Pengalaman mengembara dan melihat pemandangan indah hasil kunjungan ke pelbagai tempat menjadi inspirasi pemilik untuk mereka bentuk laman ini. Paling unik kebanyakan kerja-kerja kayu dan menukang dilakukan sendiri. Pemilik yang berkebolehan bertukang mengaplikasikan kemahirannya dengan menghasilkan pelbagai binaan utama yang digunakan di dalam laman ini termasuklah pembinaan anjung rumah berkonsepkan desa. Jom kita intai kediaman pemilik di Kajang iaitu Dato’ Syah dan Datin Emma.

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

Konsep tradisional dapat dilihat di persekitaran luar rumah ini lagi. Bahagian anjung kereta bertutup dan pintu pagar menggunakan kayu cengal dengan ukiran awan larat menonjolkan reka bentuk tradisional jika dilihat dari luar lot rumah ini.

Namun berlainan pula ceritanya apabila kaki melangkah masuk ke dalam unit rumah ini. Reka bentuk kontemporari diketengahkan dan diolah dengan ringkas. Water feature sebagai sense of welcome, menyajikan kedamaian pada sesiapa sahaja yang melangkah kaki memasuki unit kediaman ini. Ditambah dengan kehadiran water curtain yang menyerlahkan lagi impak visual, di samping ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium di bahagian bawahnya menghidupkan lagi suasana.

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

Dari pengamatan penulis, di anjung kereta jelas kelihatan sebuah taman menghijau pada sisi kanan unit kediaman ini. Latar sempadan unit kediaman dikelilingi dengan pagar kayu setinggi 1.5 meter dan dihiasi dengan tumbuhan tropika di bahagian dalamnya. Kekuatan landskap lembut kediaman dikuatkan lagi dengan kehadiran Foxtail palm, yang berperanan besar di ruangan ini kerana tekstur daunnya bagaikan menari-nari mengelilingi pelepah mewujudkan kepelbagaian tekstur pada penggunaan softscape.  Secara tidak langsung keharmonian dan keseimbangan pada softscape di sini memberi nilai tambah pada penampilan keseluruhan kediaman.

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

IKLAN

Di bahagian bawah Foxtail palm, ditanam pula tumbuhan pagaran iaitu Heliconia spp. menyerlahkan lagi suasana tropika. Untuk mewujudkan cetusan warna, pokok mawar dan beberapa tumbuhan parennial lain ditanam pada ruangan ini. Bangku taman yang dicat putih turut membantu menceriakan laman ini.

Tradisinya, sesebuah taman yang menampilkan konsep tropika mahupun tradisional akan menggunakan pergola sebagai elemen terpenting. Justeru pergola yang dibina sendiri oleh pemilik menutupi sebahagian taman ini menjadi signature ruang luar kediamannya. Ciccuss menjalar ke keseluruhan permukaan pergola dan melindungi kawasan ini dari terik matahari. Kesempatan itu digunakan oleh pemilik untuk menyediakan bangku dan meja taman untuk memudahkan mereka beraktiviti. Ruang ini kerap dijadikan sebagai ruang santai terutama apabila dikunjungi oleh saudara mara dan sahabat handai.

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

Bagi mewujudkan line movement dalam reka bentuk taman ini, pemilik telah menggunakan railway slipper yang dijadikan sebagai stepping stone menghubungkan anjung kereta dengan patio. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mewujudkan prinsip reka bentuk dengan mencetuskan impak secara horizontal untuk menyeimbangkan struktur vertical yang terbentuk oleh softscape dan hardscape yang digunakan.

Di sudut bertentangan dengan ruang makan, pemilik telah membina sebuah water feature sebagai instrumen untuk mengurangkan gangguan bunyi dari jalan bersebelahan. Permukaan dinding water curtain yang tidak rata membantu menghasilkan irama apabila air menghempas permukaan batu yang berlekuk merancakkan lagi bunyi desiran air. Elemen ini tidak dibiarkan bersendirian, ia hadir bersama kolam ikan sedalam 1.5 meter yang dihuni oleh ikan koi, ikan kap dan ikan kelah. Kelah memerlukan habitat semula jadi untuk hidup. Oleh itu, pemilik telah menggunakan pam yang berupaya untuk mewujudkan alunan arus deras untuk merangsang tumbesaran ikan kelah tersebut.

IKLAN

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

Kreativiti pemilik tidak terhenti di situ. Untuk mempelbagaikan level, pemilik telah membina sebuah lagi patio berbumbung sarat dengan ukiran. Kepelbagaian level dalam sesuatu binaan dapat membantu untuk memisahkan kegunaan bagi setiap ruang. Patio tersebut dibina tinggi dari lantai laman dan dikelilingi dengan kolam ikan. Bagi mewujudkan kesan terapung, cantilever berukuran 500mm pada lantai patio dibina.

Pemilik tidak cerewet dalam pemilihan softscape. “Walau ke manapun saya pergi jika ternampak pokok yang menambat hati, saya akan singgah untuk membelinya. Ada juga pokok yang saya miliki dibeli dari laman rumah orang,”  terang pemilik, yang kini gemarkan pokok orkid dan cuba untuk membiakkan tumbuhan tersebut dengan pelbagai cara dan kaedah dalam usaha menambahkan lagi koleksi orkidnya.

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

IKLAN

“Aktiviti penyelenggaraan kebiasaannya dilakukan seawal pagi sebelum ke tempat kerja dan selepas menghantar anak bongsu saya ke sekolah. Semua penyelenggaraan minor akan dilakukan di waktu pagi. Jika memerlukan penyelenggaraan major, kelapangan di waktu petang akan digunakan. Bekerja sendiri memberi kelonggaran kepada saya untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.” Ulas pemilik mengenai rutin jagaan taman yang dilakukan.

Untuk membina sebuah outdoor living, kegunaan dan keperluan perlu dikenal pasti dari awal perancangan binaannya. Jika reka bentuk dilakukan dengan teliti dan penuh minat, seisi rumah dapat merasai dan memanfaatkan hasilnya. Kualiti dan jaminan hidup bergantung pada persekitaran yang terbina di samping hubungan antara isi rumahnya terjaga. Oleh itu, curahkan sepenuh jiwa apabila mendedikasikan sesebuah reka bentuk laman itu supaya ia berjaya.

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

Laman Tak Luas Mana Tapi Berjaya Buat Kolam Sesuai Untuk Ikan Kelah

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI