegah dan merawat masalah serangan serangga kepada tanaman.

1. Semburan minyak
Semburan minyak ini sesuai untuk mencegah aphids, mites dan thrips. Minyak akan meliputi rongga yang terdapat pada kulit serangga sekaligus menghalang mereka dari bernafas.

Bahan-bahan:
1 cawan Minyak sayur
1 sudu besar cecair pencuci pinggan bio-degradasi

Cara-cara:
1. Campur 1 cawan minyak sayuran + 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur). Goncang dengan teliti.
 2.  Untuk menggunakannya, ambil 2 sudu kecil campuran minyak dan sabun dan tambah ke dalam 3.8 liter air. Sembur kawasan daun yang diserang serangga

2. Semburan semambu
Minyak yang dimasak bersama daun neem atau semambu memang antara racun serangga yang terkenal bagi kalangan mereka yang mengamalkan kaedah tanaman organik. Ini kerana, keberkesanan minyak semambu berupaya mencegah dan memusnahkan pelbagai masalah dan serangan dari serangga mahupun kulat. Nak tahu cara untuk hasilkan pati minyak semambu [klik sini] 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab. Siri 2

IKLAN

5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab. Siri 2

3. Tanah Diatom (Diatomaceous Earth)
Tanah diatom merujuk kepada batuan enapan (sedimentary rock) yang terbentuk dari alga fosil (fossilized algae). Tanah diatom menyerap lapisan lipid dari rangka luar serangga lalu menyebabkan kematian mereka akibat kekeringan (dehydration). Ia kebiasannya digunakan untuk memusnahkan siput, ulat, serangga atau haiwan yang mengesot/memerangkak dan semut

Cara menggunakannya;

Taburkan tanah diatom ke permukaan tanah, sekeliling pokok, mahupun permukaan daun untuk mengelakkan serangan haiwan perosak.5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab. Siri 2

5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab. Siri 2

IKLAN

5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab. Siri 2

Peringatan: Sebaik-baiknya memakai sarung muka semasa menggunakan tanah diatom kerana ianya boleh menyebabkan ketidakselesaan pada rongga pernafasan sekiranya terhidu. Ia juga boleh menyebabkan sesak bernafas sekiranya terhidu dengan banyak, selain daripada menyebabkan ketidakselesaan pada kulit dan mata sekiranya terkena.

IKLAN

4. All in one spray
Ia merupakan sejenis semburan campuran

Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu serbuk cayenne
1 sudu cecair pinggan bio-degradasi
3.8 liter air

Cara-cara:
1. Kisar/potong halus 1 bebawang (bulb) bawang putih dan 1 bebawang kecil bawang besar.
2. Campur bahan kisar dengan 1 sudu kecil serbuk cayenne dan biarkan semalaman.
3. Kemudian, tambah 1 sudu besar sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) beserta 3.8 liter air.
4. Sembur pada pokok berkenaan

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI