
Bau rumah yang wangi bukan sekadar sedap dihidu, tapi boleh ubah mood, hilangkan stres dan beri first impression yang wow. Tak perlu guna pewangi mahal pun, cukup tahu haruman yang tepat dan cara guna yang bijak.
Ini 5 bau haruman rumah yang paling popular dan selamat untuk semua dari ruang tamu sampai bilik tidur:

1. Lavender – Untuk Tenangkan Jiwa & Hilangkan Stres
Bau klasik yang wajib ada kalau nak vibe spa. Lavender bantu tenangkan fikiran, kurangkan tekanan dan buat ruang terasa lebih sejuk & damai. Sesuai sangat untuk ruang tamu atau bilik tidur.
Tip guna: Spray linen lavender atas langsir atau bantal. Boleh juga guna diffuser dengan minyak pati lavender asli.
2. Lemon – Wangi Segar Macam Baru Cuci Rumah
Lemon bukan je bau bersih, tapi beri tenaga dan mood ceria. Bau ni buat ruang nampak terang dan segar tetamu confirm rasa rumah kita kemas walaupun kita sempat lap mana-mana je!
Tip guna: Campur hirisan lemon dengan daun pudina dalam bekas kaca dan letak di ruang tamu. Nak mudah, guna candle lemon yang natural.

3. Sandalwood – Aroma Kayu-Kayu Yang Tenang & Mewah
Sandalwood (kayu cendana) ada bau eksklusif yang selalu diguna dalam spa atau ruang meditasi. Bagi aura tenang tapi masih nampak ‘maskulin’ dan mahal.
Tip guna: Letak reed diffuser sandalwood di sudut ruang tamu atau atas kabinet. Bau dia tahan lama dan tak terlalu kuat.
4. Jasmine – Lembut, Romantik & Wangi Semulajadi
Bau bunga melur (jasmine) sangat lembut tapi meninggalkan kesan. Wangi dia natural dan sesuai untuk yang suka bau feminin, manis tapi tidak memualkan.
Tip guna: Sembur linen spray jasmine pada sofa atau karpet. Kalau ada bunga melur segar, letak dalam mangkuk kecil dengan air suam.

5. Eucalyptus – Lega Hidung, Rasa Macam Masuk Spa Korea
Eucalyptus bau dia fresh dan minty, bagus untuk bersihkan udara dalam rumah. Sesuai untuk rumah yang ada anak kecil, sebab boleh bantu buka pernafasan dan rasa nyaman.
Tip guna: Gantung daun eucalyptus segar dalam bilik air atau sembur essential oil eucalyptus pada langsir bilik mandi.
Bonus Tip:
Kalau nak wow kan tetamu yang datang waktu malam padankan bau rumah dengan lampu malap & muzik latar instrumental. Baru perfect spa experience.
IMPIANA : Nak lagi jimat? DIY je pewangi rumah guna bahan dapur: lemon, serai, kulit kayu manis & bunga cengkih, rebus atas dapur, satu rumah terus beraroma!
Mesti Baca: Dekorasi Apartment Luas 527 Kaki Persegi, Pemilik Kediaman Kongsi Idea Hias Rumah ‘Sempit’
Baca Lagi Di Sini: Dapur Sempit Rumah Flat Kos Rendah Dengan Tema “Soft Pink”
Artikel Menarik: Idea Dekorasi MUJI HOUSE Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Sempit
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




