
Penghalau serangga multi purpose ini mampu mengawal kehadiran hampir kesemua jenis serangga perosak. Ia merupakan gabungan bahan organik seperti bawang, cili dan cecair sabun. Anda boleh menggunakan semburan ini terhadap serangga yang pemakan daun. Larutan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata manusia. Oleh itu, pakai sarung tangan dan jarakkannya daripada mata dan hidung semasa menggunakannya.
Bahan –bahan
Botol penyembur
Kain sebagai penapis
Mangkuk bancuhan
2 biji bawang
2 biji cili
1 labu bawang putih
1 sudu sabun cucian cecair
Kaedah penyediaan
Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar, tambahkan air dan kisar sehingga hancur kesemuanya. Kemudian, tapis bahan ini menggunakan kain dan tambahkan sabun cecair ke dalam air yang telah ditapis. Kacau sebati. Sembur larutan ini pada tanaman di bahagian atas dan bawah daun. Larutan ini boleh digunakan setelah seminggu disimpan di tempat tertutup di dalam peti sejuk.
Nak Bina Gazebo Cantik Macam Dekat Kedai Ini Yang Anda Wajib Tahu

Sekiranya anda membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri, berikut merupakan langkah-langkah asas membina sebuah gazebo. Apa yang penting sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan, pastikan jumlah bahan-bahan yang diperlukan adalah mencukupi bagi mengelakkan anda berulang-alik ke kedai bahan binaan. Di samping itu, pastikan juga semua peralatan berkeadaan baik dan tajam. Perlu diingatkan bahawa sesebuah gazebo mempunyai komponen asas seperti tiang, lantai dan bumbung. Walaupun pada mulanya ia dianggap sukar, seseorang perlu mengambil pendekatan berhemah langkah demi langkah dan bekerja dengan penuh minat serta berupaya membuat anggaran
- Menyediakan Ukuran di Lokasi
Langkah pertama adalah menyediakan reka bentuk gazebo yang diingini. Setelah mengenal pasti lokasi dan tanahnya rata, anda perlu menandakan kedudukan rangka gazebo, sebagai contoh, berbentuk segi empat sama, menggunakan kepingan kayu dan tali.
Ukur pepenjuru dan ubah kedudukan kepingan kayu tersebut sehingga sama. Pastikan setiap penjuru bersudut tepat.
- Menyedia Lubang untuk Tiang
Ada beberapa teknik untuk memastikan tiang-tiang kayu tegap dipasang di tempatnya, sama ada menanamnya ke dalam konkrit ataupun menggunakan besi. Sekiranya anda memilih menggunakan konkrit, anda perlu menggali lubang sedalam 2-3 kaki. Padatkan lubang tersebut dengan 2 inci lapisan batu kerikil dan curahkan 4 inci lapisan konkrit. Selepas itu masukkan tiang-tiang tersebut ke dalam lubang itu dan isi bahagian lubang yang terdedah dengan konkrit sehingga penuh dan ratakan ke aras tanah.
Guna penyukat timbang cecair bagi memastikan keempat-empat tiang tadi betul-betul di dalam garisan selari dan rata. Biarkan konkrit membeku sekurang-kurang bagi tempoh 48 jam sebelum memasang tiang 4 x 4 inci.
Setelah lubang tersebut diisi dengan konkrit, pastikan tiang-tiang tadi diletakkan penyokong di kedua arah bagi mengelakkan ianya bergerak dari kedudukan asal.
- Rangka Lantai Gazebo
Langkah berikutnya, guna 2 x 6 inci kayu untuk membina rangka lantai gazebo. Adalah mustahak kayu rangka dipasang dengan jarak 16 inci antara mereka. Ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada beban yang terhasil daripada kepingan lantai kayu dan untuk menghasilkan struktur yang kukuh.
- Memasang Perabung lantai
Bagi memasang perabung lantai kepada rangka kayu, anda mempunyai dua pilihan. Sama ada menggunakan skru berukuran 4-5 inci dan ditebuk terus ke perabung, atau menggunakan besi sokongan perabung.
Adalah disarankan supaya pemasangan perabung menggunakan besi sokongan kerana lebih mudah dilakukan.
Seterusnya, anda perlu memasang kesemua 4 x 4 inci tiang yang akan menjadi penyokong bahagian atas dan binaan bumbung. Sekiranya anda sebuah gazebo yang kukuh, anda disarankan supaya memasang tiang-tiang tersebut ke perabung lantai dengan menggunakan paku-paku bersaiz 6 inci.
Tumpukan perhatian semasa melakukan tugas ini dan pastikan tiang-tiang tegak sebelum memasang paku. Sebagai tambahan, guna pita pengukur bagi memastikan tiang tersebut berkeadaan simetri.
- Memasang Lantai Gazebo
Selepas kerja-kerja menyiapkan rangka untuk lantai dan memasang tiang-tiang, anda perlu memasang lantai sama ada mengguna kepingan kayu berukuran 2×4 inci atau pun 2×6 inci. Anda disarankan supaya mendapatkan kepingan lantai khusus untuk kegunaan luar rumah. Ini bertujuan untuk mengelakkan lantai tersebut dari dirosakkan oleh titisan air.
Semasa kerja-kerja memasang lantai, anda dinasihatkan supaya meletakkan sebatang paku di antara kepingan lantai bagi mendapatkan jarak konsisten di antara satu sama lain.
Untuk kerja memasang lantai menggunakan paku. Seelok-eloknya sediakan lubang terlebih dahulu sebelum memasukkan paku. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan skru, anda boleh terus memasang skru tanpa menyediakan lubang terlebih dahulu, tetapi saiz skru hendaklah bersesuaian.
Anda disarankan menggunakan 2 batang skru di setiap hujung kepingan lantai bagi memastikan struktur betul-betul kemas.
- Memasang Perabung Bumbung Gazebo
Memasang bumbung gazebo boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Teknik pemasangan kali ini memerlukan hanya sedikit sahaja bahan binaan tetapi gazebo masih kelihatan kukuh. Langkah pertama adalah memasang perabung di bahagian atas kesemua tiang-tiang kayu 4 x 4 inci tadi.
Guna perabung berukuran 4 x 4 inci dan pasangkan secara profesional. Dapatkan bantuan untuk memegang hujung perabung di kedudukan sepatutnya semasa anda memasang skru.
Anda dinasihatkan supaya menggunakan teknik yang betul semasa menyambung perabung di bahagian atas tiang. Potong hujung perabung ke bentuk L dan gabungkan kesemuanya di bahagian atas tiang tadi. Setelah kerja tersebut selesai, ketatkan sambungan ini menggunakan skru.
Anda disarankan supaya memasang kesemua perabung kerana ini akan meningkatkan tahap kekuatan pembinaan.
.
- Memasang Rangka Bumbung Gazebo
Seterusnya pasang 2 x 4 inci perabung sokongan untuk dijadikan rangka utama bumbung. Langkahnya senang sekiranya anda menggunakan teknik pemasangan dan perkakas yang betul. Pertama, potong 6 x 6 inci tiang utama (4 inci tinggi) dan pasangkannya dengan menyambung 2 perabung sokongan yang bertentangan dengan 4 inci skru (memastikan perabung sokongan tersebut dilekatkan kepada tiang utama).
Semasa proses pemasangan, anda dinasihatkan menggunakan tangga. Pastikan tangga tersebut diletakkan di atas permukaan yang kukuh.
Kemudian, pasang kesemua 2 x 4 inci perabung tambahan. Lakukan dengan teliti dan pastikan perabung tambahan ini dipasang secara simetri. Sambungkan ke perabung atas dan ke tiang utama dengan beberapa biji skru berukuran 4 inci.
Sekiranya anda tidak suka reka kepada bentuk rangka tersebut, anda berpeluang melaraskan saiz dan ketinggian bumbung bagi memenuhi kehendak dan cita rasa anda.
Top of Form
- Memasang Bumbung Gazebo
Banyak kaedah memasang bumbung. Anda boleh menggunakan 2 x 4 inci kepingan kayu, kepingan-kepingan plywood atau kertas bumbung. Sebarang kaedah yang digunakan, anda disarankan supaya menggunakan skru yang sesuai dan dipasang dengan jarak 10 inci di sepanjang perabung.
Selepas memasang kepingan kayu atau kepingan-kepingan plywood, anda boleh memilih untuk menggunakan shingles, kepingan konkrit atau zink sebagai bumbung.
Pilihan bahan juga bergantung kepada keperluan dan cita rasa anda sepenuhnya. Berhati-hati semasa kerja-kerja memasang dan pastikan paku tidak menembusi atap bumbung (sila guna paku bersaiz ½ inci sahaja).
Akhirnya, tampal setiap lubang atau rekahan menggunakan penyumbat kayu dan biarkan ia beku. Gosok permukaan gazebo kayu anda dengan kertas pasir sederhana halus dan lindungi struktur binaan ini dari dimusnahkan oleh air dengan menyapu lapisan varnish.
Sentuhan Terakhir – Mengecat Struktur Gazebo
Anda boleh menyapu cat kepada semua struktur kayu mengikut pilihan warna yang anda suka. Sama ada untuk kelihatan sedondon dengan kediaman anda atau warnakannya dengan rona terang bagi memperlihatkan dominasi ruang. Walau apa tujuan sekali pun pastikan anda menggunakan cat yang sesuai untuk kegunaan luar. Lapisan cat membantu melindungi kayu, seterusnya memanjangkan hayat struktur tersebut.
Membina sebuah gazebo yang sempurna adalah sesuatu yang subjektif. Untuk itu anda disarankan supaya memilih reka bentuk dan saiz sebelum memulakan urusan pembinaan, mengikut keperluan dan cita rasa anda.
Tangan Panas Tangan Sejuk, Mitos atau Realiti

Penulis: Muhamad Adli Salihin bin Samsudin @ Abg Edd
Jabatan Pertanian Malaysia

Berlaman ataupun berkebun merupakan salah satu aktiviti yang berfaedah dan sangat memberikan manfaat yang baik kepada kita semua. Selain daripada menanam pelbagai jenias tanaman yang kita perlukan, aktiviti ini juga dilhat sebagai satu aktivti riadah dan terapi.
Berlaman juga merupakan satu aktiviti interaksi yang sangat baik. Berinteraksi dengan alam sekitar, bertinteraksi dengan keluarga dan juga rakan komuniti dalam masyarakat setempat.
Namun begitu, terdapat satu ungakapan yang sering menghantui seseorang itu untuk memulakan aktiviti bercucuk tanam dan berlaman, iaitu “Tangan Panas Tangan Sejuk”. Ungkapan ini seringkali digunakan pakai oleh kita jika kita gagal dalam melaksanakan aktiviti berlaman terutama pokok yang kita tanam atau kita jaga, mati. Samada kita hendak memulakan aktiviti bercucuk tanam ataupun pada tanaman kita yang sudah lama di tanam, kemudian tanaman kita mati. Adakah mitos ini benar-benar wujud ? .
Sebenarnya TIDAK ya. Ungkapan “Tangan Panas Tangan Sejuk” memang takde dalam kamus bercucuk tanam. Realitinya adalah, TEKNIK yang betul dalam berlaman ataupun berkebun.
Berikut adalah 10 Teknik yang perlu kita tahu dan kita boleh praktikkan dalam berlaman.
- MENANAM
– Gunakan media tanaman yang betul (tanah campuran)
– Jangan koyakan plastik polibag SEBELUM lubang tanaman di buat.
-Semasa hendak membuka polibag, gunakan pisau yang tajam, jangan rentap polibag tersebut dan buka dgn berhati-hati. Ini bagi mengelakan bebola akar (Rootball) polibag tu pecah berderai dan akar pokok boleh tercedera.
- MENYIRAM
– Kerja penyiraman merupakan aktiviti yang sangat penting untuk laman kita terutama pada musim panas yang terik. Namun waktu yang terbaik untuk melaksanakan aktiviti penyiraman adalah pada awal pagi dan pada lewat petang.
