Tahap racun yang terdapat pada tanaman terutamanya sayuran, 99% di sumbang melalui penggunaan racun untuk mengawal penyakit dan serangga perosak. Walaupun anda menggunkan baja jenis kimia, namun tahap kandungan kimianya tidak seperti yang berada di dalam kandungan racun kimia.

Jika anda ingin menjamin makanan terutamanya sayuran yang digunakan tidak mengandungi jumlah kimia yang tinggi, penggunaan racun serangga dari jenis organik amatlah digalakkan.

Terdapat pelbagai cara penyediaan racun organik untuk kawalan penyakit dan serangga perosak yang boleh di lakukan. Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan racun kawalan serangga dan penyakit adalah bawang putih. Selain itu juga, anda boleh gunakan daun neem atau semambu.

Penggunaan racun serangga ekstrak dari daun neem selamat digunakan untuk semua jenis tumbuhan. Ia tidak meninggalkan sisa berbahaya di dalam tanah mahupun tanaman.

Kegunaan Neem Pada Tanaman

Semburan neem menunjukkan ia sesuai digunakan kepada pertumbuhan pokok muda. Minyak ini mempunyai jangka hayat selama tiga hingga 22 hari di dalam tanah tetapi hanya 45 minit hingga empat hari di dalam air. Ia tidak toksik kepada burung, ikan, lebah dan hidupan liar, dan kajian menunjukkan tiada kanser atau penyakit lain kesan dari penggunaannya. Ini menjadikan minyak neem sangat selamat untuk digunakan jika digunakan dengan betul.

Racun Serangga Neem

Ia sangat berguna sebagai pencegah atau penghindar kepada hama dan juga sesuai digunakan untuk serangga lain yang menghisap atau mengunyah struktur tumbuhan. Antaranya:

IKLAN

• Afid
• Lalat putih
• Lalat buah
• Mealy bugs

Bagaimana Penggunaan Semburan Neem

Sesetengah pokok boleh mati disebabkan minyak neem terutama jika digunakan secara tidak terkawal. Gunakan minyak neem pada waktu petang untuk mengelakkan sebarang gangguan ke atas daun dan membolehkan ia meresap ke dalam tumbuhan.

Penggunaan neem oil tidak sesuai digunakan pada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Elakkan penggunaan neem ke atas pokok yang kering disebabkan kemarau atau terlebih air.

Gunakan racun serangga neem seminggu sekali dapat membantu membunuh serangga perosak dan juga kulat dengan cara sembur ke atas dan bawah permukaan bahagian daun.

IKLAN

Bahan-bahan menghasilkan minyak neem:

3 ranting (atau lebih) daun mambu. Jika ada buahnya masukkan juga.
5 sudu kecil bunga cengkih
500ml minyak masak
Pendidih dua tingkat

Langkah Penyediaan:

1. Campur dan kisar dedaun semambu dan bunga cengkih bersama minyak masak sehingga halus.

IKLAN

Buat Sendiri Ekstrak Minyak Daun Semambu Untuk Kawal  Afid, Lalat Putih, Lalat Buah dan Mealy Bugs

2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat (double boil). Gunakan api kecil.

Buat Sendiri Ekstrak Minyak Daun Semambu Untuk Kawal  Afid, Lalat Putih, Lalat Buah dan Mealy Bugs

3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu.

Buat Sendiri Ekstrak Minyak Daun Semambu Untuk Kawal  Afid, Lalat Putih, Lalat Buah dan Mealy Bugs
4. Biarkan ektrak minyak neem sejuk.
5. Tapiskan ke dalam botol simpanan dan sedia untuk digunakan.

Buat Sendiri Ekstrak Minyak Daun Semambu Untuk Kawal  Afid, Lalat Putih, Lalat Buah dan Mealy Bugs

Sumber: https://tanamcili.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI