Tidak dinafikan, jika anda berhasrat untuk memasang kemasan ‘Vinly’ pada seluruh permukaan lantai di kediaman anda, sudah pastinya anda akan terpaksa berbelanja besar dan menanggung kos modal yang lebih tinggi.
Tetapi, jika difikirkan balik lantai di rumah anda tidak lagi berada dalam keadaan baik dan memerlukan kemasan baharu yang lebih cantik. Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut?
Jangan anda bimbang, apa kata menggunakan tikar getah yang bercorak kayu ini sebagai penyelamat dan untuk mengatasi masalah tersebut.
Bukan itu sahaja, tikar getah ini boleh memberikan impak dan kesan yang seakan sama seperti pemasangan kemasan ‘Vinly’ pada permukaan lantai rumah anda. Menarik bukan?
Ads
Untuk maklumat anda, tikar getah ini dijual dengan harga serendah RM13.80 sahaja dan anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Apabila pakaian seperti baju dan seluar yang berwarna sudah diguna pakai dalam satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti warna pada fabrik pakaian anda sudah kian menjadi pudar dan lusuh.
Meski warna pada fabrik tersebut telah menjadi pudar dan tidak lagi seperti asal, adakalanya pakaian ini masih berada dalam keadaan baik dan masih lagi boleh diguna pakai.
KIni, ada satu rahsia dan kaedah yang boleh anda lakukan bagi mengembalikan warna pada fabrik pakaian anda yang sudah lusuh kembali berseri seperti baharu.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah hanya mencuci pakaian tersebut dengan sabun pencuci ‘ajaib’ keluaran jenama Perwoll Renew ini.
Sabun pencuci ‘ajaib’ ini dipercayai berkesan untuk mengembalikan fabrik pakaian yang sudah lusuh dan pudar kembali berseri dengan hanya satu cucian sahaja.
Jika anda mahu mendapatkan serbuk pencuci ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Acara Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall, pada Ahad lalu.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi. Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda mempunyai pewangi gel seperti ini, tidak kisah apa jenis jenama pun di rumah tak? Boleh dikatakan, hampir semua orang pernah ada mempunyai pewangi gel yang seperti ini di rumah.
Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang terus membuang pewangi gel ini setelah ia kering dan habis digunakan. Tetapi tahukah anda, pewangi gel yang telah kering ini masih boleh digunakan lagi dengan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan.
Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana cara-cara untuk melakukannya. Jangan bimbang, caranya mudah sahaja! Mari IMPIANA kongsikan bersama anda.
Langkah 1 – Kumpulkan semua pewangi gel yang telah kering dengan jenis bauan yang sama.
Langkah 2 – Kemudian, bahagian pewangian gel yang telah kering itu dipotong kecil dengan menggunakan pisau atau gunting.
Langkah 3 – Letak dan susun cantik-cantik dalam cawan kaca kecil.
Langkah 4 – Akhir sekali, tambahkan sedikit air ke dalam cawan tersebut. Mudah bukan?
Setelah siap, anda boleh letakkan cawan tersebut di mana-mana sudut dalam ruang rumah misalnya di singki bilik air, tandas, dapur dan sebagainya. Memang konfirm satu rumah akan berbau wangi nanti.
Foto: Carian Facebook
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.