Tidak pernah ada ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu bidang tidak bermaksud anda sama sekali tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang di luar bidang. Seperti yang dilakukan oleh Encik Mohd Ridzuan Abdullah walaupun latar belakang nya adalah seorang aircond. technician tidak menjadi penghalang kepadanya untuk membina sebuah kabinet dapur buat isteri tersayang. 

Dah tanya dekat pembuat atau kontraktor kabinet dapur. Mereka nak dalam RM 2000-4000 design yang saya mahukan. Jadi saya mengambil keputusan untuk membina sendiri kabinet dapur tersebut. Walaupun tak ada kemahiran bertukang, saya belajar dari youtube cara menukang dan beberapa kali pergi ke Ikea untuk melihat kaedah atau cara sambungan yang dilakukan.

Ini antara barang yang diperlukan untuk membina sebuah kabinet dapur seperti yang dilakukan oleh Ridzuan: 

5 keping chipboard saiz 6×8 kaki
2 keping maica merah
1 keping maica hitam
6 batang alloy frame
2 Batang alloy handle
2 set rail drawer
1 peket skru 500pc (taklah pakai semua)
Gam dunlop
Skru wall plug

Keseluruhan RM 900 diperuntukkan untuk membeli barang. Berbekal tulang empat kerang, Ridzuan membina kabinet dapur ini sehingga sempurna. Hanya melibatkan isteri apabila betul-betul memerlukan pertolongan.

IKLAN

Buat sikit, mana tak faham saya rujuk semula di youtube, pergi Ikea hinggalah siap 

Masa 2 minggu diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan binaan. Almaklum lah berdikit-dikit, bila ada masa terluang dan tiada tuntutan kerja baru lah diusik kabinet dapur tu. Dari segi jentera atau alatan untuk memotong, Ridzuan pinjam dari kenalan.

Hanya Belajar Dari Youtube Lelaki Ini Berjaya Bina Kabinet Dapur Bermodalkan RM 900

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI