Bagi pasangan yang baru berkahwin atau yang berpindah masuk ke kediaman baru, mesti kewanggan agak terbatas. Almaklum lah, nak masuk rumah baru, banyak duit dah dibelanjakan untuk proses pemebilan. manakala yang menyewa, duit kering dek diposit yang di minta oleh pemilik. Ada tu samapai 3 bulan diposit. Aduh, kering habis. Tapi keperluan tetap perlu disediakan. Kebiasaanya, fokus utama adalah diruang dapur. Tak cukup sekadar penyediaan dapur memasak dan peti ais, ruang penyimpanan perlu disedikan untuk memastikan segala peralatan dan perkakas tersusun. Bukan sekadar tersusun dan selesa diutamakan, ia juga dapat mengelak masalah pencemaran. Oleh itu, perancangan dapur bajet perlu dilakukan.
Jadi, bagi anda yang bajetnya tidak berapa nak ada, ini antara idea dan ilham dapur yang boleh digunkan:
RAK HERBA TAMBAHAN
Herba-herba yang digunakan sangat sensitif. Tidak boleh terdedah kepada kelembapan dan perlu di simpan dengan baik. Bukan sahaja jenis bekas simpanan perlu di titik beratkan, perletakkannya juga menjadi keutamaan. Ramai yang mengambil langkah mudah untuk letak botol-botol herba bersebelahan dengan dapur masak. Salah tu, percikkan minyak dan wap yang terhasil dari proses memasak akan menyebabkan herba yang disimpan di dalam botol boleh rosak. Sebaiknya, sediakan satu rak gantung khas untuk herba. Boleh gunakan rak tahan karat yang kebeiasaanya digunkan di dalam bilik air seperti di dalam gambar di bawah
Jika kediaman yang didiami tidak memiliki kabinet dapur, atau hanya tersedia counter top, anda perlu bijak mengolah untuk menyediakan ruang simpanan. Sebaiknya gunakan kotak plastik lutsinar sebagai pilihan pengstoran. Kenapa pilih kotak lutsinar? Ia memudahkan anda untuk melihat isi kandung yang terdapat di dalam kotak tersebut berbanding yang mempunyai warna solid. Jadi tak perlulah anda membuka dan mencari barang yang diperlukan di dalam setiap kotak
LANGSIR UNTUK KOUNTER
Ads
Ada sesetengah pemaju atau pemilik kediaman telah menyediakan kabinet dapur lengkap ada juga yang hanya menyediakan bahagian counter top sahaja. Untuk memastikan ruang penyimpanan supaya kelihatan kemas di bahagian bawah kounter bukan lah mudah terutamanya jenis terbuka. Sebab itu, ramai yang lebih gamar memilih sistem kabinet bertutup. Namun, untuk menyediakan bahagian kabinet tersebut bukan lah murah, makan ribuan juga. Tambahan, bagi penyewa perkara ini memang tidak berbaloi. Jadi, selain membina kabinet, apa kata tutup bahagian lompong pada kabinet dapur dengan menggunkan langsir sahaja
Perlu bijak mengolah, rak buku sesuai dimanfaatkan sebagai kabinet dapur. Tapi perlu berhati-hati dalam memilih material rak buku. Ada yang menggunakan particle board dan ada juga MDF. Particle board sifat kayu nya lebih kasar namun tidak tahan lama. Berbanding MDF, partikel kayunya lebih halus dan mempunyai peganggan molekul yang lebih kuat. Namun, bagi anda yang merancang untuk membina kabinet dapur hanya besifat sementara dan tidak meletakkan beban yang terlalu berat Particle board sudah memadai. Selain itu juga, rak buku yang bersesuaian boleh di jadikan sebagai counter island
UNIT RAK DINDING
Ruang di dapur perlu di optimumkan terutamanya bagi yang mempunyai saiz dapur yang kecil. Sediakan rak dinding sebagai ruang simpanan tambahan atau rak pameran pinggan. Tak punya bajet yang bayak, beli sahaja bahan dari hardware. Penggunaan rak dinding memberi peluang kepada anda untuk mengolah bukan sekadar kegunaanya malah rekaan yang ingin dihasilkan mengikut kreativiti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, jika anda berhasrat untuk memasang kemasan ‘Vinly’ pada seluruh permukaan lantai di kediaman anda, sudah pastinya anda akan terpaksa berbelanja besar dan menanggung kos modal yang lebih tinggi.
Tetapi, jika difikirkan balik lantai di rumah anda tidak lagi berada dalam keadaan baik dan memerlukan kemasan baharu yang lebih cantik. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut?
Jangan anda bimbang, apa kata menggunakan tikar getah yang bercorak kayu ini sebagai penyelamat dan untuk mengatasi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, tikar getah ini boleh memberikan impak dan kesan yang seakan sama seperti pemasangan kemasan ‘Vinly’ pada permukaan lantai rumah anda. Menarik bukan?
Untuk maklumat anda, tikar getah ini dijual dengan harga serendah RM13.80 sahaja dan anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Basuh baju mesti jumpa macam kerak-kerak hitam. Kenapa? itu menunjukkan drum atau tong mencuci mesin basuh anda dah berlumut. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuci bahagian dinding tiub mesin basuh. Tak susah pun, janji ada perkakas yang tepat.
Walaupun mesin basuh anda ada tatapan “Tiub Cleaning” hasilnya tidak sama seeprti cucian yang Azim Ambak lakukan.
D.I.Y servis mesin basuh auto yang bertahun-tahun belum penah di servis. Nak upah orang, caj sampai RM 150. Baik servis sendiri baru puas hati. Cara buka saya belaajr dari youtube. kena ada special tools juga (rujuk pada gambar). Patutla bila kain baju siap basuh, mesti ada benda melekat, rupa2nya pasal
1. Keadaan drum setelah dibuka 2. bahagian dalam mesin yang juga berkerak 3. Sental perlahan-lahan permukaan drum dengan berus sabut 4. Bahagian dalam badan mesin pun perlu
Spannar yang perlu ada untuk buka mechanism nut didalam tong drum.
Update: tool nie hanya diperlukan untuk brand LG/Panasonic/Samsung sahaja. Manakala brand Sharp/Toshiba/Haier hanya perlu ada spannar T-10 sahaja. Nak beli pembuka skru ni, boleh klik sini https://invol.co/cloqny
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak kira tanaman jenis buah atau berbunga, untuk mendapatkan hasil yang optimum adalah melalui cantasan. Cantasan bukan sahaja dapat menggalakkan pengelurasan hasil, malah adpat pemngawal saiz pokok. Seperti yang dilakukan oleh Pyan Sempoy.
Tips untuk menumbuhkan banyak tunas & cabang baru pokok limau. Apa-apa jenis limau dan pokok yang lain pun boleh ikut cara ni
Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana. Lepastu buang daun hujung-hujung bekas potong tu. Banyak mana nk buang ikut suka juga ya. Lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti. Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja.
Tak percaya?? boleh try sendiri.3 gambar ni sebagai bukti
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.