Elak Aroma Memasak Terpengap, Letak Secawan Cuka Sebelah Tempat Memasak. Memasak, kalau bau tak semerbak memang tak sah. Kalau aromanya tak terperap, terpengap dalam rumah, tak ape lah. Tapi kebiasaanya makan masa yang lama untuk hilang seperti bau ikan masin. Walaupun pengudaraan baik, hood pun telah di pasang, belum tentu ia dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Melangsir dari website Thekitchen, ada cara lebih mesra, mudah dan murah yang anda boleh gunakan untuk atasi masalah aroma masakkan dari bebas berkeliaran di dalam kediaman anda.
Sebaiknya letak secawan atau semangkuk cuka bersebelahan dengan tempat memasak. Sebagai bonus, biarkan terus cuka di dalam cawan tadi semalaman untuk terus berfungsi sebagai penghapus aroma di dapur anda. Apa logiknya cuka dalam membantu untuk hilangkan aroma atau wap masakan?
Asid asetik dalam cuka meneutralkan bau alkali. Ini bermaksud ia boleh membantu menghilangkan bau masakan dengan murah dan mudah tanpa perlu anda bekerja keras
Selain itu juga, ada sesetengah orang suka semburkan larutan cuka di sekeliling dapur sebelum dan selepas memasak. Cara untuk hasilkan laruta semburan ini adalah dengan campurkan 1 bahagian air dan satu bahagian cuka. Kemudian masukkan ke dalam botol semburan. Bila perlu, boleh lah anda gunakan dengan mudah
Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.
Ads
Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.
KOPI HILANGKAN BAU AMIS
Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.
Ads
BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI
Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.
ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH
Ads
Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.
KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI
Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.
Menurut Society for General Microbiology, Sesetengah bakteria akan membiak setiap 20 minit apabila habitat yang tersedia mempunyai suhu dan nutrient yang diperlukan. Sebab itu, tanda-tanda penyakit mudah dan cepat kelihatan sejurus jangkitan berlaku.
Antara jenis bakteria yang terdapat di dalam kedaiaman yang akan menyebabkan sakit adalah seperti berikut:
–Staphylococcus aureus (staph)
-Kulat
-Salmonella
-Escherichia coli (E. coli)
Menurut National Sanitation Foundation (NSF), bakteria dan kadar pencemaran paling tinggi dijumpai di ruang penyimpanan dan penyediaan makanan. Ini bermakna, dapur anda adalah habitat sepurna pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Lebih 75% bakteria dijumpai terdapat pada span pembasuh pinggan dan kain lap terdiri daripada Salmonella dan E. coli. Selain itu, antara perkakas dan peralatan dapur yang perlu kerap dicuci adalah:
– Papan pemotong – Peti sejuk – Sinki dapur –Counter top – Mesin pembancuh kopi
Cara untuk membersihkan perkakas dapur yang tercemar:
1. Gunakan tisu lembap yang dilengkapi dengan bahan anti bakteria seperti wet tisu untuk membersihkan permukaan countertop
2. Rendap span di dalam air panas beberapa minit untuk membunuh kuman 3. Jangan biar span terendam di dalam air walaupun air sabun. Kondisi lembap pada span akan menggalakkan pembiakkan bakteria
4. Lap lantai, dinding, counter top dengan menggunkan air suam yang dicampur sesudu bahan peluntur 5. Tukar kain tuala dapur setiap minggu
6. Cuci tangan selepas dan sesudah penyediaan makanan 7. Seminggu sekali, bersihkan peti sejuk dengan menggunakan bahan pembasmi kuman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam kesibukan urusan kerja harian, pemilik mahu menikmati keselesaan menghuni kediaman semaksimum mungkin. Limpahan pemandangan hijau di luar berganti pula dengan limpahan kemewahan nuansa champagne dan kuning keemasan di ruang kediaman. Pilihan skema warna utama ini tidak dapat lari dari dikaitkan dengan warna bertuah atau feng-shui pemilik kediaman.
Garapan baik bertunjangkan nostalgia silam dan gaya hidup moden hari ini maka terhasil lah konsep kediaman Transitional Colonial atau Transisi Kolonial menurut pandangan pereka.
Keseluruhan skema ruang dalam kediaman ini tidak lari dari warna mewah kuning kekemasan dan champagne. Dua warna yang menggambarkan cita rasa mewah pemilik tetapi diluahkan dalam keadaan terkawal. Memang menggetarkan jiwa tatkala melihat kebijaksanaan pereka dan juga gabungan idea pemilik mengadunkan warna sokongan lain seperti biasan warna kuning jingga (amber), gangsa, tembaga dan putih berserta perincian warna-warna gelap yang mana semua ini mengizinkan setiap item yang dihias menyerlah dengan cara tersendiri.
Nostalgia Silam Inspirasi Sofistikated
Menurut pereka, konsep yang dibawakan ini adalah adunan era lama penuh nostalgia dan inspirasi gaya sofistikated semasa pada item dekorasi lain seperi perabot dan aksesori.
Ruang dalam kediaman yang agak luas membolehkan Francis melakukan eksplorasi idea dengan lebih mudah. Keterbatasan ruang bukan lah halangan yang perlu ditempuhi. Berpegang kepada sentimen era nostalgia silam, gambaran kemewahan dizahirkan di ruang tamu menerusi fabrik langsir sutera keemasan sehinggalah ke hamparan karpet parsi berwarna lembut. Menyempurnakan visual pula, beberapa perabot reka bentuk klasik seperti meja, kerusi tub dengan fabrik bermotif maze dan bangku lounge Cleopatra. Apa yang pasti , tetamu yang berada di sini akan berasa sangat selesa.
“Apa yang dapat kita lihat ini adalah juga gambaran personaliti pemilik yang suka mengembara ke serata dunia dan gemarkan gaya hidup mewah,” terang Francis
Ruang-ruang hebat
Menjelajah ke ruang yang lain, kediaman ini dilengkapi dengan lima buah bilik tidur dan setiap bilik pula mempunyai bilik air sebagai kemudahan terbaik buat penghuni mahu pun tetamu. Setiap bilik mendapat sentuhan eksklusif dan Francis berjaya mengangkat visual setiap bilik tidur ini dengan gaya bilik tidur hotel lima bintang! Pilihan perabot utama seperti katil bersaiz dempak di bilik tiudr utama begitu mengujakan. Apa tidaknya kepala katilnya sahaja direka tinggi menggunakan fabrik berspan padat yang turut menjadi titik fokal ruang ini. menambah keterujaan apabil bilik air utamanya cukup selesa dan dilatari cermin muka besar berbingkai emas. Rekaan mewah diteruskan kepada ruang mandi yang boleh memuatkan dua orang serta lengkap dengan tub mandian. Dengana garapan seperti ini, pemilik tidak lagi perlu untuk ke hotel semata-mata ingin menikmati lena yang selesa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pembuka Tahun Baru Rezeki Duduk Rumah Sendiri, Mahligai Putih Bersih Konsep Moden Inggeris. Tahun baru 2025, diharap dapat meluaskan lagi rezeki dan merealisasikan impian setiap pemilik kediaman. Jika sebelum ini hanya tinggal menyewa, semoga tahun ini mempunyai rezeki untuk memiliki rumah sendiri.
IMPIANA tumpang gembira dengan perkongsian daripada Fayya Fieya Fozan ini. Pembuka rezeki tahun baru 2025, baru sahaja berpindah dan dapat tinggal di rumah impian yang diimpikan selama ini setelah sekian lama menyewa.
Cukup cantik dan selesa untuk seisi keluarga berteduh. Rumah banglo setingkat dengan keluasan 1,656 kps, dibina dengan tema hitam putih dengan konsep moden Inggeris. Pemilihan rona putih merupakan pilihan tepat yang mampu menjadikan ruang tampak lebih luas dan lapang serta mudah digandingkan dengan sebarang warna bagi dekorasi rumah.
Rezeki Tahun Baru
Pembuka tahun baru, syukur alhamdulillah. Nikmat rezeki Allah swt bagi untuk kami berteduh terima kasih buat husband tercinta M Adam Mazilam hadiahkan mahligai putih bersih buat mummy dan anak-anak.
Design rumah ni plan dari abah- father in law yang ada pengalaman berpuluh tahun dalam ID. Yang mana berminat nak buat plan rumah, kedai masjid ke apa-apa la boleh rojer-rojer deh. I share nanti.
Dulu menyewa sekarang baru dapat rasa duduk rumah sendiri. Alhamdulillah.. syukran ya Allah.
White house memang impian semua yang sukakan puteh. Boleh ‘match’ dengan semua color. Design minimalist menjadi pilihan kami.
Saya doakan yang like dan share posting ini yang masih idamkan untuk memiliki rumah idaman nanti dapat jugak anda miliki. amin.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Fayya Fieya Fozan & M Adam Mazilam Usia Kediaman: Januari 2025 Konsep: Moden Inggeris Lokasi: Kelantan Keluasan Kediaman: 1,656 kps Kos Binaan Rumah: RM230k (Tak termasuk harga tanah & perhiasan rumah) Jenis Kediaman: Banglo Setingkat Spesifikasi Ruang: 4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur, beranda, ruang keluarga.
*Kod Cat: Jotun Majestic 01 White & Jotun Tar 5366
IMPIANA: Cantik rekaan dan dekorasi rumah ini, semoga menjadi inspirasi buat yang berhasrat untuk memiliki rumah impian sendiri.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.