Jenis sofa barik polos air, memang mudah memerangkap kotoran dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun dijaga rapi, lama-kelamaan warna yang indah bertukar menjadi kepam. Cara terbaik nak sofa lama nampak baru adalah dengan mencuci. Cuci pun bukan sebarangan, perlu upah profesional. Tapi ada cara mudah dan jimat yang dikongsikan di Facebook Bam Aini.
Haritu survey tukang cuci sofa.. Dia bagi harga RM120 servis cuci sofa dtg rumah.. Hampir2 nak guna tukang cuci.
IKLAN
Adik beli 1 tin sbb nak try cuci seat kereta. Saya pinjam. Buat sikit kat sofa tgk2 menjadi. Pergi Eco beli sendiri. 1 sofa guna 2 tin setengah je. tapi selalu habis stok. Apa kata beli je dekat shopee RM 3 sebotol. Klik link ni kalau nak beli terus https://invol.co/cl3tpex
IKLAN
Tak payah sental sangat pun kalau guna berus baju jenis macam tu. Berus dia lembut. Spray bahagian mana nak dicuci, biar foam tu nyerap sekejap, dah boleh memberus. Siap berus, lap-lap manja guna kain. Tunggu je sofa kering sendiri
IKLAN
Sebelum spray, goncang dulu.. Masa spray, tutup idung sebab aromanya macam menyegat
IMPIANA tertarik dengan video yang berdurasi 1:09 minit ini. Melihat kebun sayur Tunku Azizah yang rapi dan cukup sempurna. Kebun sayur ini juga boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua mula bercucuk tanam dihalaman sendiri.
Seperti mana yang IMPIANA selalu kongsikan tidak semestinya mempunyai laman yang luas sebegini rupa baru boleh bercucuk tanam. Boleh mula bercucuk tanam di dalam pasu dan planter box yang sesuai dengan ruang kediaman anda.
Sebelum kita lihat video kebun sayur Tunku Azizah, Jom join komuniti GENG LAMAN IMPIANA di TELEGRAM
Mesin basuh air perlahan? Masalah ini kebiasaanya berlaku pada mesin basuh yang dah berusia. Tapi tak mustahil juga bagi yang baru. Walaupun dah bukak tap air maksimum, air yang masuk ke dalam mesin basuh masih perlahan. Kalau dah perlahan, lambat penuh dan lambat lah selesai mencuci. Apa yang perlu anda lakukan?
Wireputus.blogspot.com berkongsi cara-cara mudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri. Tak susah pun.
1. Tutup saliran air ke mesin basuh dan bekalan elektrik.
2. Cabutkan hos saliran air pada mesin basuh
3. Cabutkan penapis air pada soket hos. Untuk lebih mudah, gunakan playar tirus. jangan cungkil nanti koyak
4. Kebiasaanya, air tak boleh masuk di sebabkan penapis soket ni dah tersumbat dengan kotoran. Bersihkan dan pasangkan semula. Jika penapis bersih, tapi air masih perahan masuk ke mesin. Boleh ke langkah seterusnya.
5. Buka skru penutup panel bahagian inlet mesin basuh
6. Cabutkan soket elektrik pada water valve. Lain mesin basuh, mungkin lain bentuk valvenya terutama jenis front load. Untuk mesin basuh LG dan Toshiba, bentuk valve sama macam ni.
7. Ini lah bentuk water valve mesin basuh. Komponen ini tidak di skru atau lekat pada badan mesin. Jadi boleh tarik keluar terus
8. Buka skru yang menyambungkan valve dan kotak ai
9. Bawa valve yang telah dibuaka tadi ke kedai alatan ganti . harga lebihkurang RM 30 atau boleh beli online lebih murah (klik sini untuk beli valve RM 19.00)
10. Pasang kan semula semua bahagian seperti asal. SIAP!
Kalau nak upah orang untuk buat, harganya dekat RM 200 ni
Memang sedap makan makanan ketika hangat. Mak-mak dulu pun selalu pesan, kalau makanan dah sejuk, panaskan dulu sebelum makan. Tapi, ada satu makanan yang lebih sesuai dimakan ketika sejuk. Sejuk di sini tidak lah bermaksud sejuk beku. Tapi sejuk pada suhu bilik.
Sekali lagi, Fatimah Salim berkongsi tip makanan di dalam group Makmal Makanan (MaMa). Kali ini, mengenai kebaikkan makan nasi sejuk
Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.