– Elakkan lakukan siraman pada waktu tengahari yang kebiasaannya cahayanya sangat terik. Ini boleh menyebabkan tanaman kita akan lecur kepanasan.
– Jangan siram berlebihan dan jangan siram tanaman kita dengan menggunakan tekanan air yang sangat kuat. Ini boleh merosakan struktur tanaman kita.
- MENGGEMBUR TANAH
-Bertujuan untuk membaiki pengudaraan kepada sistem tanaman kita dengan mengurangkan kepadatan tanah.
– Jangan menggemburkan tanah berdekatan dengan pangkal pokok kerana boleh terkena pada struktur batang pokok dan juga boleh mencederakan tanaman tersebut. Ianya berpotensi untuk pokok kita rosak lalu mati.
- MERUMPAI
– Rumpai juga boleh memberikan persaingan yang tinggi kepada tanaman kita dalam menyerap nutrient, cahaya matahari dan juga air. Jika tidak dikawal dengan baik, mampu menbantutkan pembesaran tanaman kita.
– Merumpai atauapun mencabut rumput liar yang terdapat dalam pasu / batas tanaman kita. Buang atau cabutlah rumpai tersebut dengan berhati-hati dan jangan rentap rumpai tersebut. Akar tanaman kita mudah tercedera jika kita mencabut rumpai dengan tidak berhati-hati terutamanya rumpai tersebut berada berdekatan disekeliling pangkal tanaman kita.
5.MEMANGKAS
– Buang dahan / daun kering / ranting tanaman kita yang telah mati ataupun berpenyakit sebab ianya boleh ganggu kesihatan keseluruhan pokok.
– Bahagian pokok yang cedera / luka , jika tidak dirawat, boleh menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Seterusnya boleh menyebabkan tanaman kita akan rosak lalu mati.
6.MENGAWAL PEROSAK / PENYAKIT
– Aktiviti ini bertujuan untuk memberi rawatan kepada tanaman kita .Untuk mengelakkan serangan perosak dan juga jangkitan penyakit. Kawalan dilakukan samada menggunakan bahan kimia yang dibenarkan ataupun menggunakan bahan berasaskan organik.
– Namun begitu, hendaklah menggunakan kadar bancuhan yang betul dan jangan berlebihan pada tanaman kita. Lakukan secara berjadual dan sistematik.
- MEMBAJA
- MEMBERSIHKAN KAWASAN
- KITARAN PENEMPATAN BAGI PENGGEMAR TANAMAN HIASAN DALAMAN (INDOOR PLANT).
– Bagi peminat Tanaman Indoor, jangan biarkan tanaman kesayangan anda berada terlalu lama dalam rumah anda terutama di kawasan yang tidak terima langsung cahaya matahari.
– Setiap 3 minggu, bawalah tanaman indoor anda tersebut untuk buat ‘sunbathing’ pada tanaman tersebut untuk jangka masa 5-6 hari. Nisbah 3:1 (3 minggu di dalam : 1 minggu diluar) boleh dipraktiskan. Lakukan juga aktiviti penyelenggaraan tanaman pada waktu ‘sunbathing’ ini.
– ‘Sunbathing’ untuk tanaman indoor ini bertujuan untuk membolehkan tanaman ini mengumpulkan semula tenaga dengan melakukan proses fotosintesis. Kaedahnya adalah dengan meletakkan tanaman indoor kita di luar dan kawasan tersebut mestilah menerima cahaya matahari (tidak terlindung) yang baik.
-Walaupun ianya digelar Tanaman Indoor, tanaman bagi tujuan hiasan dalaman ini TIDAK BOLEH berada dalam kediaman kita dalam jangkamasa yang agak lama dengan tidak mendapat/menerima cahaya matahari yang mencukupi. Ini boleh menyebabkan pokok layu, tidak sihat dan berpotensi tinggi untuk mati.
- MENUNTUT ILMU
– Pelajari teknik berlaman serta bercucuk tanam. Proses pembelajaran merupakan proses yang tidak terhad dan tiada batasnya. Sentiasa mempelajari teknik- teknik yang betul dan terkini.
