Cegah sebelum terlambat. Akibat daripada tidak ambil peduli tentang kehadiran anai-anai, pasangan ini  telah kerugian hampir RM10 ribu apabila dapur kediaman mereka roboh secara tiba-tiba. Pihak bomba telah mengenal pasti punca dapur kediaman pemilik roboh disebabkan oleh anai-anai yang telah merosakkan beberapa tiang utama dapur mereka.
Bagi anda yang memiliki kediaman yang mempunyai bahan binaan kayu, anda harus ambil perhatian tentang perkara ini. Anai-anai ada di mana-mana saja kawasan yang bertanah. Tak kira di mana anda tinggal samada di bandar atau di kampung, anai-anai pasti ada. Jadi ketahuilah tanda-tanda awal rumah anda diserang anai-anai.

Tanda-tanda Awal Rumah Anda Diserang Anai-anai

Oleh itu, amat penting untuk anda tahu serba sedikit bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai di dalam atau luar serta sekitar rumah anda. Dengan sedikit pengetahuan berkenaan teknik mengesan kewujudan anai-anai ini, anda dapat bertindak lebih awal sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai.

IKLAN

Berikut adalah tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa ada kehadiran anai-anai di rumah anda:

IKLAN
IKLAN
  • Kayu atau dinding terlopong kosong. Ini satu lagi kesan ketara berlaku pada kayu yang telah dirosakkan oleh anai-anai. Bila diketuk akan keluar bunyi menunjukkan bahawa ada ruang kosng di dalam katu tersebut. Biasanya anai-anai akan makan kayu bahagian dalam dan meninggalkan lapisan nipis sahaja pada bahagian luaran kayu.
  • Kehadiran tanah lembab. Anai-anai tidak tahan dengan kekeringan dan cahaya. Oleh itu biasanya mereka akan membina lorong kecil yang diperbuat daripada tanah yang lembab. Pilihan utama anai-anai adalah membina lorong di dalam dinding kayu atau batu. Jika tidak ada pilihan, mereka akan keluar dan membina lorong diluar dengan binaan lorong tanah lembab tersebut.
  • Kehadiran kelkatu. Samada anda melihat adanya kelkatu ataupun anda terjumpa sayap-sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu, itu merupakan tanda bahawa ada aktiviti anai-anai di sekitar kawasan rumah anda. Jika anda rajin, elok cari dari mana datangnya kelkatu tersebut. Kelkatu biasanya keluar daripada koloni anai-anai yang telah melebihi had jumlah populasinya.
  • Kayu berubah warna. Jika anda lihat kayu pada dinding atau bumbing atau siling rumah telah berubah warnanya, ia berkemungkinan telah dimakan oleh anai-anai. Ianya lebih ketara jika kayu tersebut telah disapu dengan varnish.
  • Terjumpa anai-anai hidup. Sudah tentu jika anda berjumpa anai-anai hidup, menunjukkan rumah anda sedang diserang oleh anai-anai. Tetapi jika tiada anai-anai hidup ditemui, ia belum tentu bermakna tiada anai-anai di dalam rumah atau primis anda. Anai-anai yang ditemui biasanya bila anda buka tempat sembunyi atau lorong tanah yang dilaluinya. Biasanya anda akan jumpa samada askar atau pekerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI