5 TIP MEMILIH WARNA BERKESAN DI RUANG KEDIAMAN KECIL

Ruang yang kecil, ada teknik tertentu untuk kita mencari hala tuju tata hiasnya. Langkah pertama, pemilihan warna yang paling tepat dan mesra ruang.

IKLAN
IKLAN
IKLAN
  1. Ruang anda terhad. Jangan disekat dengan rona gelap atau terlalu terang sehingga meresahkan diri kita apabila berada di dalamnya.
  2. Bayangkan dinding kita ibarat kanvas untuk kita meletakkan pelbagai warna dan kemasan. Warna pastel pada katalog sememangnya tidak menyerlah tetapi ia sangat berkesan dalam menjadikan ruang tampak eksklusif, luas dan selesa dipandang.
  3. Jika anda masih mahukan warna terang, pilih sebuah dinding sebagai feature wall. Manakala yang lain warna yang sama tetapi biasan yang lebih lembut. Anda juga boleh memilih warna yang sama tetapi mungkin untuk feature wall anda memilih.5 TIP MEMILIH WARNA BERKESAN DI RUANG KEDIAMAN KECIL
  4. Bercakap soal warna, bagi ruang kecil, langsir juga perlulah harmoni dengan rona dinding. Tidak salah jika kita memilih rona sedondon dengan dinding agar ruang tidak terlalu berkecamuk dengan warna dan corak. Soalnya kini ramai yang mahu sesuatu yang keterlaluan bagi sebuah ruang. Tata hias berkerja secara berkumpulan dan berpadanan. Jadi tidak payah anda memilih semua yang begitu kuat warna nya atau dramatik coraknya.  Ia hanya menjadikan anda tidak keruan kerana semua elemen ini mendesak perhatian anda dan di mana titik fokus ruang ini? Hilang entah ke mana.
  5. Pilih kelompok warna yang anda mahu. Jika boleh biarlah tidak keterlaluan sehingga kita resah bila berada di dalamnya. Ia juga biarlah tidak terlalu banyak pilihan warna dalam sebuah ruang dan hiaslah dengan  berpada-pada. Adakala yang minimum itu merupakan yang terbaik. Less is more!

5 TIP MEMILIH WARNA BERKESAN DI RUANG KEDIAMAN KECIL

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI