Pengunaan racun serangga kimia memang cepat bertindak balas namun bahaya kepada kesihatan. Oleh itu, bagi anda yang berkebun sendiri, sebaiknya elak penggunaan racun serangga kimia. Terdapat banyak resepi racun serangga yang boleh anda lakukan sendiri dengan hanya menggunkan bahan-bahan yang mudah. Antaranya:

1. Racun daun tomato
Racun serangga yang diperbuat daripada daun tomato dipanggil tomatine. Kandungan alkaloid yang terdapat di dalam daun tomato berupaya membunuh serangga seperti Aphids dan tungau. 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab

Bahan-bahan:
2 cawan daun tomato
2 cawan air
2 cawan air (digunakan selepas diperam)

Cara-cara;
1. Racik atau koyakkan kesemua daun tomato dan rendam bersama 2 cawan air semalaman
2. Tapiskan daun tomato dari ekstrak daun
3. Tambah lagi 2 cawan air ke dalam pati rendaman daun tomato tadi
4. Sembur campuran racun daun tomato pada keseluruhan pokok termasuk di bawah daun. Racun daun tomato tidak bahaya kepada serangga yang bermanfaat kepada tanaman seperti kumbang kura-kura

2. Minyak bawang putih
Bawang putih memang diperakui anti funggus dan tidak digemari oleh serangga perosak. terdapat pelbagai kegunaan bawang putih di laman. Nak tahu apa kegunaanya, [klik sini]. Bawang putih mengandungi sulfur yang merupakan toksik kepada serangga. Ia berupaya mencegah serangan whiteflies, aphids dan kumbang 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih
2 sudu teh minyak sayura
500ml air
1 sudu teh sabun pencuci pinggan (elak dari menggunakan sabun yang mempunyai bahan peluntur. Sebaiknya pilih sabun yang bebas kimia)

IKLAN

Cara-cara:
1. Campurkan 4 ulas bawag putih yang telah diracik atau tumbuk halus bersama 2 sudu teh minyak sayur
2. Biarkan semalaman
3. tapis atau asingkan bawang putih dari minyak
4. Campur minyak tersebut kedalam kira-kira 500 ml air diikuti 1 sudu teh sabun mencuci pinggan. Simpan campuran minyak bawang putih didalam botol dan semburkan apabila perlu.

Nota: Semburan ini boleh memudaratkan serangga yang bermanfaat untuk tumbuhan. Seeloknya, pastikan tiada serangga bermanfaat semasa menyembur dan sembur kepada serangga perosak sahaja.

3. Semburan cili (Hot papper spray)
Cili mengandungi capsaicin yang menyebabkan kepedasan yang boleh mencederakan serangga seperti semut. Ia berkesan untuk mencegah dan memusnahkan mites dan whiteflies 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab

Bahan-bahan:
2 sudu besar sos cili (cari yang jenis pedas. lagi pedas lagi bagus)
4 sudu besar sos tabasco
1 sudu teh sabun pencuci pinggan

IKLAN

Cara-cara:
1. Campur 2 sudu besar (tablespoon) sos cili (lagi pedas lagi bagus)/4 sudu besar sos Tabasco beserta 1 sudu teh (teaspoon) sabun mencuci pinggan bio-degradasi (elakkan dari menggunakan sabun yang mengandungi bahan peluntur) kedalam 1 liter air.
2. Biarkan semalaman.
3. Sembur apabila perlu.

4. Semburan sabun
Kandungan sabun berupaya mencedera dan merosakkan kulit serangga. Secara tidak langsung ia memberi ancaman kepada sernagga terutamanya yang jenis kecil seperti Aphids, scale, tungau, thrips , whiteflies, kumbang dan sebarang jenis serangga berkulit lembut 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab

Bahan-bahan:
1 sudu besar sabun pencuci pinggan jenis serbuk
3.8 liter air tanpa klorin

IKLAN

Cara-cara: Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan semburkan pada tanaman yang diserang perosak

Nota: Elakkan dari menyembur semburan sabun pada waktu tengahari/cuaca panas. Seeloknya sembur pada waktu awal pagi atau lewat petang.

5. Semburan baking soda
Soda penaik (natrium bikarbonat) telah terbukti mengurangkan serangan kulat powdery mildew pada tumbuhan dengan merencat spora kulat, lalu menghalangnya dari bercambah 5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab

Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar minyak masak sayuran
1 sudu besar cecair pencuci pinggan
3.8 liter air

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati
2. Gunakan terus bancuhan sebagai semburan pada tanaman yang menunjukkan serangan kulat
Nota: semburan soda penaik yang pekat boleh menyebabkan kelecuran pada daun i.e kelihatan tompok hitam pada daun seperti kesan terbakar. Tambah air sekiranya semburan soda penaik anda menjadi pekat.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI