Kini, seiring inovasi terbaharu kerja-kerja mengecat menjadi lebih mudah dengan alternatif roller cat pintar berbanding berus cat konvensional yang sedia ada di pasaran. Ia memberikan sapuan kemas dan sekata pada dinding, cecair cat tidak menitis pada lantai malahan menjadikan ruang kerja mengecat tidak lagi comot. Jom kita cuba!
Anda perlukan:-
Set roller cat pintar
Cat jenis water based (mengikut warna pilihan)
Pita pelekat
Kayu kecil
Berus cat kecil
Langkah-langkah:-
1.Tampal pita pelekat pada dinding mengikut corak geometri yang dipilih.
2.Kacau rata adunan cat dengan kayu kecil untuk memperoleh sapuan yang sekata.
Ads
3.Tuangkan cat ke dalam bekas kecil.
4.Buka penutup atas bekas roller cat pintar.
Ads
5.Tuangkan cat ke dalam bekas tersebut dan tutup rapat penutupnya. Tuang separuh penuh.
6.Pasangkan rod aluminium pada roller cat pintar mengikut kesesuaian dan ketinggian dinding.
Ads
7.Mulakan sesi sapuan cat untuk lapisan pertama dan biarkan ia kering seketika.
Perabot lama atau rosak jangan dibuang kerana anda mampu mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti lelaki ini, dengan kreativiti dia miliki, perabot yang rosak berubah menjadi perabot baru. Secantik dari gudang malah fungsinya juga telah di ‘upgrade’.
D.I.Y?
Tiga abjad yang semakin popular dengan masyarakat kita sekarang ini. Gedung besar dan kedai serbaneka seperti IKEA, ‘Mr. DIY’, Daiso, Kaison dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi kita. Banyak barangan yang memerlukan kreativi kita untuk memasangnya atau mengubah fungsi asal.
Kadang-kadang, berpusu-pusu orang ke gedung perabot yang mahal tapi hanya sekadar mencuri idea dan ‘window shopping’. Hal ini kerana dengan kenaikan kos barangan, servis dan cukai segala bagai sekarang ini, membuatkan dahi kita terkerut-kerut melihat tanda harga sesetengah barang keperluan bila tiba waktu berbelanja. Alternatif lain harus dicari ialah DIY.
Makeover yang telah dilakukan oleh Encik Salleh Saad sememangnya harus diberi pujian, kerana hasilnya sangat kemas dan menarik. Apa yang dilakukan oleh En Salleh, pada asalnya sofa sulaman rotan yang dimilikinya ini telah rosak kerana kualiti rotan yang reput. Tambahan pula, pemilik membela kucing, dan kucingnya suka mencakar rotan tersebut. Hendak dibuang sayang, jadi pemilik telah membuat ‘ubah wajah’ terhadap sofanya itu.
Bahan-bahan yang telah digunakan adalah papan plywood 9mm, gam kayu, paku kecil, pemegang laci dan syelek warna mahogany.
Ukuran yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu di potong plywood mengikut saiz yang telah diukur.
Pemilik telah membuat penambah suai tiga laci penyimpanan pada bahagian bawah sofa.
Untuk pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil.
Akhir sekali, kemasan telah dibuat dengan sapuan syelek bewarna mahogany.
Sumber: Salleh Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Oleh itu, amat penting untuk anda tahu serba sedikit bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai di dalam atau luar serta sekitar rumah anda. Dengan sedikit pengetahuan berkenaan teknik mengesan kewujudan anai-anai ini, anda dapat bertindak lebih awal sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai.
Berikut adalah tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa ada kehadiran anai-anai di rumah anda:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tidak pernah ada ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu bidang tidak bermaksud anda sama sekali tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang di luar bidang. Seperti yang dilakukan oleh Encik Mohd Ridzuan Abdullah walaupun latar belakang nya adalah seorang aircond. technician tidak menjadi penghalang kepadanya untuk membina sebuah kabinet dapur buat isteri tersayang.
Dah tanya dekat pembuat atau kontraktor kabinet dapur. Mereka nak dalam RM 2000-4000 design yang saya mahukan. Jadi saya mengambil keputusan untuk membina sendiri kabinet dapur tersebut. Walaupun tak ada kemahiran bertukang, saya belajar dari youtube cara menukang dan beberapa kali pergi ke Ikea untuk melihat kaedah atau cara sambungan yang dilakukan.
Ini antara barang yang diperlukan untuk membina sebuah kabinet dapur seperti yang dilakukan oleh Ridzuan:
5 keping chipboard saiz 6×8 kaki
2 keping maica merah
1 keping maica hitam
6 batang alloy frame
2 Batang alloy handle
2 set rail drawer 1 peket skru 500pc (taklah pakai semua)
Gam dunlop Skru wall plug
Keseluruhan RM 900 diperuntukkan untuk membeli barang. Berbekal tulang empat kerang, Ridzuan membina kabinet dapur ini sehingga sempurna. Hanya melibatkan isteri apabila betul-betul memerlukan pertolongan.
Buat sikit, mana tak faham saya rujuk semula di youtube, pergi Ikea hinggalah siap
Masa 2 minggu diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan binaan. Almaklum lah berdikit-dikit, bila ada masa terluang dan tiada tuntutan kerja baru lah diusik kabinet dapur tu. Dari segi jentera atau alatan untuk memotong, Ridzuan pinjam dari kenalan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.