Perabot lama atau rosak jangan dibuang kerana anda mampu mengubahnya menjadi sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti lelaki ini, dengan kreativiti dia miliki, perabot yang rosak berubah menjadi perabot baru. Secantik dari gudang malah fungsinya juga telah di ‘upgrade’.
D.I.Y?
Tiga abjad yang semakin popular dengan masyarakat kita sekarang ini. Gedung besar dan kedai serbaneka seperti IKEA, ‘Mr. DIY’, Daiso, Kaison dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi kita. Banyak barangan yang memerlukan kreativi kita untuk memasangnya atau mengubah fungsi asal.
Kadang-kadang, berpusu-pusu orang ke gedung perabot yang mahal tapi hanya sekadar mencuri idea dan ‘window shopping’. Hal ini kerana dengan kenaikan kos barangan, servis dan cukai segala bagai sekarang ini, membuatkan dahi kita terkerut-kerut melihat tanda harga sesetengah barang keperluan bila tiba waktu berbelanja. Alternatif lain harus dicari ialah DIY.
Makeover yang telah dilakukan oleh Encik Salleh Saad sememangnya harus diberi pujian, kerana hasilnya sangat kemas dan menarik. Apa yang dilakukan oleh En Salleh, pada asalnya sofa sulaman rotan yang dimilikinya ini telah rosak kerana kualiti rotan yang reput. Tambahan pula, pemilik membela kucing, dan kucingnya suka mencakar rotan tersebut. Hendak dibuang sayang, jadi pemilik telah membuat ‘ubah wajah’ terhadap sofanya itu.
Ads
Bahan-bahan yang telah digunakan adalah papan plywood 9mm, gam kayu, paku kecil, pemegang laci dan syelek warna mahogany.
Ukuran yang tepat telah dibuat mengikut saiz rangka sofa lalu di potong plywood mengikut saiz yang telah diukur.
Pemilik telah membuat penambah suai tiga laci penyimpanan pada bahagian bawah sofa.
Ads
Untuk pemasangan, pemilik hanya menggunakan gam kayu dan juga paku kecil.
Akhir sekali, kemasan telah dibuat dengan sapuan syelek bewarna mahogany.
Ads
Sumber: Salleh Saad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, jika anda berhasrat untuk memasang kemasan ‘Vinly’ pada seluruh permukaan lantai di kediaman anda, sudah pastinya anda akan terpaksa berbelanja besar dan menanggung kos modal yang lebih tinggi.
Tetapi, jika difikirkan balik lantai di rumah anda tidak lagi berada dalam keadaan baik dan memerlukan kemasan baharu yang lebih cantik. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut?
Jangan anda bimbang, apa kata menggunakan tikar getah yang bercorak kayu ini sebagai penyelamat dan untuk mengatasi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, tikar getah ini boleh memberikan impak dan kesan yang seakan sama seperti pemasangan kemasan ‘Vinly’ pada permukaan lantai rumah anda. Menarik bukan?
Untuk maklumat anda, tikar getah ini dijual dengan harga serendah RM13.80 sahaja dan anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sebuah kolam ikan mampu memberi sentuhan yang ajaib, mewujudkan suasana tenang dan nyaman untuk pemilik rumah. Secara tak langsung mampu menaikkan seri rumah!
Menerusi perkongsiannya di page Tukang Apa Hari Ini, dia memuat naik caranya membina kolam ikan dengan bantuan tip dan info yang dikongsikan ahli grup berkenaan.
Dengan hanya sebulan lebih, apa yang dihajatinya tercapai, walaupun nampak simple tetap tetap kemas dan cantik kolam ikan buatan sendiri itu.
hikmah PKP..sy bkn tukang yer😅,tp sgt minat bertukang dan nk cuba buat sendiri..hasil tgn kerja seorg mak ank 2😂,2hari seminggu je buat sbb bekerja,sbulan lebih br setel semua..
byk ilmu sy ambil dlm group ni,terutama bancuhan simen,cara elak leaking,cara susun bata,ada jugak yg sy buat ikot suke hati jer🤣
utk elak leaking sy hanya sapu bancuhan simen beberapa kali,sapu guna berus,sapu guna tgn(pastikan pakai glove)..lepas tu br cat guna swimming pool epoxy(gambar last beli di shopee)..alhamdulillah dr siap pertengahan july smpai skrg mmg tiada kebocoran langsung✌🏻
Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenalpasti keadaan dinding rumah anda. Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Disini IMPIANA ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman anda.
Lembap Dan Berlumut
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
Retakan Rerambut (Hairline Crack)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah :
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
Dinding Beralun
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster / lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
Blistered, Bertampal-tampal
Dua kesan yang berbeza disini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada disebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakkan yang boleh kita nampak.
Rekahan (Crack)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.