Cuka antra bahan masakan yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti baking soda. Selain menjadi salah satu pelengkap ramuan dalam masakan, ia juga telah digunakan sejak dulu kala sebagai bahan pencuci dan pembasmi kuman. Sifat alkali yang terdapat pada cuka yang memberi kelebihan untuk menjadi salah satu bahan peluntur dan pencuci alami dan pelembut tanpa merosakan pakaian.

Selain itu juga anda akan mendapat 5 manfaat lain jika menggunakan cuka sebagai salah satu bahan pencuci pakaian

1. Menghilangkan bau hapak

Bau hapa ini terjadi apabila baju yang dicuci tidak segera disidai. jika anda sering mengalami masalah ini, tambahkan 2 sudu cuka putih bersama sabun cucian didalam mesin basuh ketika mencuci

IKLAN

Baca juga: Elak Aroma Memasak Terpengap, Guna Secawan Cuka

2. Melembutkan pakaian.

Tidak semua orang sukakan pelembut pakaian yang mempunyai aroma keras dan kuat. Sebagai pilihan, anda boleh masukkan setengah hingga satu sudu cuka putih untuk bilasan terakhir. Untuk penambah aroma, boleh juga campurkan beberapa titis minyak pati pilihan anda.

IKLAN

3. Membasmi bulu haiwan yang melekat pada pakaian

Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan memang tidak boleh lari dari masalah ini. Walaupun haiwan peliharaan anda sentiasa dirapi, masalah bulu yang melekat terutamanya pada pakaian tidak dapat dielakan. Untuk penyelesaian, tambahakan satu sudu cuka putih kedalam cucian

IKLAN

4. Menanggalkan kotoran degil

Ramai memilih menggunakan peluntur apabila terdapat kotoran yang sukar untuk dibersihkan pada pakaian. Namun, hal ini akana menyebabkan pakaia akan lebih mudah rosak. Mudah je nak bersihkan kotoran degil ni. Hanya sapukan atau sembur cuka putih pada bahagian yang kotor, diamkan selama 10 minit kemudian cuci pakaian seperti biasa

5. Bau rokok yang melekat

Bau rokok yang masih melekat pada pakaian masih boleh mengundang masalah Thirdhand smoke. Ini bermakna, ia masih mengundang bahaya terutamanya bagi anda yang tidak merokok. Cara untuk atsinya, campurkan setengah cawan cuka putih kedalam cucian