– Dapatkan khidmat nasihat teknikal dari mereka yang berpengalaman pakar dalam segmen berekbun dan berlaman serta jangan sesekali berputus -asa.
Kesimpulannya, tiada istilah “Tangan Panas, Tangan Sejuk” dalam melakukan aktiviti berlaman. Ianya hanyalah terminologi yang boleh membantutkan usaha kita untuk melaksanakan aktiviti berucuk tanam. Ianya sekadar mitos sahaja. Realitinya, pelajari dan amalkanlah teknik yang betul dalam berlaman. Selamat Berlaman.
Bunga Telang Pewarna Asli Hebat Bantu Pulih Batuk Dan Sakit Tekak

Bunga Clitoria ternatea telah dinamakan sebagai ‘Clitoria’ kerana ia menyerupai struktur organ pembiakan wanita. Herba ini telah didapati berkesan dalam merawat gangguan seksual wanita seperti kemandulan, gangguan haid dan lain-lain. Bunganya juga dikenali sebagai bunga afrodisiak yang boleh dijadikan sebagai perangsang seksual. Di samping itu ia juga mampu mengatasi masalah batuk, selesema dan asma. Akar Clitoria ternatea mempunyai nilai perubatan yang besar dan boleh dijadikan dalam bentuk serbuk sebelum dimakan. Malah ia boleh direbus dan menjadi ubat kumur dalam melegakan sakit tekak.
Selain bunganya yang banyak memberi manfaat dan berfungsi sebagai pewarna makanan dan minuman semula jadi, bunga telang ini juga sering ditanam sebagai tanaman memanjat sebagai hiasan di trelis, pergola, pagar dan sebagainya kerana bentuk bunganya yang menarik. Ia sesuai hidup dalam kawasan lembap dan bertanah neutral. Buahnya pula bersaiz 5-7 cm panjang, berbentuk seperti kacang dan berpermukaan rata dengan setiapnya mengandungi 6 hingga 10 biji benih. Ia boleh dimakan apabila masak.
Sebagai spesies kekacang, keistimewaan tumbuhan ini ialah akarnya membentuk satu jalinan simbiotik dengan bakteria tanah dikenali sebagai rhizobia yang mengubah atmosfera N2 ke dalam bentuk yang boleh digunakan oleh tumbuhan, untuk meningkatkan kualiti tanah melalui penguraian tisu yang kaya dengan unsur Nitrogen.
Di Asia Tenggara bunganya digunakan untuk mewarnakan makanan. Dalam masakan Melayu, ekstrak akueus digunakan untuk mewarnakan nasi pulut untuk kuih Ketan (juga dikenali sebagai pulut tai tai dalam masakan Peranakan / Nyonya ) dan dalam nyonya chang . Di Kelantan ia digunakan untuk mewarnakan nasi putih untuk Nasi Kerabu . Manakala di Thailand , minuman biru bersirap dihasilkan serta dipanggil nam dok anchan, kadang-kadang digunakan dengan setitik jus limau manis untuk meningkatkan keasidan dan menjadikan jus berwarna merah jambu-ungu. Dalam masakan Burma dan Thai bunga juga dicelup dalam adunan tepung dan digoreng.
Clotoria ternatea juga tumbuh dengan baik apabila mendapat dedahan cahaya matahari yang cukup iaitu ia sesuai hidup di kawasan yang menerima sinaran matahari penuh dan separa penuh. Pokok ini juga mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat andai ditanam pada tanah yang subur. Kebiasaannya bunga telang ditanam menggunakan biji benih yang boleh didapati daripada buah yang telah merekah. Bunganya berkembang dalam tempoh 7 hingga 11 minggu selepas disemai serta mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Ia juga direkodkan sebagai tanaman yang mudah hidup dan biak asalkan keperluan asasnya seperti cahaya dan tanah subur dibekalkan dengan baik.
Keistimewaan bunga ini yang mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai sumber dalam pemakanan dan mempunyai nilai estetika tinggi sebagai ornamental plants menjadikan ia tumbuhan serba guna yang patut dipertimbangkan sebagai salah satu tumbuhan yang patut ditanam di laman-laman kediaman.