Memng seronok tengok rama-rama datang memeriahkan laman. Ia bukan sekadar menjadi tetamu malah menjadi agen pendebungaan. Tapi, ada satu masalah yang ramai pekebun, petani atau pemilik laman paling tak suka iaitu apabila tanaman gondol di makan beluncas. Ulat bulu atau beluncas merupakan satu kitaran hidup sebelum menjadi seekor rama-rama atau kupu-kupu yang cantik.

Tapi, jangan khuatir. Ini tidak bermakna tanaman anda mati. Pokok yang baru lepas dimakan beluncas akan tumbuh tunas baru malah lebih cantik. Cuma sakit lah hati dan mata tengok pokok yang dititip cantik tiba-tiba gondol. Terdapat beberapa langkah dan cara untuk mengatasi masalah serangan ulat beluncas tanpa menggunakan racun kimia. Antaranya ialah:

1. Kutip menual
Secara amnya, ulat bulu atau beluncas amat mudah dilihat dengan mata kasar. Namun ada beberapa spesis yang sukar dikesan kerana warnanya akan menyerupai daun atau tanaman yang diserang. Jadi, jika anda kesan bahagian pucuk tiba-tiba lenyap, segera periksa pada keseluruah pokok termasuk bahagian bawah daun. Kebiasaany, beluncas menyerang bahagian pucuk. Bila dah kenyang, ia akan bersembunyi di bawah daun. Kalau perasan kehadirannya, kutip secara manual dan letakkan di dalam larutan air sabun untuk mematikannya.5 Cara Elak Tanaman Anda Diserang Beluncas Tanpa Guna Racun Serangga

5 Cara Elak Tanaman Anda Diserang Beluncas Tanpa Guna Racun Serangga

Cara ini memerlukan ketelitian dan tuntutan masa. Anda perlu sentiasa periksa dan kenal pasti sebarang perubahan fizikal tanaman. Jika tidak, pokok boleh gondol bila dibiarkan sahaja.

IKLAN

2. Pasang jaring
Kenalpasti tanaman yang selalu berpotensi menjadi tempat persinggahan kupu-kupu dan rama-rama. Selepas itu, pasang kan jaring pada keseluruhan pokok bagi mengelak dari disinggah rama-rama. Pastikan jaring yang digunakan bersaiz kecil dan tidak mampu dimasuki rama-rama. Namun, jangan jaring pada tanaman yang memerlukan agen pendebungaan seperti lebah. Nanti pokok tak berbuah pula

3. Menarik pemangsa
Burung dan tabuan adalah ancaman utama kepada ulat beluncas. Untuk mengatasi masalah serangan beluncas secara biologi, apa kata jemput haiwan pemangsa ini untuk datang ke laman anda. kalau nak tarik kehadiran burung, anda boleh sediakan bekas minuman dan mandi (birdbath) serta sediakan makanan. Mankala kalau nak menarik kunjungan lebah, tanambeberapa tanaman yang menjadi kegemaran seperti jintan manis, ketumbar, lobak merah, parsley dan saderi. Biarkan tanaman-tanaman ini berbunga. Biji benihnya nanti boleh lah disemai untuk dijadikan benih. Sementara itu, bunganya diminati lebah5 Cara Elak Tanaman Anda Diserang Beluncas Tanpa Guna Racun Serangga

5 Cara Elak Tanaman Anda Diserang Beluncas Tanpa Guna Racun Serangga

IKLAN

4. Rancang tanaman
Elak tanam, tanaman yang diminati ulat beluncas secara berdekatan atau bersebelahan. Seperti contoh pokok sitrus dan durian belanda. tanaman ini amat digemari oleh rama-rama untuk dijadikan tempat bertelur. Oleh itu, elakkan untuk menanaman tanaman ini secara berkelompok atau dekat untuk mengurangkan risiko terhadap tanaman yang lain.

Selainan itu juga, apa kata anda amalkan kaedah tanaman companion untuk mencegah kehadiran serangga perosak termasuk beluncas. nak tahu tanaman yang sesuai di jadikan sebagai companion plant [klik sini]

5. Racun serangga organik
Bila terdapat tanda-tanda serangan ulat beluncas, segera ambil tindakkan. Jika pencarian sudah selesai dilakukan. semburkan seluruh tanaman yang diserang dengan racun serangga. Antara racun serangga yang kerap menjadi pilihan adalah campuran cili dan bawang putih. Selain itu juga anda boleh cuba beberapa resepi racun serangga lain yang mujarab. Namun perlu diingat. Semburan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuklah bahagian bawah daun.

IKLAN

5 Racun Serangga Mudah Hanya Guna Bahan-Bahan Dapur Yang Mujarab

Resepi Racun Serangga Untuk Cegah Bena Dan Koya Dari Daun Bangun-Bangun Betul-betul Berkesan

Ini Resepi Mudah Buat Sendiri Racun Organik Untuk Halau Serangga Pemakan Daun

5 Cara Elak Tanaman Anda Diserang Beluncas Tanpa Guna Racun Serangga

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI