kesedaran masyarakat terhadap kesihatan nampaknya semakin meningkat. Bukan sekadar penjagaan makanan di titik beratkan malah kelengkapan dan keperluan harian turut di teliti. Almaklumlah, zaman sekarang kebanyakkan penyakit yang hinggap di badan berpunca daripada gaya hidup seharian. Segala yang mungkin bahan semula jadi dan organik difokuskan
Yang paling ketara adalah dalam pemilihan sayuran. Semakin ramai yang lebih cenderung bercucuk tanam sendiri dan mengamalkan cara berkebun organik. Langkah seterusnya yang boleh anda lakukan tapa ragu adalah dengan menghentikan penggunaan pencuci dan peluntur yang kaya dengan bahan kimia. Pencuci dan peluntur yang digunakan harian tanapa disedari meresap melalui kulit dan pernafasan dan lama kelamaan menyebabkan masalah kepada kesihatan badah.
Oleh itu, IMPIANA menyarankan anda untuk menghasilkan pencuci dan peluntur sendiri yang diperakui dapat mengurangkan risiko kepada kesihatan. Antaranya ialah:
DIY SABUN PELUNTUR KOTORAN DEGIL
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan air
1/4 cawan cecair sabun castile
1/4 cawan cecair gliserin sayur-sayuran
5-10 titik minyak pati lemon
Ads
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Sebaiknya simpan peluntur yang telah siap dicampur di dalam botol kaca. Ini disebabkan bekas plastik akan bertindak balas dengan minyak pati yang digunakan
Cara guna:
Bersihkan bahagian yang terkena kotoran dengan tisu terlebih dahulu. Semburkan bahan peluntur pada bahagian kotoran dengan kadar segera dan biarkan 10 minit sebelum dicuci
HOMEMADE SERBUK PENCUCI PAKAIAN
Ads
Bahan-bahan: 1 bar sabun asas tanpa aroma (boleh di dapati di kedai-kedai kraf)
1 cawan baking soda (sebaiknya guna baking soda yang dikhaskan untuk kegunaan mencuci)
1 cawan sodium borate atau borax
20 titis minyak pati lemon atau lavender
Cara-cara:
1. Sagat bar sabun menjadi cebisan halus dengan menggunkan penyagat chees
2. Campul dan gaul rata sabun yang telah di sagat, baking soda dan borax
3. Masukkan pati minyak kedalam bahan campuran dan simpan menggunkan bekas kaca
Cara guna:
Masukkan 2 skop sabun untuk setiap muatan penuh 6 kg basuhan penuh
Ads
HOMEMADE CECAIR PENCUCUI PAKAIAN
Bahan-bahan: 1 bar sabun asas tanpa aroma
1 cawan baking soda
1 cawan sodium borate atau borax
air panas secukupnya
35-40 titik pati minyak lavender atau lemon (bergantung kepada aroma yang diinginkan)
Cara-cara:
1. Sagat bar sabun dnegan menggunkan penyagat chees
2. Panaskan air di dalam periuk dan apabila menggelegak masukkan sabun yang telah disagat tadi
3. Apabila sabun telah cair sepenuhnya, perlahankan api dan perlahan-lahan masukkan baking soda sambil di kacau perlahan
4. Masukkan borah dan kacu rata. Simpan cecair basuhan baju di dalam bekas. tapi ingat, jangan guna bekas plastik
5. Terakhir, masukkan pati minyak ke dalam cecair sabun danb biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di tutup untuk simpan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA selalu pesan. Kalau nak mendekor, tidak semestinya perlukan modal yang banyak. Yang penting bijak mengolah. Seperti yang dilakukan oleh dekor influencer Puan Ogosh Iskandar. Dari dulu Impiana selalu mengikuti perkembangan suri rumah ini dalam mendekor kediaman nya yang bersaiz kompak.
Bukan sahaja cantik dan praktikal, malah kreatif dalam menghasilkan elemen dekor sendiri. Baru-baru ini, ogosh berkongsi DIY rug dari pelapik periuk koil yang di beli dari kedai barangan bajet. Tapi dengan sentuhan magis, pelapik periuk yang berwarna kusam kelihatan lebih ceria dan sesuai dijadikan sebagai alas kaki
Kos untuk menghasilkan rug ini kurang dari RM50 sebab yang perlu di beli adalah pelapik periuk. Benang, saya gunakan apa yang ada dalam simpanan sahaja. Kalau nak kira kos alas periuk tu sebenarnya modal saya adalah RM35 sahaja
BAHAN-BAHAN:
Pelapik periuk (kuantiti ikut saiz yang diperlukan. pelapik ni boleh DIY sendiri juga dengan menggunakan tali)
benang kait
pom-pom
jarum
gam fabrik
benang jahit
Cara-cara:
Jahitkan benang kait pada coil mengikut kreativiti anda
2. Selesai menjahit benang kait mengikut corak yang menarik, cantumkan setiap kepingan
3. Untuk lebih menarik, pasangkan pompom pada beberapa bahagian coil
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gazebo sebenarnya sudah lama berada di laman-laman rumah masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi. Jika dulu lebih dikenali sebagai pangkin dan sangat popular kerana ia adalah lokasi duduk santai ketika petang.
Tapi siapa sangka, rupanya Gazebo ini boleh dibina sendiri. Lelaki bernama Abu Kasim Md Jani ini berkongsi yang beliau hanya berbekalkan carian di Google dan panduan dari tukang untuk menghasilkan gazebo seperti yang diinginkan.
Bagi yang nak cuba, perkongsian beliau boleh dijadikan rujukan.
DIY gazebo, beranikan diri buat
First time buat gazebo. Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad buat saja. Memang puas tanya tukang, tengok gazebo orang dan Google. Beranikan diri jer buat.
1.Penyediaan tapak, tambak dan ratakan tanah.
2.Buat tapak. Tiang batu beli 2 batang, potong dua.
3.Tegakkan tiang, letak saja kayu atas tiang batu. Tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang kayu tak bergerak.
4.Buat rangka bumbung. Pasang bahagian bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat supaya tak bergerak.
5.Buat lantai. Skirting bawah guna papan biasa kemudian potong buat design. Dah siap lantai sapu minyak guna Timbertone tapi saya campur sikit cat hitam untuk bagi gelap lagi.
6.Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Buat siling. Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paku dengan kayu gegulung untuk bubuh genting.
7.Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
Ini hasilnya gazebo ukuran 8×8 bermodal RM3k, lagi jimat dari upah orang buat.
Terbaru dah ada penambahan tangga dan lantai.
Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua dan selamat berdiy!
Agama Islam telah mengatur dan menetapkan panduan buat umatnya dengan lengkap dalam segala aspek bukan sahaja dalam hal-hal ibadah malah merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan posisi dan susun atur bangunan atau rumah. Mungkin ada segelintir individu yang beranggapan hal ini remeh dan tidak perlu diambil pusing tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.
Sebuah rumah yang bercirikan Islamik hendaklah bersesuaian dan mengikuti kriteria yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam. Sebaiknya, sebelum membina sesebuah kediaman itu, kita hayati dan fahami bagaimana seharusnya susun atur dan binaan yang berteraskan panduan Islam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah yang bakal didiami. Jadi mari ikuti checklist ini bagi menambah info dan semoga mendapat manfaat buat semua pembaca IMPIANA.
Memiliki ruang yang mencukupi
Sebuah rumah tidak perlu bersaiz terlalu besar tetapi tidak pula terlalu kecil sehingga tidak memenuhi keperluan penghuninya. Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang menyediakan ruang secukupnya mengukut bilangan ahli keluarga dan paling tidak, dilengkapi ruang yang cukup untuk menjalani ibadah dengan selesa.
Mempunyai ruang transisi
Apa yang dimaksudkan dengan transisi adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus susun aturnya ialah rumah yang mempunyai ruang penghubung antara pintu masuk dengan ruang utama di dalam rumah. Hal ini adalah bagi memastikan apabila tetamu masuk melalui pintu utama, penghuni yangyang be di dalam tidak tertedah dan rasa terganggu.
Menjaga privasi
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.
Sebagai contoh, bilik tidur utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain. Dan begitu juga bilik tidur anak lelaki yang diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan.
Selain itu ruang dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli keluarga dan wanita.
Tidak keterlaluan
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita tahu yang perbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk adalah sifat yang dikeji. Jadi amatlah tidak molek jika hal ini tidak diterapkan ketika membina dan menyusun atur kediaman. Kesederhanaan adalah kunci buat rumah yang selesa dan bertepatan dengan ciri-ciri muslim.
Bersih dan terjaga
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman oleh sebab itu, rumah seorang muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur terutamanya di kawasan melakukan ibadat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.